FOLLOWER

Saturday, December 15, 2012

WANITA

Wanita...
Andai emosimu tersungkur, dan kamu mencari tempat sandaran terbaik..pilihlah Allah.

Serahkanlah dirimu sepenuh-penuhnya kepada Dia yang menciptakanmu. Ingatlah firman-Nya:

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaaq 65:3)

Andai kamu ingin menangis, maka menangislah...namun menangislah dengan suara yang perlahan kepada-Nya. Jangan ditanya mengapa dirimu yang diuji, namun berkatalah, "Terima kasih Allah kerana mengujiku..."
 

Wanita,
Jika emosimu tersungkur kerana berang suamimu...ingatilah Asiah wanita syurga yang menghadapi Firaun

Jika emosimu tersungkur kerana fitnah dan cemuhan...ingatilah Aisyah r.a yang tabah menghadapi fitnah ke atasnya sehingga turun wahyu membersihkan namanya

Jika emosimu tersungkur kerana keperitan hidup...ingatilah bagaimana Fatimah r.a menghadapi kemiskinan hidupnya dengan tabah malah mampu pula memberikan sedekah kepada orang yang dirasakan lebih fakir
darinya.

Jika emosimu tersungkur kerana kamu merasakan boss di tempat kerja itu kejam...ingatilah bagaimana Mashitah menghadapi Firaun yang zalim.

Jika emosimu tersungkur kerana kamu belum berkahwin dan menerima pelbagai tohmahan...ingatilah Maryam yang diuji sehebat-hebatnya dan dia redha.

Jika emosimu tersungkur kerana kamu merasakan dakwahmu dipandang sepi...ingatilah Khadijah r.a yang kental beriman tatkala orang lain menafikan kerasulan suaminya yang tercinta.

Jika emosimu tersungkur kerana kamu merasakan kamu dianiaya...lihat sajalah berapa ramai muslimah di Palestin, Bosnia, Syria, Iraq, yang mengalami penganiayaan manusia yang jauh lebih dahsyat...dan mereka kekal beriman.

Maka,
Sekiranya mereka bisa bangkit dari emosi yang tersungkur, apalah sangat jika dibandingkan dengan keperitan yang kita alami kini.

Saudara wanitaku sayang...
Emosi kita kadangkala tersungkur, namun ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W kepada sahabatnya Abu Bakar tatkala mereka berlindung diri di sebuah gua dari kekejaman kafir Musyrik,

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"

(At-Taubah 9:40)

_________________________________________

tenang kan ?
Saya suka baca bait-bait ayat ni,
Bila saya rasa serba tak kena saya akan baca kembali.

Lagisatu ayat kegemaran saya,
"Jadi lah seperti pokok, walaupun orang ramai membalingkan batu kearahnya, tapi dia tetap membalasnya dengan buah"

Ok, at last,
Ada juga topik saya yang menyimpang dari percutian. Hehe.
Asyik buat entry percutian je,
Gambar tak keluar-keluar kan ??
Sabar ye, kita nanti kan kepulangan si jantung hati kerana 7D ada pada beliau.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...


I like this web blog so much, saved to fav.

FatiNoveLa said...

Thank you so much

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...