FOLLOWER

Monday, November 16, 2015

ALKISAH TENTANG JIRAN

‎Entry ini sangat panjang



Rumah saya betul-betul dibahagian selekoh. So disebelah kiri rumah memang tak berjiran lah kan, just untuk tempat parking. Tapi saya selalu malas nak parking kereta kat situ, saya suka parking depan rumah, betul2 sebelah beranda rumah so nak keluarkan barang pun senang. Ala apa nak risau panas ke apa, saya sampai rumah pun dah nak maghrib. sampai rumah pun kebiasaan incik lalan kat kebun, tu yang parking betul2 depan rumah, takut lah parking jauh. ‎


So disebelah kanan rumah kami, ada sebiji rumah yang hanya didiami oleh seorang mak cik tua, kami panggil mak long. Rumahnya besar, disebabkan besar juga lah, mak long hanya ada dirumah tu waktu siang, malam dia tidur dirumah anak buah nya dalam jarak selang 5 rumah dari rumah kami.


Kalau saya balik melaka, memang selalu saya buka ayat alquran, lagi2 weekend, dalam masa mengemas tu seharian memang sampai khatam lah bacaan alquran saya mainkan, dalam masa yang sama, bagi baby dengar. So kadang2 tengah saya lap2 cermin rumah, sapu halaman rumah, mak long akan tegur. Ingat lagi mk long kata "sejak ada ekin, mak long dah tak takut lagi dah, lega mak long boleh jenguk rumah mak long selalu" dalam masa yang sama saya rasa aneh, apa nak ditakutkan, then dengar2 cerita, oo rupanya konon rumah mak long tu ada toyol masuk (-_-) apasal lah scary sangat. Agaknya dia dengar saya ni jenis buka ayat alquran + ngaji2. Dia lega lah kot.


Incik lalan selalu kata :
"Tiap kali saya nak pergi kerja, mak long mesti tanya bila sayang nak balik melaka"..


Dan bila saya balik melaka, mak long akan tidur rumah dia sekarang, mungkin sebab ada saya kat sebelah tu, peneman kan. Nak harap incik lalan, incik lalan 24jam jenguk kebun-kebun dia. Balik kebun pn dah tengah malam. Ok bbalik pada story, saya rasa lawak juga bila incik lalan kata, saya balik melaka baru lah mak long akan tidur kat rumah dia. Saya kan parking kat depan rumah, saya perasan juga, bila parking kereta je mak long akan jenguk saya dari tingkap. Mungkin dia lega saya dah balik.


Khamis lepas, cik anuar (anak buah mak long) datang rumah, Dia ajak kami BBQ di rumah dia (rumah yang selang 5 rumah dari rumah kami).. dia ajak kami datang malam ahad, incik lalan katalah "tapi sabtu malam ahad, adik dn sepupu saya datang rumah".. dn cik anuar suruh juga bawa wahida dan liyana.


HARI SABTU :
Bangun pagi, saya tengk anak cik anuar sibuk mengemas rumah mak long, semua tingkap dibuka, katil2 dibawa keluar. Saya dan incik lalan beranggapan mungkin ada saudara mara nak datang, tu yang dieorang mengemas. Yela, malamni kan ada bbq.


Saya pun tegur lah anak cik anuar, namanya adi,
"Adi, wah malamni makan-makan sempena apa? Nak kahwin lettew.." adi ketawa dn kata "tak jadi-tak jadi"...


MALAM SABTU :
Dari kejauhan kiteorang tengk, rumah cik anuar sepi je, kata ada bbq? Asap apa pun tak ada. Saya, incik lalan, liyana dan wahida dah get ready. Incik lalan pun terasa aneh. Lalu, saya cerita lah pada incik lalan tentang gurauan saya dan adi. "Sayang bergurau dengan adi tentang makan2 malamni, tapi adi balas tak jadi, tak pastilah adi bergurau ke serius, tapi tengk rumag cik anuar, kenapa sunyi?"


Incik lalan serbe salah bila saya ceritakn gurauan saya, ikutkn incik lalan, dia xnak pergi sebb risau pergi je rupenye salah tarikh ke kn, nmpk sgt kebulur pula nanti. Haha. Saya pun pujuk incik lalan supaya call adi, yela, kalau nk kepastian kene lh btanya, xkn buat tak tahu je kn, kn hidup berjiran.


