FOLLOWER

Thursday, January 9, 2014

LOAN KERETA

Aggrement dah sampai
Allhamdulillah !
Umur 29 tahun nanti habis lah bayar ;p


Ni lah satu dan sebijik hutang,
Sedaya upaya tak mau hutang.
Tapi, Kena juga.


Tapi fikir positif.
Ok lah. Beli kereta muda,
Habis bayar pun awal.. Kan ?


Kenapa saya tk suka berhutang ?
Sebab saya tak nak susahkan sesiapa.
Contoh kalau saya sakit ke,
Ha, nnti ada family kena bayarkan hutang saya. Saya tk suka sbnarnya.


Haritu ada borak dengan incik lalan, saya kata : "nanti kalau kita kahwin, kalau awak nk tolong bayar hutang saya. Jangan risau. Hutang saya kereta je. Lain tak ada---"


Pastu dia tengk aku semacam
dan gelak kuat-kuat. LOL.


Uols yg muda2 tu,
Kalau perlukan kereta dan mampu.
Beli je lah. Boleh settle loan kereta awal.


Then komitment kereta settle,
tambah pula rumah.
Hidup pun aman bahagia :)


Yang muda-muda tu,
Kalau cari kereta jangan fikir ranggi semata. Even baru 18tahun sekalipun. Fikirkan sebuah kereta yang selesa even family nak tumpang nanti bila raya. Dan paling penting bonet luas.


Saya berkata based pengalaman,
Dulu kereta saya kecik. Abah mama adk2 tumpang kereta saya, sempit. Pi shopping barang raya pula, bonet kecik.


Ye, jgn pk ranggi je.
Nanti menyesal.
Kereta bukan digunakan masa bujang je. Atleast kalau anak 4 orang, selesa.


Macam saya. Saya fikir kan. Kalau ada anak, tak ada lah anak berhimpit duduk dalam kereta dengan beg sekolah *see, jauh x aku pk ?* hahahahahaha


Kepada yang baca entry saya ni dan terus rasa syok nak beli kereta pun bersabar. Jangan sebab nak beli kereta, uols bayar downpayment kereta pun nak buat loan. Jangan bebankan diri.


Bukan senang nk senang,
Saya sendiri pun, 5 tahun kumpul duit wahai sayang sekalian. Bila baca entry yang lama. Rasa lawak. Sidemirror kereta pecah lah tapi redha je saya bawa. Kereta tk da aircond lah tapi redha je saya tempuh hujan lebat dan panas bahang. Paling lawak, kereta mati kat simpang berbukit, dan mengundur pastu orang ramai tolong. Hahahahahahahaha. Tu gila lawak.


Bak kata incik lalan : "kalau niat nak buat benda baik, jangan risau, rezeki tu ada, tu janji Allah"


Betul.
Saya dapat 2 perkara.
1) apa yg saya plan kn berjalan lancar dan InsyaAllah sempurna.
2) dapat kereta baru lah ! Hahaha *libas shawl*


Kawan-kawan,
Saya boleh. Awak pun boleh.
:)


Ada pertanyaan ?
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...