FOLLOWER

Sunday, July 14, 2013

LUAHAN SAHABAT : PASANGAN PANAS BARAN

Saya ada seorang teman.
Tak perlu saya ceritakan siapa lah ye.
Saya gelarkan sebagai "I"

sahabat : ekin, Fikri call saya, dia buat perangai lagi nak putuskan pertunangan kami. kalau setakat putus tak apa. Kalau dia sekadar berkurang ajar dan menyakitkan hati saya tak apa. Tapi dia babitkan keluarga saya. Tergamak dia call mak ayah saya dan kecewakan hati mereka.

Saya : awak buat solat istikharah yang saya sarankan pada awak ? Awak masih sayangkan dia lagi tak.

Sahabat : dah ekin, tiap malam saya buat. Tentang perasaan, saya buntu. Saya keliru, saya bertunang dengan dia kerana kasihankan nenek dia dan dia nak berubah dari perangai dia yg panas baran katanya. Tapi sekarang keadaan semakin teruk dan buruk, tiada siapa kasihankan saya dalam perhubungan kami.

Saya : saya faham, dan yang membuatkan awak bertambah sedih bukan kerana fikri ingin memutuskan pertunangan, tetapi kerana fikri dah melukakan hati mak ayah awak kan ? Dan awak bersedih melihat mak ayah awak bersedih ?

Sahabat : betul ! Saya tak tahu nak terangkan macammana pada mak dan ayah. Mesti mereka kecewa. Saya betul2 buntu dan tak tahu nak buat keputusan.

Saya : awak ada buat solat istikharah. Awak minta pertolongan Allah untuk menentukan apa jalan terbaik untuk perhubungan awak dan fikri kan ?, dan sekarang Allah bg ujian. sbnrnya Allah turunkn jawapan mlalui mk ayah awak. Buka mata plhan2 dn hyti rahmat Allah dn kkuasaan dia mjwb soalan awak dalam setiap permintaan awak..Allah Maha Besar. Dia jwb soalan awak dlm Ramadhan.

Sahabat : ye, betul, apa patut saya lakukan ?

Saya : cukup berpura bahagia. Pergi berjumpa mak dan ayah awak. Ceritakan segalanya dan apa yang dah terjadi. Tanya mak dan ayah awak, adakah mereka merestui hubungan seperti ini untuk diteruskan ? Atau memutuskan. Letak segala keredhaan pada restu kedua ibu bapa kita.

Sahabat : terima kasih ekin kerana sudi mendengar setiap masalah saya. Nanti saya cuba cerita pada mak dan ayah walaupun saya tahu mereka pun pasti terkejut.

Saya : dalam perhubungan, sememangnya pasti akan ada terselit masalah. jatuh bangun perhubungan. Pergaduhan, perselisihan faham. Ianya normal. Tak ada siapa yang sempurna didunia. Pasangan dicipta untuk saling melengkapi bukannya menyakiti. TETAPI, bagaimana besar pun masalah dalam perhubungan, jangan sampai pergaduhan melibatkan kedua ibu bapa kita. Ianya sangat perlu dititik beratkan. Kalau boleh, kita hadiahkan kedua ibu bapa kita pasangan (menantu) yang dapat menjaga dan melayani mereka sebaik kita.

_________________________________________

Allhamdulillah sahabat saya kini dah mempunyai jawapan dan ketegasan dalam jawapan perhubungan dia.

Saya pelik.
Sangat pelik.

Lagi2 pada pasangan yang TIDAK MENGHORMATI kedua ibu bapa pasangan ?

Ada yang jenis, gaduh dengan pasangan tetapi terus hubungi mak bapak pasangan dan mengatakan betapa teruk anak mereka. Contoh : "aku menyesal berkahwin dengan anak lelaki kau, dia tu jantan tak guna"

Ada juga yang jenis, call keluarga pasangan dan sikit2 kata "putus-putus-putus" konon anak mereka tak hargai mereka lah. Konon anak mereka jahat lah. Contoh : "mulai saat ni, aku dan anak kau putus ! Kami putus !"


Hei hei.
Tindakan ini adalah sangat salah.
Kalau kita ikhlas sayangkan pasangan kita, sakit macammana pun kita, tetapi dihadapan kedua ibu bapa pasangan kita masih menjaga nama baik dan maruah pasangan. Segala pergaduhan tidak membabitkan mereka.

Saya sangat pelik pada pasangan yg mempunyai attitude semudahnya call parent pasangan dan keluarkan kata2 kononnya dia yang betul dan orang lain salah.

Hmm, sebelum nak dapat anak dia, bukan main sopan santun. Bila dah dapat ? Dimaki makinya mak bapak pasangan. Please behave !

Ikutkan hati saya, nak je diganyang-ganyang lelaki yang buat sahabat saya menangis teruk. Tapi, saya yakin dengan kuasa Allah ! PASTI ADA HIKMAH !!!!

Kawan saya sangat baik dan tak sesuai untuk berdamping dengan lelaki seperti fikri.

Ok. Uols jaga diri ye.
Dengan pasangan tu btolak ansur. Jangan marah2 dan panas baran. Dulu masa bercinta punyalah romantik, tp knapa bila dah btunang dn bkhwin nampak ksalahan melebihi kelebihan ? Ingat, jangan over panas baran, nanti pasangan cari lain baru tahu ! ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...