FOLLOWER

Sunday, November 3, 2013

RIGOR MORTIS REVIEW

3/11/2013

Salam,

Semalam,
Pukul 1 incik lalan datang rumah.
Lunch-lunch then pukul 2 gerak tengk movie :)

Sebenarnya saya plan nak tgk cerita THOR tetapi memandangkan semua full dan saya paling tak suka duduk berhimpit-himpit dengan orang. So tukar kepada RIGOR MORTIS.

Incik lalan kata :
Cerita ni best tau ! Don kata best ! Cerita lawak seram.

Saya pula kata :
Lawak seram ea ? Ada lawak-lawak. Okey lah. Saya tak takut (saya bayangkan cerita pengembaraan bersama kawan2 yang penuh lawak jenaka dan berjumpa hantu yang lawak)

Incik lalan kata :
Jangan risau ea, tak seram, kalau seram, awak tidur lah dalam tu nanti.


Kami sampai dalam pukul 4 petang. Jalan jammed. Almaklumlah cuti. Saya pun dah lama tak meredah arus sesak ke mahkota parade tu. Sebelum ni kami kalau dating pun balik2 melaka mall (tengk wayang) sadis betul.

Then beli tiket, sementara tunggu 5.40ptg, saya dah merengek lapar dah. Makan2 kat station kopitiam. Incik lalan pun sama merengek. Dia kata nk coffee dari starbuck. Ngada2 ek ? Kopi is kopi lah kan. Mngada nk dari starbuck. Hehe.

so saya makan2 kat station kopitiam, dia pula tinggalkn saya sat sebab mencari starbuck. Lama juga dia pergi, dari 4.15 sampai 5.30 tak muncul. So saya pun naik lah atas dulu. Beli popcorn.

5.38 dia muncul bersama kopi dan bersama sengihan dan bersama kelam kabut. Pas tiket kat brader yg jaga kaunter. Brader tu x bgi kami masuk sebab incik lalan bawa makanan luar.

Brader tu kata ;
"2 pilihan bang, buang dalam tong sampah atau habiskan"

Ha-- So yg jadi masa seterusnya, siapa ? Saya lah ! Handbag saya lah. Gila betul. Air panas dalam handbg saya.

Saya kata :
"Kalau air tumpah dalam handbg saya ni, saya claim handbag baru ea !"

Masa nak lalu kaunter tiket tu, saya buat2 sibuk lah bawa popkorn besar. Handbg pula kepit kat dada konon tak mampu bawa popkorn dan air. Konon gopoh gapah. Ahahahaha. Very the drama uols.

Dan nasib baik semua brjalan lancar. Dengan kpakaran saya. Setitik pun kopi tu x tumpah.


Ok.
REVIEW MENGENAI RIGOR MOTIS.
(3 bintang) = tak seram sangat pun
CERITA HANTU CHINA

Seorang makcik dan pakcik tua yang berumur lebih seratus tahun.pasangan yang romantik dan saling menyayangi.

Suatu hari, si suami meninggl dunia akibat jatuh dari tangga.

Si isteri tak dapat menerima hakikat kehilangan insan paling disayang.
Si isteri minta bantuan bomoh jahat untuk menyeru roh suaminya semula.

So bermacam-macam perkara terjadi lah smpai kan si isteri sanggu membunuh kawannya dan budak kecil untuk dijadikan santapan roh jahat.

Macamtu je,
Part ngeri bila isteri jahit mayat suami. Yang lain tak seram. Lawak bila hantunya cuma terlompat-lompat.

Ala,
Tak boleh lawan hantu melayu.
Lagi ngeri ! Pocong ! Hahaa

Dan keluar dari panggung,
Saya pandang incik lalan tajam,
Sambil bekerut kening dan kata :
" MANA YANG LAWAK CERITA TADI ? TAK LAWAKK PUN "

So kesimpulan.
Ditipu. Sobs.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...