FOLLOWER

Wednesday, October 24, 2018

KEREPEK PISANG KE JERMAN ?

Dapat mesej ade pelanggan berminat nk pasarkan kerepek lalanfood ke jerman, mula2 ingatkan scam, setelah di selidik, dia orang malaysia, tp berkahwin dgn orang jerman, so berminat nk bawa kerepek pisang ke sana, nk jd wakil pengedar dan pemborong katanya.
.
Wah, good opportunity kan?
.
Tapi, terpaksa ditolak,
Ye, saya ada impian nk lalanfood smpai ke luar negara, tapi saya kena sedar, semuanya harus berjalan dengan penuh strategi dan sistematik.
.
Maksud saya, perlu lah proper dari segi packaging dan mcm2 lagi lah. Skg produk saya cuma homemade, so packaging masih jauh lg, nk dapatkan halal lah, barcode lah, ye benda ni ada dalam perancangan, tp mcm saya kata tadi, perlu tersusun rapi.

Dn saya tk boleh juga senang2 labur duit untuk invest packaging yg cantik, (yg mahal),sebelum nak invest, saya akan tny diri, adakah ia perlu ? Dan kesan dari invest tu, apa lalanfood kan dapat ? Adakah membantu ? Saya akan senaraikan wajar atau x,

Macam invest utk kelua kn wildtrak sebelum ni, setelah berbincang dgn incik lalan, dn makesure dengan pelaburan tu, WAJIB jualan meningkat, Allhamdulillah pelaburan tk sia-sia, wildtrak tu mbantu mbawa lebih muatan kerepek utk dihantar ke kl dn selangor (cas phntran dkenakan), dn bukan tu je, kapasiti penjualan anak pokok pisang dn lain2 pn meningkat. Faham kan ?

So bbalik pada kenapa sy rasa kene tolak kerepek lalanfood nk dipasarkan ke jerman, masalah no 1 saya, permintaan pelanggan malaysia pun terhad, so sy xnk jadi, yang dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.

Saya ada wakil jualan bagi malaysia, mereka sendiri pun saya limitkan permintaan, sbb bahan mentah sangat kurang, ye itu masalah kami, puas saya berbincang dgn incik lalan, tanah incik lalan sdri x mampu mnampung permintaan, so kami terus mencari lagi tanah utk mbuat penanaman.

Ada yg kata pada saya "awk hebat marketing pemasaran,beli je la kerepek org lain, so awk xperlu keluarkan tenaga, masa jimat, kaya pun cepat"..
.
saya berniaga bukan untk "kaya" semata.. yg jd fokus utama saya, saya nk bina legasi dari usaha saya, saya impikan sebuah legasi besar yg dikenali seluruh malaysia dn luarnegara atas nama LALAN FOOD dn semoga usaha saya dapat dirasai keseluruh keturunan saya.
.
Jual kerepek pisang, semua orang boleh jual, tapi nak makesure orang ingat sampai bila2 jenama kita, bukan senang. Dn saya tahu, saya boleh, dn saya akan pastikan ia jd kenyataan 💕

Amin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...