FOLLOWER

Saturday, November 21, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI & HAFIZ

 
 
Pergi majlis kahwin cousin dalam keadaan kemam gauze. Yela, kan baru cabut gigi, tapi dah 3jam yang lepas. Setelah kemam gauze 3jam tanpa henti, tanpa makan dn minum, Allhamdulillah, lepastu darah berhenti. Saya risau juga dengan risiko bleeding yang disebut-sebut. Allhamdulillah selamat.



12.30 incik lalan sampai rumah pagoh,
Bagi dia air sirap ais, bagi dia baring sekejap sementara saya bersiap. Pukul 1 kami gerak. Ngam 1.30, bagi incik lalan zohor sat, baru kami masuk rumah pengantin (rumah pengantin betul-betul dekat dengan masjid)


Sampai je, terus makan. Saya makan paling banyak, 2kali tambah dengan pinggan penuh, air pula dekat 10gelas air orange. Saudara mara semua tegur haha. Saya balas "dah 3 jam tak makan".. incik lalan lagi lah, dia bisingg tgk saya makan, dia kata "lemak ni semua makanan ni, tak elok"... saya kata "baby lapar, baby yang nak makann, dia tendang-tendang".. incik lalan perhati je saya makan gelojoh, haha. 



Pukul 2, pengantin pun sampai. Ada zapin semua. Saya ada rakam, tapi kat instagram, carilah instagram saya "fatenfashiekin" sebab saya memang tak private kn pun.


Selamat pengantin baru cousin!  
Semoga berbahagia ke hujung nyawa.


Dont worry,
Sebab kahwin ni sangat lah best
:)



‎Lady faizal,
FatinFashiekin



No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...