FOLLOWER

Wednesday, June 20, 2012

REALITI HIDUP

Assalamualaikum

kadang-kadang kita tengok kehidupan seseorang tu, penuh dengan kemewahan, tapi belum tentu dia bahagia. and bila kita tengok seseorang tu sentiasa tersenyum, belum tentu dia tak pernah berduka, kita tak tahu bagaimana hidup seseorang tu, kisah silamnya yang mungkin penuh dengan ranjau duri, yang kita tahu, hanya mengkritik dan terus mengkritik..

Pernah tak kita rasa nak tahu je apa orang rasa, mesti nak kan, macam tu lah saya, kalau bersahabat, saya nak tahu semua tentang dia, apa yang dia rasa, tapi tak semua yang mahu berkongsi kan :)

Bila kita katakan "alaa tu urusan dia, jangann campur" tapi tidak bagi saya, selagimana ada kudrat, selagi tu la saya nak tolong urusan seseorang tu walaupun tanpa meminta, Rasa kepuasan bila dapat tolong orang dalam susah walaupun hal kita sendiri tak perfect, because we believe that ada Allah yang boleh tolong kita..

Saya suka melihat kehidupan seseorang tu, then saya berfikir :

"hidup dia tak sesempurna aku,tapi kehidupan dia tetap sempurna di mata aku"

ketakwaan dia pada Allah,
kasih sayangnya pada junjungan Nabi Muhammad  saw,
kemesraan dengan keluarga,
pergaulannya dengan rakan-rakan,
nampak sempurna di mata saya.

Macam saya, keluarga adalah inspirasi buat saya, kadang-kadang saya tak dapat apa pun atau ssh pun tak pa, janji saya ada keluarga dan dapat penuhi pmintaan mereka. Pernah saya terima ujian yang sangat-sangat saya tak mampu tempuhi, masa tu saya tersedar.

-aku ada Allah untuk tunjukkan jalan
-aku ada Rasulullah untuk diikuti
-aku ada keluarga yang sentiasa disisi aku.


Apa lagi yang diperlukan ?

Hajat saya hanya satu, impian.. nak bawak mama abah pergi Mekah, mama abah orang pertama yang akan saya bawa. insyaAllah.. Saya tak kisah kalau orang cakap saya anak mak, sebab ya! saya memang anak mama abah saya.

Sekarang, mama dengan abah dah mula bertanya bila saya nak tamatkan zaman bujang, ye saya tahu, mereka sure tak sabar timamng cucu. Hehe.

Ya Allah, cepatnya masa berlalu, mampukah saya menjadi isteri dan ibu sesempurna mama ? Tapi, saya anak sulung, saya nak tengk adik2 berjaya dulu. Baru lah saya akan fikirkan masa depan saya. Yg pting, saya nak tolong ringn kan beban mama dan abah, tolong sedaya mungkin :')

Dan abah pernah kata, kalau kakak kahwin nanti, mahar kakak abah serahkan kepada pihak lelaki. Berapa nilai yang pihak lelaki 'pandang' pada kakak, abah terima, TAPIII. abah nak tengok dulu 'nilaian' lelaki tu terhadap kakak. Hehe.insyaAllah.. ;p
*kena forward ayt kat incik lalan ni hehe

mama abah.. tak ada yang paling berharga dalam dunia ini selain mama abah..

ya Allah, berkati hidup mama abah, biarlah pahala apa yang ku lakukan, berikanlah kepada mama abah ku, untuk saham mereka di akhirat nanti. Lindungilah mereka dunia akhirat.. Amiin :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...