Sedih sayu dan pilu mengenangkan MH370. Asyik saya terkenangkan. Apa berlaku pada MH370. Asyik saya memikirkan perasaan ahli keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370.
Bak kata orang, "berat mata memandang, berat bahu memikul".. Oleh kerana saya memahami dngan jelas maksud ayat berkenaan membuatkan hati saya bertambah sayu.
Pagi tadi sebelum pergi kerja, sempat menonton MHI, memaparkan ibu bapa kepada penumpang yang kesedihan kehilangan anak dan menantu. Paling menyayat hati saya, si ayah.
Kita semua ada abah / ayah / bapak / baba dan daddy. Tapi kita kena sedar dan mengaku. Ayah kita adalah manusia paling kuat didunia ! Paling kebal dan kalis walau apa yang berlaku ! Even sakit pun mereka akan kata "tak" semata tak nak anak bini risaukan mereka. Even lapar pun mereka akan kata "kenyang" semata nak makesure anak2 mereka kenyang dahulu.
Pernah nampak ayah kita menangis ? Pernah nampak ayah kita mengeluh ?
Tak kan ?
Tapi pagi tadi, saya nampak seorang lelaki yang pada mulanya berwajah serius tapi apabila dia membuka hp kerana ingin menunjukkan gambar terakhir yang diambil bersama anaknya sebelum mereka menaiki pesawat, air mata si ayah tumpah dan menangis teresak. Si isteri pun menangis tak henti.
Ya Allah, berikan mereka kekuatan Ya Allah..
Sebab itu, saya marah pada setiap spekulasi yang keluar. Saya sangat marah !! Bagi saya, selagi kita tidak menjumpai MH370. JANGAN PUTUS HARAP !! Jangan buat spekulasi dengan menyatakan pesawat terhempas dan pelbagai lagi.
Letak diri kita sebagai ahli keluarga mangsa. Tergamaknya kita membuat spekulasi yang menghancurkan harapan mereka, yang menakutkan mereka ??? Tergamaknya kita. Jangan putus harap, jangan putus doa wahai sahabat.
Selagi tidak muncul MH370 jangan kita menjadi Tuhan dengan menghakimi segalanya. Apabila kita mengetahui kejadian sebenar yg mnimpa MH370 barulah kita memperkatakannya dan mengajak ahli keluarga supaya redha.
Tetapi untuk waktu ini, kita jangan putus harapan !
Saya kesal dengan sebilangan pihak yang sibuk menuding. Kesal. Bertanya kan persoalan yang walhal mereka cukup dewasa untuk menjawabnya. Sibuk menuding untuk kepentingan dan kepuasan diri.
Terbaru, asyik mencari aib. Dibuka nya aib co-pilot yang kita tak tahu, dimana, apa nasibnya. Tergamaknya kalian----
Di pandang lekehkan kebolehan Kapten berkenaan. Di kutuk hinakan keupayaan MAS.
Sahabat, ingat lah, seburuk mana manusia itu pasti ada kebaikannya, pasti ada insan yang setia menanti dan menyayangi dia. Kenapa perlu kita singkap dan memperkatakan aib nya ?? Kenapa sahabat ??
Sahabat,
Hormat perasaan orang.
Hormat dengan apa yang menimpa MH370. Berdiam untuk seketika. Apabila persoalan kita nanti terjawab. Berteriak lah kalian. Minta lah jawapan. Untuk situasi sekarang, saya merayu. Hentikan spekulasi. Hentikan mnuding. Hentikan menghentam pihak yang sedang menjalankan tugas.
Saya minta wahai sahabat,
Tolong jangan putus harap,
Kalau kita putus harap, apatah lagi ahli keluarga mangsa ? Allah Maha Mendengar, mari kita merayu pada Allah agar diperkenankan doa kita. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Besar.
Saya, bukan nya terbaik.
Tapi saya sangat mementingkan hati orang sekeliling. Oleh itu saya rasa, saya perlu untuk memperkata kan isu ini pada kalian. Agar kalian dapat bersama mendoakan terbaik untuk MH370, bukannya berlumba-lumba menyebarkan berita palsu dan spekulasi palsu yang meronyokkan hati kami yang masih berharap dan setia menanti MH370.
Sekian.
MH370 saya menanti anda,
Kembalilah,
(FatinFashiekin)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment