FOLLOWER

Sunday, April 5, 2015

BRIDE TO BE (MALAYSIA)

Bila tengk kalendar,
Rasa tak percaya.


Perasaan saya,
More kepada mengeletis, pergi kerja pun happy, tengah kerja pun sengih, balik kerja pun bersemangat.‎ 


Part nervouse lebih kepda majlis, yelah, bukan majlis dirumah je, di kedah, di melaka nanti. So ada turn dia yang saya kena fikirkan. Semoga dengan izin yang Maha Esa, segalanya berjalan lancar.


Sekarang ni kalau jumpa incik lalan, saya pandang dia lama-lama, lepastu saya tanya dia bukan-bukan, saya tanya dia 
"sayang saya tak"
"kenapa nak jadikan saya isteri"
"sayang saya macammana"
"happy tak nak kahwin dengan saya" 
macam-macam soalan saya tuju, ‎
Sampai dia tunjukan penumbuk nk luku kepala‎ saya. Haha


Saya kata pada dia :
"Walaupun kita dah kahwin, walaupun umur saya makin meningkat, walaupun usia perkenalan dan perkahwinan bertambah, saya tak nak awak anggap saya matang dn dewasa, saya still nak jadi manja awak sampai bila-bila, saya nak meleset selalu kat awak, dipujuk awak, selit2 dicelah awak"


Manja diatas bukan bermaksud, manja sikit2 merajuk, sikit2 dipujuk. Nope. Just macam lagu fynnjamal yang saya suka tu :-

________________________________________

‎Untuk kali ke seratus lima puluh juta‎
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu :
"Sayang mungkin bengis seperti singa"
"Tapi sayang nangis tonton cerita Korea"
"Sayang mungkin keras bila bersuara"
"Tapi Sayang jelas jujur apa adanya"


Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau yang salah saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya"

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua‎

________________________________________


Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...