FOLLOWER

Tuesday, October 11, 2011

HARI YANG BAKAL TIBA

Sedang asyik merenung perjalanan hidup, baru saya sedar.
Bahawa usia kian bertambah.
Beberapa hari lagi hari lahir akan menjelma. Laju nya masa berputar.
Masa yang tak pernah menunggu
tetapi selalu berputar :)

Semakin mningkat usia,
Kadang kala rasa hidup ni makin mcabar,
Saya sangat rindukan usia kanak2 sya,
Masa kita kecil,
Tiada apa yg perlu kita bimbangkan,
Kita hanya tahu ketawa riang dan beranggapan bahawa hidup ini sekadar untuk berseronok.

Ye, saya sungguh bertuah,
Allah hadiahkan saya
Mama dan abah yang terbaik
Kasih syg & pengorbanan mereka
Tidak terhitung.
Apa yg mereka berikan semuanya mencukupi dan tiada kekurangan.
Saya sendiri tidak pernh btanya sesukar mana mereka bekorban dan berusaha untuk memastikan kehidupan kami sekeluarga sentiasa sempurna.

Abah,
Ye abah memang tegas
Tetapi abah memanjakan saya dan adik2
Even saya da besar pun kalau abah
Melayan adik2 makan mesti abah kata
"Kakak dah makan belum ? Meh abah suap makan ?"
Tidak pernah sekalipun abah mjentik
Kami adik beradik,
Walaupun abah penat bekerja untk mcari rezeki tapi penat macammana pun abah,
Sayangnya abah pd kami tetap tserlah.

Saya masih ingt,
Setiap hari minggu abah akan bawa
Kami sekeluarga ke taman permainan
(Tanjg Emas, Muar)
Abah akan menemani saya bermain sehingga puas, 
abah tak penat merungut walaupun abah sibuk bekerja.

Banyak keseronokkan yang abah berikan
Dan saya tak tahu berapa banyak
Wang yg abah habiskan demi mbuat
Saya dan adik2 ketawa riang.

Sempena hari lahir yg bakal menjelma,
Saya rasa saya nk tuliskan sepucuk surat berterima kasih kepada mama.

Mama, sempena hari lahir kakak, 
terima kasih sebab lahirkan kakak, 
kakak nk beritahu betapa kakak sayangkan mama.

Ampunkan kakak kiranya dalam temph kakak hdup 
kalau kakak ada mbuat mama bersusah hati atau 
mungkin percakapan kakak ada yang melukakan hati mama atau 
kakak pernah ingkari permintaan dan suruhan mama atau 
sepanjang tempoh ni kakak gagal jadi anak yg terbaik buat mama,
gagal menjadi penyejuk mata mama, 
gagal buat mama terasa bahagia.

"Ya Allah, aku menyanyangi dan mencintai mama ku kerana-MU.
Tuhan, lindungi mama selalu daripada bahaya dan dukacita.
Selalu lah Engkau ukirkan
senyuman di wajah mama,
supaya ku tahu mama berbahagia dengan hidupnya.
Selalulah Engkau payungi mama dalam rahmat dan kasih sayang-Mu
yang tidak bertepi itu."

Daripada zuriatmu : FatinFashiekin

YA ALLAH,
BERI DAKU WAKTU YANG CUKUP PANJANG
UNTUK BERBAKTI KEPADA MAMA DAN ABAHKU. 
PANJANGKAN UMUR MAMA DAN ABAHKU, 
PANJANGKAN UMURKU,
BERI DAKU WAKTU.
BANYAK SEKALI YANG INGIN AKU
LAKUKAN UNTUK MAMA DAN ABAH.
BANYAK SEKALI PERKARA YANG
INGIN AKU KORBANKAN UNTUK 
MEMBAHAGIAKAN MEREKA.

:')



No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...