FOLLOWER

Saturday, October 5, 2013

HUJUNG MINGGU

Akhirnya hujung minggu tiba !
Esok incik lalan minta teman ke Atarikoi. Tempat paling bosan bagi saya, tapi sebab dia suka. Terpaksa terpacak belakang dia.

Dia kata :
"Jom ikut, ikut je, awak duduk lah lepastu main tab ke kalau bosan"

Kadang-kadang bila sampai atarikoi, saya nak je tinggal dalam kereta. Biar dia layan perasaan bersama ikan-ikan koi.

Tapi dia masih memaksa (-_-)
Bo-san

Saya ni walaupun nama saya sama spesis ikan iaitu ikan patin dan nama saya fatin. Tapi saya lebih berjiwa kekucingan. Sesuatu yang berbulu dan gebu. Kalau bab keikanan ni saya lebih menyukainya andai dimasukkan kedalam perut saya sahaja. Huhu.

Dan esok pagi ! Bekalan kami adalah Bihun Goreng !!! Saya merupakan manusia yang tak tahu tahan lapar ye kawan2,

Ye, memang saya on diet, tapi kalu 1 hari makan buah je. Memang out of mood lah. So 1 hari kena ada at least sekali benda berat.

Incik lalan selalu bebel kata saya ni very the kampung. Dia kata muka stok belagak mcm datin, tapi sampai RNR bentang tikar, bawa mangkuk tingkat, makan. Haha.

I don't care.

Esk, bt bihun goreng lepastu bawa termos sekali buat air panas. Bawa juga surat khabar dan tisu. Mana tahu makan dalam kereta masa incik lalan drive. So tak kotor. Dia dah warning dah.

Iols memang tak sweet.
Iols jenis bedal ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...