FOLLOWER

Tuesday, July 4, 2017

KASEH KE TASKA. CONFIRM.

Seminggu raya berlalu,
So another seminggu ni i cuti menggoreng,
Seminggu untuk kaseh,
I fokus pada dia..


Even i surirumah,
Bila buat kerja dari rumah,
Kaseh banyak bermain sendiri dan i tgk dari jauh.


Sebelum ni i pernah nak masukkn baby ke taska, but last minute i cancel, i kata pada suami, i boleh manage masa.. i boleh menggoreng sambil jaga anak.


Tapi, fuhh, tak senang beb,
Tambahan pula permintaan semakin naik dan menaik, i pula semakin rasa bersalah bila tgk kaseh main sendiri, nak tidurkan dia pun i tak sempat.


Rasa sangat laaaa bersalah 😭,
Dalam masa yg sama nak kembangkan bisnes, dalam masa yang sama nak manage anak.


So, husband cakap
"Kite kene letak kaseh kat taska, bukan sebab kita tak sayang, tapi kita nak dia bermain, kesian kaseh kat rumah tapi sayang sendiri tak boleh bermain dengan dia"

Ye. Serius tak sempat.

Ni seminggu i cuti menggoreng,
Barulah dapat fokus layan dia,
Mandi bersama, main bersama, makan bersama, cuddle bersama, kalau tak, memangggg tak sempat.

Bayangkan,
Celik mata i fokus kopek pisang,
Petang i nak menggoreng,
Kaseh ? Berkawan dgn channell mother goose club.
Kesian anak i..


Dan situasi jadi kelam kabut,
Bila i nak pi kursus,
Anak i ?? Nak tinggal mana 😓


Berat hati sebenarnya,
Kalau macam incik lalan,
Dia slumber je nak letak anak kat taska.


I pula adalah kategori emak2 yang sangat manjakan anak dan nak berkepit.

Yela, anak i pun i panggil "MANJAAAA" tau..
yela, i yg jenis workaholic ni dapat anak terus berhenti kerja untuk anak.. bayangkan tetiba nak hantar taska ?


I da pesan suruh incik lalan yg hantar kaseh ke taska untuk first week, kalau i hantar, i khuatir akan ada video viral seorang emak mnangis dipagar taska hahaha


Semoga i kuat hati,
Sebab i jenis cerewet orang jaga anak i, dulu maklong i jaga, susu anak lambat habis pun i pelik.. (jadi emak2 kena alert kan)..


I hantar pun isnin-khamis je,
Jumaat balik pagoh, lawat mama abah, Sabtu ahad with me and husband at home 👨‍👩‍👧


Dear kaseh,
Mommy work hrd for ur future,
Mommy promise, semua da boleh dimanage, dapat mesin, pekerja, awak akan kembali ke ketiak mommy. Mommy love you manje.


Mommy,
Fatin fashiekin binti anuar

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...