FOLLOWER

Tuesday, May 15, 2012

PERUT YANG BERBEZA

Bila nampak pucuk ni, terus teringatkan dia. Incik lalan cukup suka makan lauk2 kampung ni. Beria dia paksa saya masak "gheti masak lemak". Ok, di johor, pucuk ni dikenali sebagai DAUN TURI.. So argue nama juga lah dengan incik lalan,

Dah 2 minggu dia minta saya masak pucuk ni. Tapi tiap kali ke pasar tak ada, yang ada PUCUK MANIS. Dia kata ok, so 2 mgu lepas dah masakkan pucuk manis masak lemak. Dan ahad lepas kata pada dia "makan sup nak tak ? Nak buat sup sebab mama pun nak buat bergedil" dia pula demand. Nak juga gheti. So ahad lepas, masak juga lah buat dia. Siap dengan sambal belacan + ikan kering. Auh ! Mmg sedap ! Sebab saya yang masak !! Huhu ;p

Bab makan actually dia tak banyak songeh cuma banyak ragam. Haa, lidah dia dengan saya ni memang cukup berbeza. Sure lah tak sependapat,

saya akan kata ;
"Wey ! Wey ! Kite ke kamu yang nak masak ??"

Dia ;
"Kamu lah masak.."

Saya kata lagi ;
"Kite berasal dari mana ??"

Dia jawab ;
"Johor.. Kenapa ?"

Saya balas ;
"Haa, tahu pun, kita yang masak dan kita berasal dari JOHOR. So kamu, cuma makan je, jangan banyak cakap, saya yang masak bukan kamu"

Dan setiap minggu lah bergaduh bab makan, macam saya, saya suka ikan sungai, bkn setakat ikan sungai, segala-galanya lah saya makan.. Tapi dia, tak makan ikan sungai, katanya busuk. Ceh !! Tengk lah, betapa belagaknya beliauu... Dia suka kari, katanya utara selalu masak kari,. Dan saya pula lebh kepada asam pedas, dan dia tak suka asam pedas. Haish, kalau kahwin, sure bising kat dapur kami kan (-_-")

Dan yang selalu mengalah ????
SAYA lah.. Kesian tgk, nanti kempunan pula kan. Tak pa, tunai kan lah apa dia nak makan.. Walaupun saya bebel2 kata "tak nak lah makan tu lah, ini lah" tapi tanya incik lalan lah, apa yg perut dia nak tak tertunai ?? Cuba tanya.. *sambil angkat kening belagak. Haha.

Haish, kenapa harini topik tentang dia ni kan ? Bosan2. Mengantuk. Jom tidur. Gunait ! :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...