(incik lalan ke halaman rumah call adi, saya pula dibilik sambung bersiap)


5MINIT KEMUDIAN :
Incik lalan tergopoh masuk bilik dan tenung saya yang tengah bersiap sambil buat muka panik dan kata "malamni tak jadi dibatalkan".. saya pun balas "nasib baik kite ber4 tak kesane lagi, kalau x, malunyeeeeeeeee--".. incik lalan duduk kat katil dan pandang lagi muke saya "kenapa awak gurau macamtu dengan adi, tanya kahwin2 lah.. xkene timing laaa"... saya dah rasa pelik, aik, bergurau pun tak boleh.. incik lalan sambung "ada benda nak cerita ni, ikutkan hati tak nak cerita, tapi risau awak buat lawak bodoh pada jiran pula, awak tu terlebih ramah tamah".. saya balas "tak nak cerite sudah, tak kisah punnn"....


(tetibe, perlahan suara incik lalan)‎

Incik lalan : mak long meninggal tau semalam, semua tak sedar dia meninggal, sebab mak long kan duduk sorang.. adi datang rumah mak long semua pintu berkunci, so dia pecahkan pintu rumah, tengk2 mayat maklong dah keras, semut pun dah banyak makan mata mak long.


Saya : hah!!!!!!!!!!!!!!! Semalam!!!!!!!!!!!!!!! (terus terfikirkan apa aktiviti semalam, terus panik, tak sangka ada mayat tak bernyawa seharian disebelah rumah kami) 


Incik lalan : ye, tadi adi cerita, thaty BBQ tak jadi, sebab hormat kematian mak long, yang peliknya, adi kata pagi semalam ambulans lah, penuh rumah tu masa nak keluarkan mayat, tapi, kenapa kita tak dengar apa-apa? Adi kata, kereta kita ada, dalam pukul 8pagi..


Saya : kite punya bilik bukan kat depan, tak dengar apa jadi, sebab kita bahagian sebelah kiri sana. Kedap bunyi lagi. Tu tak dengar apa-apa, patutlah dieorang cuci rumah mak long! Nak bersihkan takut ada kotoran rupenye *muka saya dah puct*


Incik lalan : tu la, saya pun dh minta maaf kat adi dan keluarga, sebab serius tak tahu apa-apa. Saya tahu kalau saya cerita kat awak, mesti awak tak bagi saya pergi kebun malam dah, awak kn penakut, tapi kalau tak cerita, saya takut awak buat lawak bodoh lagi, awak tu ramah..... patutlah sejak 2minggu ni mak long asyik tanya bila awak nak balik, dia dah rasa nak meninggal, so dia meninggal kat rumah dia sendiri.. so bila awak ada kat sini, dia tak takut nak tidur kat rumah dia..


Saya : masalahnya, mak long tak takut, sekarang sayaaaa yangggg takuttttttt... (besarkan mata).. awk tak dibenarkan gi kebun, no-no, mak long tu rapat dengan saya, saya parking kereta pun boleh nampak mak long dok jenguk dari tingkap rumah, ni mak long tak ada, confirm gelap gelita rumah tuuuuu (-_-) tolonglah, saya takutttt..


Incik lalan : dah agak dah. Dah agak ni yang akan berlaku.


Saya : awak pun, cerita je lah mak long dah meninggal. Jangan lah cerita lokasi meninggal kat manaa. Tipulah sikitttt. Ni siap cerita, mayat dah keras lah, mata mayat kena makan semut, tak ada sapa sedar dia meninggal. Kan seram tuuuuuu.. aduhhhhhh... lepastu sebelum ni siap cerita rumahtu ada toyol laaaaa... awak kan tahu isteri awak ni hatinya nipisssss...




Ok. Sekarang. Saya tak berani balik melaka. Masih seram. Rumah tu dibiarkan kosong tapi semua tingkap dibuka. Gelap gelita. Selaku jiran yang berhati kecil, saya ngaku, saya tak berani nak berseorangan dirumah tanpa incik lalan. Saya dah pujuk nak ikut incik lalan pi kebun, dia kata "tak boleh, nanti awak merengek nak balik, kebun jauh lagi gelap berbanding rumah tau.."


(-_-)


Malam ahad tu, lepas tahu kisah, saya tak boleh tidur, asyik terjaga je, bangun pagi saya kata kat incik lalan "saya asyik terbayang semut makan mata manusiaaaaaa...." incik lalan gelak dan tarik rambut saya kata saya gila. hahahahaha. 


Macammana nak timbulkan keberanian ni,
Terngiang-ngiang terbayang-bayang senyuman mak long melambai saya pergi kerja. Ye, tiap orang akan merasai mati, TAPI, saya ni aneh sikitttt. Sekarang dah terapkan undang-undang pada incik lalan "no kebun jika saya ada" hehe. Dia dah setuju. Allhamdulillah.


Alahaiiii,


Alfatihah untuk mak long.


Lady faizal,
FatinFashiekin

‎‎

1 comment:

Han Hanni said...

Al fatihah utk mak long... saya pun hati nipis macam awak.. saya penakut sangat

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...