FOLLOWER

Monday, December 3, 2012

DALAM AKU

Bab imiganisasi,
Aku paling hebat.
Aku paling kuat.

Percayalah.

Bila aku pejam mata,
Segala benda aku mampu bayangkan.
5 tahun mendatang,
Indah aku mimpikan.

Itu mampu buat aku senyum,
Aku senyum.

Aku mampu lakar,
Dan keputusannya aku letak pada tangan TUHAN.

Aku suka tengok drama,
Bila aku tengok drama,
Pasti aku muntah !
Kerana aku tahu "ala tu drama !"

TAPI,
Apa yang muntah tu aku buat.
Tak percaya ?
Tanya incik lalan.
Haha.

Hidup aku mudah,
Aku, keluarga, teman sekerja dan rakan-rakan. Cukup.

Hidup aku bukan kesana kesini,
Melepak bowling. Karoke.
Snoorkeling dan segala-gala yang konon melepakkan jiwa. Tak.

Keseronokkan bagi aku,
Cukup lah hujung minggu bersama keluarga dan hujung minggu makan-makan bersama tercinta.
Cukup.

Orang kata,
"Kau muda, habiskan masa lah,
bersuka ria.."
Tapi aku tak suka.

Cukup hidup aku,
Aku dapat gembirakan orang sekeliling aku. Dan adil membahagikan tanggungjawab aku sebagai anak dan kekasih.

Orang kata lagi
"Kalau jodoh kau tak ada dengan incik lalan ??"
Aku balas,
"Habis kalau asyik pk tak da jodoh, apa aku mampu buat ? Menangis ? Buat sebaik mungkin. Allah Maha Tahu, kita jangan buat konon tahu"

Kata-kata orang,
Yang baik memang aku amik
Dan aku simpan dalam kocek,
Kalau nasib aku tak baik,
Aku guna dan aku pakai.

Tapi kata-kata yang tak baik,
Aku ambil,
aku genggam dan aku bungkus,
Sampai masa,
Aku baling kata-kata dia dan buktikan apa yang kau kata langsung tak menghunus.

Hidup ni mudah,
Tak susah.
Yang susahnya adalah apabila kau fikirkan benda-benda susah.

Boleh untuk bermurung,
Tapi jangan duduk bawah tempurung.

Aku selalu ingin,
Aku nak bila aku mati orang semua senyum. Aku arahkan untuk senyum ! Sebab aku suka kalau Allah tarik nyawa aku, sebab aku dah buat sebaiknya khidmat dibumi. Aku nak disisi DIA. Bagi aku berehat setelah penat disini bersama kalian.

So, kesimpulannya,
Buat sebaik mungkin dalam hidup.
Jaga hati orang, ringankan tulang.
Bila kau letih,
Kau kena ingat,
Bumi tempat untuk berjuang dan sekadar menumpang.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...