FOLLOWER

Friday, October 4, 2013

CARA MEMBUAT PASSPORT (BUKU MERAH)

Salam.

Dapat banyak email bertanya mengenai cara membuat pasport. So saya buat entry lengkap ye kawan-kawan :)

Sebenarnya nak buat pasport ni mudah dan senang. Bergantung pada pegawai imegresen tu je. Last year teman incik lalan buatkan alisya dan akila, mudah, cepat, pantas tau. Even tak bawa surat beranak, pegawai tu okey je. Kalau ikut prosuder surat beranak tu kena bawa, tapi atas sikap memahami pegawai tu dia usaha bantu kita.
(Jabatan imegresen melaka)

Tapi tahun ni, buatkan aza pasport. Dapat pegawai yang sombong bongkak, tak buat apa masalah pun, ada je yang tak kena. Jawab dengan nada marah dan malas. Sigh. (Jabatan imegresen muar)

Bagi uols yang duduk muar, better buat kat Jabatan ayer keroh, Melaka. Cepat, penuh senyuman dan kalau ada masalah pun mereka bantu. Dn lagi besar !

Ok. Saya share kan ye apa yang perlu di bawa untuk membuat pasport :

_________________________________________

KANAK-KANAK
(BAWAH 18 TAHUN)

Ingat ye, bawah 18 tahun WAJIBBBBBBB

1) Bawa ibu/bapa/penjaga
2) Kad pengenalan sebenar dan photostat ibu/bapa/penjaga
3) Surat beranak originel dan photostat kanak2 tersebut
4) My kad originel dan photostat kanak2 tersebut
5) Gambar berukuran pasport (siap kan awal, so tk perlu kelam kabut)
6) Duit RM100 (bawah 12 tahun RM80.00)

_________________________________________

18 TAHUN DAN KEATAS
(Mudah dan simple)

1) Bawa diri
2) Bawa ic originel dan photostat
3) Bawa duit RM100


Haa. Mudah.
Sekali lagi saya ulang, yang menyusahkan keadaan bergantung pada pegawai berkenaan.

Masa yang diperlukan : 1 jam cukup.
Tapi saya syorkan, kalau yang bekerja tu ambil setengah hari lah ye :)

Peringatan :
Jangan hilangkan ! Kalau hilang then uol nak gi oversea lagi. Leceh. Very the leceh. Trust me.

Ada apa2 tak faham ?
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...