FOLLOWER

Wednesday, April 11, 2012

TSUNAMI :'(

Allahumma sakhhir lana hazal bahr. kama sakhhortal bahr li musa
*ya Allah tundukkanlah laut kepada kami, sebagaimana Kau menundukkn laut kepada MUSA..

Allahumma amin!

Gegaran 8.9..cuba tengok ayat 8:9 :
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

subhanaLLAH..

Tuesday, April 10, 2012

SIAPA JODOH AKU ?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

-iluvislam.com

"Ya Allah, Lindungi Pemilik Tulang Rusuk kiri iaitu Jodohku, Rahmatinya Ya Allah.. Murah kan rezekinya, berikanya kesejahteraan dan ringankan bebannya, kuatkan Imannya, jauhkan dia dari segala yang mengundang kemurkaanmu Ya Allah.. Aminn"

With love,
Fatin Fashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 9, 2012

CEH

Serius jeles kot, asyik muka dia je,
Pagi2 dapat call kata :

"beli paper!ur trully bestfriend forever masuk paper" katanya

Dan I kata : "tak da duit beli paper"

Ceh.

Friday, April 6, 2012

Wednesday, April 4, 2012

SAYA MULA TAWAR HATI

Assalamualaikum

i am really sorry,
now currently i'm falling in love with

ok. actually wordpress saya lebih ketengahkan mengenai isu semasa,
dan blogspot lebih kepada peribadi 

so, buat sementara ni,
jengah-jengah lah
okey ???

tengah semangat kot nak study ttg wordpress ;p

with love,
FatinFashiekin

Tuesday, April 3, 2012

TERINGIN

PIZZA 3D
Tgk dalam beautiful nara bukan main sedap ah ! Bile makan, blh lah.
Maybe sbb nipis tu yg kureng menarik minat saya untuk kalini.

Try again pizza hut !
But I'll comea gain :)

Eh u know what,
Saya sangat suka giler ke
PIZZA HUT BATU BERENDAM,
Layanan 5 star !
Semua ramah tamah, cantik molek,
Kacak bergaya !
Even dah byak kali saya datang,
Layann mreka even staff baru di train dengan HEBAT !!
Saya tengk even manager dia pun sangat-sangat baik dengn staff bawahan dia, bergelak ketawa.

Haish. Best nya kalau dpt bukk company dan ada staff yg excellent macamni :')

Pujian ikhlas,
FatinFashiekin

Monday, April 2, 2012

BOLEH TAK ?

Assalamualaikum !

1) Boleh tak kalau sebenarnye saya tak sabar tunggu weekend ni
sebab nak ajak adik2 mandi manda di Gunung Ledang !
2) Boleh tak kalau saya rasa tak nyenyak tidur malam ni
sebab esok nak jumpa incik jantung hati lagi 
even semalam dh jumpe? LOL
3) Boleh tak kalau rasa ala2 diva sebab rambut dah panjang
then ala2 kim kardashian ? LOL
4) Boleh tak rasa tersipu malu plus pedih sambil sembunyikan muka dalam plastik bag
sebab mama kata peha semakin membuntal ? LOL
5) Boleh tak nak cium duit lama-lama 
sebab baru gaji ?? huhu
6) Boleh tak kalau nak rasa berbangga pada diri
sebab Azam 2012 masih berjalan lancar ?
7) Boleh tak kalau nak jeling tajam-tajam
sebab tak suka pada orang yang pedengki ??


Boleh ke tak boleh ?
fine, entry melalut sebab excited dah bulan April
kenapa bulan april ?
actually nothing, 
just saya sangat happy dapat menikmati masa yg berlalu
disamping keluarga yang awesome !
boyfriend yang charming, kawan2 yang crazy,
bos yang cantik, kawan2 sekerja yg dianggap keluarga,
dihiasi dengan persekitaran
yang sangat-sangat amat disyukuri !
Allhamdulillah
i'm proud cz have them in my life 

" DEMI MASA
Sesungguhnya saya tak nak tergolong diantara
mereka yang rugi "

with love,
FatinFashiekin

Sunday, April 1, 2012

STRAWBERY+YOGURT

Kalau Dato Siti Nurhaliza
(STRAWBERY+CHOCLATE)
Saya pulaaaa..
(STRAWBERY+YOGURT)

Sangat sedap okeh !!!
:)

With love,
FatinFashiekin

Friday, March 30, 2012

HARIMAU JAVANESE

Assalamualaikum.

Mencari barangan dapur bersama Harimau Javanese ! Haha.

Sangat huru-hara,
Bila dalam kereta :

"KakTin, laju lagu.. Laju lagi.. Laju lagi !!"
-dia suruh saya drive laju.

Then nyanyi-nyanyi bersama dalam kereta, fav song dia lagu iklan KFC baru. Pernah dengar tak ? Ala, kt tv pun ada, macam lagu balik kg music nye.

Bila my fav song pula kelua, bila saya kuat kan radio dan menyanyi, dia kata :
"Ssssshhhhhhhh... Diam ah !" Haha. Kurang asam betul ;p

Bila part balik, masing2 berebut makan snek kat blakang, so saya warning lah "awallll... Jangan buat sepah dalam kerete kakak ye" lepastu dia buat tak tahu je, saya panggil lagi, "AWALL" dan dia geram dia mjerit "KAKTINNNNNN !!" Haha :D

Even haru biru dan senak juga lah perut menolak mereka dalam troli dengan keadaan huyung hayang tetapi SERONOK !!


*psstt, nanti kakak bawak korang pi Gunung Ledang ye ! Tggu awal bulan :)


With love,
FatinFashiekin

SEDAR DAN TAHU

" Bila hati berkata : Mungkin ini pertama kali terasa nya sangat dalam. "

Tolong berlapik ketika mengajukan soalan, dan tolong jangan memaksa mahukan jawapan kalau ia melibatkan isu yang secara terang-terangan sangat sensitif dan privacy.

Kadang-kadang saya hairan, how could you ? Yela, sesetengah orang sesuka hati bertanya soalan yang boleh mengecik kan hati orang lain.

Contoh :
1)Eh kenapa kau nampak makin gemuk ? -padahal empunya diri sedang gmbira bjaye menurunkn bert badan sbyak 5 kilo

2)Aku dah naik BMW tapi kau still dengan motor buruk kau ? Bila nak maju ?? -padahal empunya diri bpenat keringat mencari rezeki

3)Kau bila nak ade boyfriend ? Tak laku kan kau ni ?? -padahal empunye diri setiap hari bdoa dn mngis diats sejadah agar ditemukan dengan kekasih hatinya



Susah kan nak berinteraksi dengan orang yang sebegini ? Saya tabik kepada kepetahan bercakap awak. But please behave, jaga lidah awak sebaiknya. Jangan mudah luka kan hati orang. Dan jangan mudah sebarkan cerita-cerita mengikut andaian awak.

Ye, bila kita bercakap, kita lupa pada apa yang kita perkatakan, dan awak kena ingat, mereka yang mendengar akan sentiasa mengingatinya.

Get it ??

*kerana mulut dia saya tersalah faham dgn incik lalan. Haish, SubhanaAllah.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...