FOLLOWER

Monday, October 10, 2011

KEHIDUPAN DAN PENGAJARAN

Assalamualaikum

Betul kata org, kehidupan yg real ini adalah guru terbaik. betul.. apa yg kita pernah alami, sedang alami dan akan alami merupakan satu ilmu yang kita terus praktikkan dalam kehidupan seharian.

satu ilmu yg tak mungkin kita dpt melalui buku teks dan even pembelajaran dalam class semata-mata.

Pengalaman. itulah cikgu terbaik dlm dunia setakat ini. tak dinafikan.
bila kita jatuh, kita belajar untuk bangun. sebab apa? sebab kita nk terus berjalan.
bila kita lemas, kita belajar untuk timbul. sebab apa? sebab kita nk terus bernafas.
bila kita lompat, kita belajar untuk mencapai apa yg kita nk tu. sebab apa? sebab kita nk berusaha memilikinya.
bila kita berlari, kita belajar untuk mampu berhenti di tgh jalan. sebab apa? sebab kita nk sambar setiap peluang & ruang yg ada sepanjang larian kita.
bila kita ketawa, kita belajar untuk berkongsi tawa dgn org lain. sebab apa? sebab kita mahu org lain turut gembira.
bila kita menangis, kita belajar untuk kesat airmata. sebab apa? sebab kita tahu setiap kegagalan itu adalah titik permulaan sesuatu. 
bila kita duduk, kita belajar untuk bersila. sebab apa? sebab kita tak nak kita lupa asal usul kita dan dari mana kita bermula.

sesungguhnya kwn-kwn kita tak kan mampu menggapai awan kalau kita tak terus melompat dari tanah tanpa henti.

pengalaman membuatkan kita semakin kuat. pengalaman membuatkan kita semakin tabah.

pengalaman membuatkan kita tak patah semangat. pengalaman membuatkan kita berani.

pengalaman mengajar kita apa itu kepayahan. pengalaman mengajar kita apa itu erti sebenar kegembiraan. pengalaman mampu menjadikan kita 'seseorang'. pengalaman juga mampu merubah jati diri seseorang. dan hanya pengalaman yang mencerminkan keadaan sebenar sebuah kehidupan.

Sebenarnya kita semua sama. samada kita sedar atau tak je yg kita ada kekuatan tu. cuma mungkin kita perlu lebih positif dan cuba untuk percaya kepada diri sendiri. 

Ingt, Allah bersama hamba-hambaNya yg sentiasa berusaha tanpa rasa penat & lelah. Insya Allah semua org boleh jadi kuat, tabah & cekal.
Dugaan, kepayahan & kesusahan itu sebenarnya kegembiraan kita masa hadapan.

Jangan mengalah, Jangan putus asa, Jangan cepat kecewa kwn-kwn.
Insya Allah. ada pelangi menanti untuk kita nnt.

tiada sesiapa yg sempurna dlm hidup ini. Tetapi kita sendiri mampu meletakkan tahap kesempurnaan hidup kita sendiri. pilihlah & berfikirlah. yg pasti kekurangan bukan penghalang.

Hidup ada pahit ada manis kwn-kwn. Tapi kalau kita tahu nk buat yg pahit jadi manis, bertambah-tambah lah kemanisan hidup kita.

indah bukan? :)


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...