FOLLOWER

Saturday, June 30, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU IRMA HASMIE & REDZA SYAH

Assalamualaikum


SubhanaAllah. Indahnya ciptaan Tuhan,
Sama cantik, sama indah, sama padan.
Bagai pinang dibelah 2.

Allhamdulillah, Irma Hasmie sah bergelar isteri kepada Redza Syah. Actually sejak irma hasmie bertudung saya memang sangat-sangat menyukai dia dan perwatakkan dia yang baru.

Yela, masa dia still jadi pengacara galaksi, rasa apa yg melanda diri dia tu something yang "muak" bercinta dengan nabil dan putus. Just publisiti.

Ok. Kita bukan nak bergosip k. Kalau nak gosip2. Pi beautifulnara lah k. Haha. Actually nak bercerita apa yang saya rasa dan kisah benar yang kita patut contohi dari irma hasmie sendiri.

Siapa dia dahulu ? Semua tahu siapa dia ? Bagaimana dia ? Siapa ex dia kan ? Tapi saya nak tekan kan, bagaimana dia mengubah diri dia dari yang DULU menjadi yang BARU.. Ha, kadang2 ada diantara kita ni, bile nak berubah, risaukan tanggapan orang sekeliling lah. Segan nak berubah, takut dikata. No. Tak boleh macamtu. Tu diri awak. Tu maruah awak. Bak kata Dr Fadzilah kamsah, kat dalam dunia ni ada 7 Billion manusia, tak kan hanya kerana 2 3 manusia anda da berputus asa ?? Kan ??

Kita dah lihat realiti, di hadapan mata kita sendiri, perubahan negatif ke positif yg dlakukan irma. Kini perwatakkan baru beliau tu sangat-sangat di hormati setiap orang. So, disini saya nak cuba menjelaskan. Bahawasanya, kita semua boleh jadi lebih baik dari semalam. Peduli apa yg jd pada kita semalam, tapi pandang hadapan dan fikirkan siapa kita esok ??

Mengenai jodoh, irma diduga, tersebarnya gambar nabil berciuman bersama wanita lain. Ye, dulu, tu tamparan hebat buat irma. Dimana kekasih hatinya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Tapi irma tidak melatah, dia bangun tersenyum dan melangkah hidup yang baru.

Berkat kesabaran beliau, sekarang ?
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Allah berikan dia "hikmah disebalik kejadian" yang irma lalui sebelum ni.

Allah restui hubungan mereka. Semua pihak merestui dan memuji termasuk lah peminat. SubhanaAllah. Kalian nampak tak apa yang saya nampak ? Allah tu adil. Allah bagi kita hujan sebab Allah nak hadiahkan kita Pelangi. LaillahaillaAllah (Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah).

Ye, bila baca gosip artis, tu sesuatu yang menerujekan, tapi, cuba ambil ikhtibar atas kisah benar yang berlaku. Semua tu nyata. Kan ? Ambil pengajaran, supaya kita tidak terjebak ke kancah yang negatif tetapi berubah menjadi yang positif :)

Ok. That's all. Sebelum ni saya ada bercerita iktibar mengenai Yusri dan Lisa Surihani. Sekarang. IrmaHasmie.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...