FOLLOWER

Sunday, October 2, 2011

MANISNYA WAJAH INI :)

Assalamualaikum

"Sehebat mana pun kamu merancang hidup kamu. Sebenarnya hidup kamu telah dirancangkn awal lagi"-petikan STANZA CINTA

Indahkan ayat nya. Ayat yang pendek ringkas dan mudah tetapi apabila difahami ianya memberi makna yang besar dalam kehidupan seharian kita.

Benarlah, kita hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan. Setiap orang pasti ada perancangan hidup sendiri. Contoh : merancang untuk berkahwin. Itu juga disebut sebagai perancangan kan ? Tapi sesempurna mana pun perancangan kita jika Allah telah menetapkan bahawa itu bukan jodoh kita dan Allah tidak memperkenankannya maka tidak berlakulah ia.

Saya sendiri, ada perancangan yang saya impikan dan idamkan, kalau anganan, saya rasa, banyak yang mengarut. Tapi mengenai PERANCANGAN. Semoga apa yang dirancangkan di permudahkan.

Ok. Simple entry for this night. Saya suka membaca, saya suka menulis dan saya suka bercerita. Setiap potong ayat yang saya rasakan bermanfaat untuk dikongsikan. Saya akan segera catitkan dan simpan kan. Bukan tu je, bila bosan atau rasa bermasalah, saya buka balik helaian catatan terasa ia sangat bermanfaat.

Akhir2 ni entry saya banyak berkisar tentang kehidupan sekeliling sebab saya sedang membaca buku Dr Aid Bin Abdullah Al-Qarni (566 kata : menjadi orang yang paling bahagia), La Tahzan Allhamdulillah saya dah habis baca ! Lepasni nak beri kak ain, paksa dia baca, daripada dia baca novel cinta je, so saya nk beri dia bacaan tu hehe ;p

566 kata-kata hikmah
Dr Aid Bin Abdullah Al-Qarni
Page : 11 ( 57 )
"Maniskan lah wajah anda kepada sesiapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Tawaduk terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda"

Marilah kita bermanis muka ! SENYUM ! Even tak ada mood pun senyum ye, lawan segala mood negatif dalam diri. Kita boleh ! :)

Good nite peeps.
May Allah always love u and love me.
Ameen.

With Love,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...