FOLLOWER

Friday, September 30, 2011

MASALAH UMUM YANG SERING DIHADAPI

Assalamualaikum

Entry kali ni agak serious maybe. Entry hari ini terdetik nak tulis & share setelah saya dpt lihat & rasa. Saya perhatikan kwn2 tercinta saya dan org2 tersayang sekeliling saya sedang berperang dgn masalah ni.

errrr. masalah apa eh? ye masalah bila
TIBA TIBA TIADA ANGIN TIADA RIBUT PERANG JADI.
haa masih kelabu kwn-kwn? heee. ok saya clear kan. masalah bila tiba-tiba kita ada org yg membenci kita.
haihhhh. kesian dkt kita or kesian pada mereka? tanya saya? for sure saya jwb pada mereka! aha.

Honestly, saya pernah lalui ni. even tak byk kali lg tp sakitnya cukup terasa. cukup sakit. cukuplah. bila org canang kita tak tentu pasal. bila org cantas kita. bila org jaja cerita karut tentang kita. bila org tiba-tiba jadi plastik dgn kita. bila org mula menjatuhkan kita. bila org dulu kawan skrg lawan dan mcm2 lah. semua dgn tiba-tiba! huuuuu. 

kdg-kdg pelik kan? pelik bila semua ni boleh terjadi sekelip mata.

kwn-kwn.. sebelum kita buat dkt org, ambil masa dan berfikirlah. setiap perbuatan tu ada balasan. yg baik dpt yg baiklah tapi klau jahat tu tak kan dpt baik jgk kn? so pikir sendiri.

percaya lah KARMA itu ada! klau tak kena dkt kita pun, maybe ahli keluarga kita sendiri?

kwn-kwn.. buang semua perasaan hasad dengki tu. tak baik. hasad dengki yg positif tak pe juga. ni tak. makk haihhhh. memang tak hengat nk dengki-dengki! sanggup buat apa je. tikam belakang kwn sendiri. jatuhkan kwn sendiri. cantas kwn sendiri. jaja cerita karut kwn sendiri sana sini. kumpul org lain benci kwn sendiri. haihhh.

Ya Allah.
kwn-kwn.. beradablah. kalau rasa ada yg tak puas hati, ada rasa kesilapan seseorg tu, tak perlulah kita pergi serang dia terang-terangan. sampai aibkan org tu. tak baik. beradablah. tak puas hati dgn dia, berdepan lah dgn dia seorang. berterus terang. tak perlu cari 'kekuatan' dari org lain untuk sebarkan fitnah dulu sana sini. jelas berbaur hasad dengki tu.

kwn-kwn.. bertindak lah professional. jgn terlalu keanak-anakkan. kita semua dilahirkan cukup sempurna. cukup istimewa dengan kelebihan sendiri. bersyukurlah. terima hakikat kdg2 kita ada kekurangan disitu tetapi org lain hebat disitu sebab kita hebat disana tetapi mereka kekurangan disana. kehidupan kita saling melengkapi. kenapa perlu bermusuh? kenapa perlu berpecah? kenapa perlu benci membenci?

Ya Allah.

Saya rasa ckup lah saya berkata-kata dlm entry kali ni. hope memberi sedikit sbyk kesedaran kpd those yg bertalam dua muka aka hipokrits aka fake. Hidup ni tak sush kwn-kwn. kdg2 kita yg menyushkn hidup kita sendiri. cari pasal dgn kwn-kwn sendiri. cari pasal dgn org lain. last2? kita keseorangan. tak ke sunyi lame2 nnt? kwn-kwn.. sehebat mana pun cerita karut yg kita sebarkan pasal org lain, satu masa nnt, kebenaran itu akan muncul. jgn lupa. Kebenaran itu milik Allah. dan semua nya dalam percaturan Allah. " sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua " . dan kwn-kwn.. berfikirlah. fikir sebelum buat sesuatu. fikir sebelum terus melayang dlm dunia 'evil' fantasi sendiri.

 ingt.. jgn smpai satu masa nnt, kita kena kutip balik ludah kita sendiri. ;)

Nauzubillah. semoga kita semua akan terpelihara dr manusia-manusia sebegini. bersabarlah kwn-kwn. Allah itu maha berkuasa. Allah maha Mengetahui. biarlah mereka dgn kehidupan mereka. Kita teruskan lah kehidupan kita yg penuh dengan pegangan & jati diri sendiri agar satu masa nnt org lain sendiri mampu membezakan & nampak siapa yg sebenarnya benar & tidak. percayalah sebab I sendiri sudah mengalaminya. Alhamdullilah.

WaAllahualam.

p/s : kwn-kwn.. entry ini tidak pernah ditujukan kepada sesiapa. even saya tak namakan pun sesiapa kan?
ini adalah random post. sekadar peringatan kita semua. termasuk lah diri saya sendiri. dan saya sekadar berkongsi pendapat sbb I pun pernah kena juga satu masa dahulu. maaf andai ada yg terasa. Yang baik dtg dari Allah & dan buruk dtg diri I sendiri. jgn cepat melatah kwn-kwn. :)

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...