FOLLOWER

Friday, September 30, 2011

APABILA HARUS MEMILIH

Assalamualaikum


Entry kali ni saya nk share tentang "pilihan" atau dlm kata lain "antara dua"..
yang mana eh nk pilih? A ke B? atau C lagi baik? bila buat pilihan kita pilih yang lebih baik atau kita pilih yang selamat atau kita pilih yang dtg kebaikan kepada kita smpai bila-bila atau kita pilih mengikut kata hati mengikut pentunjukNYA? 

Bilaa kita berkata soal "pilihan" dan "antara dua" ni, tak semestinyaa hanya melibatkan perhubungan. Pilihan boleh jadi dalam semua bentuk kn?boleh jadi dlm pilihan hidup. boleh jadi dlm pilihan benda kegemaran. boleh jadi dlm mcm-mcm.tak terhitung rasanya. setiap perkara kita buat mesti kena buat pilihan. sebab apa ye?sebab kita mmg perlu berfikir baik & buruk sebelum buat keputusan agar tak menyesal kemudian hari. 

Lately, saya byk sgt kena buat pilihan. Dan terasa sgt sgt sukar. Kalau dulu time muda-mudi,alaaa yg mana fun yang tu lah kita pilih kan? tapi skrg lain. dan lebih baik kita berfikir dulu sebelum menyesal dengan keputusan yg kita buat tu nanti. 

Dlm kehidupan saya setiap benda saya kena buat pilihan. dan sakit bila dua-dua ada kelebihan. tapi kdg-kdg kita tak tahu, akan datang, salah satu dari pilihan kita tu akan membawa padah & susah kepada kita. Tapi, jangan risau kwn-kwn. Jangan risau tersalah buat pilihan pun sebab kita semua belajar dari kesilapan. dan kdg-kdg juga, pilihan yg awal-awal kita rasa salah sebenarnya membawa kebahagiaan & sebaliknya. vice versa. Jadi, sekali buat keputusan, jangan takut untuk teruskan. sebab kita tak pasti apa menanti kita masa depan. Andai yg baik datang, bersyukur & hargai lah. Tapi andai yg sebaliknya datang, belajar lah untuk menjadi lebih cekal & tabah. Tak rugi hidup penuh cabaran & dugaan kwn-kwn. seriously. Orang yg mampu lalui kehidupan yg penuh mencabar dengan gembira & jayanya ialah org-org yang sangat tabah,cekal,sabar & pasti akan berjaya. 

Bila tiba masa kita perlu buat sesuatu pilihan antara dua, tak kiralah mengenai masa depan, jodoh kita, perkara dlm kehidupan seharian pun, yg penting kita mohon petunjuk Allah. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Minta petunjuk agar dipermudahkan membuat pilihan & mohon agar terhindar daripada membuat keputusan yang kurang baik. istikarah kwn-kwn. dlm apa hal sekalipun yg memerlukan kita membuat keputusan. sekurang-kurangnya kita berusaha & pasti petunjuk Allah itu akan tiba. 

Sejujurnya, saya sangat susah dlm membuat keputusan, apatah lagi melibatkan hati, melibatkan org-org sekeliling, melibatkan masa depan, melibatkan kehidupan harian dan sebagainya. Tapi saya temui jalan yg cukup sempurna. andai saya masih blur atau kelabu dlm membuat keputusan, saya segera menyerahkannya kepada Allah SWT. 

setiap perbuatan saya buat saya sentiasa berkata dlm hati " Ya Allah, andai ini terbaik buat aku, permudahkan lah, andai tidak, jauhkanlah serta merta" .. dan kwn-kwn. Alhamdullilah. so far, saya lebih tenang & senang dgn setiap keputusan yg saya dah buat.Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Alhamdullilah. sampai saat ini, andai satu pilihan saya buat itu tidak begitu baik, saya dpt rasa kurang senang lantas saya terus mampu menukar pilihan atau pun andai tiada pilihan lagi, saya terus bersedia dengan sebarang kemungkinan akan berlaku. Akhirnya saya tak pernah terkilan dengan setiap pilihan yg saya buat. Andai ada pun satu dua tu, saya akhirnya belajar sesuatu. belajar untuk tabah & redha. dan kemudian lambat laun pelangi turut hadir seterusnya. Alhamdullilah. :)

kwn-kwn, dlm apa jua kita lakukan, mohon lah petunjuk Allah. biarpun perkara itu sekecil zarah.
Sesungguhnya Allah SWT pemberi rezeki. Allah SWT pengampun dosa & Allah SWT pemberi petunjuk kepada kita dunia & akhirat. Mohon lah petunjuk dari Allah andai satu hari kita perlu membuat "pilihan antara dua" . sesungguhnya, keredhaan Allah SWT itu yang kita cari. dan Insya Allah berbahagialah kita dengan keputusan kita itu nanti. :)

Saya sekadar bercerita.
Yang baik datang dari Allah, yang kurang baik datang dari diri saya sendiri :)

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...