FOLLOWER

Wednesday, October 31, 2012

NIKMAT HUJUNG MINGGU DENGAN KELUARGA

Assalamualaikum

Haih. Banyak betul entry pending-pending-pending. Almaklumlah saya busy mengalahkan menteri haha. Ditambah pula dengan mood-mood PMS yang bermaharajalela. Memang semua spoil lah.

Ahad lepas saya wif my famile ke WETWORLD BATU PAHAT. Actually tak da plan apa-apa pun. Sabtu abah pesan suruh saya join pergi rumah saudara jauh saya di sri medan BP. Saya pun ok lah kan. Ala, bila diri meningkat 20an ni uall faham-faham lah. Bila ada orang kawin kena tunjuk muka dan diri. Dengan alasan nanti kita kahwin dia pun datang. Yekeeee ? Tak nak datang dah lah kan. Haha. Bila abah kata pi sri medan, teringat pula wetworld, memandangkan tak busy. Semua setuju !

Bagi saya, pandangan jujur. Wetworld okey lah. Sama je dengan wonderland, tapi maybe sebab wonderland melaka tu baru. Tu je perbezaannya. Yang lain sama je. Dan wetworld lagi murah. 1 kepala dewasa (RM15). Kalau wonderland, siap makan, kau siap kan dalam poket kau, 1 kepala RM100. So tengk ! Banyak perbezaan kan ?

Ha, dan wetworld kecik berbanding wonderland. Ala tapi just nak melayankan adik-adik saya kan. Dah cukup seronok lah ! Seronok sangat masing-masing. Dan tak nak balik rumah hehe

DARIPADA pi gunung ledang, baik pi wetworld, jarak pun sama je, tempat pun selesa. Kalau gunung ledang.... Parking punyalah jauh, menapak lagi, cari makan lagi. Fuhhh. Tak sanggup.

Ok. So kesimpulannya,
Kalau nak bawa adik2 ke, anak buah ke, okey lah. Tapi jangan dating kat sini. Buang tebiat. Haha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...