FOLLOWER

Wednesday, May 22, 2013

RESEPI SUP TULANG ANAK DARA PALING MUDAH

Ada janji nak bagi resepi kan ?
Dah lamaaa baru ingat ! Hehe.
Maaf ye. Dan maaf juga,
Gambar sup tiada. Kelam kabut.


Ahad lepas kan saya busy,
Tak makan pun dengan incik Lalan.
Saya bungkus kan untuk dia.
Gambar pun tak sempat ambil sebab tertunggu-tunggu daging empuk.
Bila empuk je terus tapaw letak dalam kereta.

Ala, even tak ada gambar pun. Bagi uols yang 1st time nak cuba masak sup ni. Jangan risau. Senang ! Simple ! Saya pun bukan lah seorang wanita yang complicated masa memasak. Guna apa yang ada ;)

BAHAN-BAHAN

1) Tulang / daging (agak-agak lah ye jumlahnya)
2) Lada Putih ( 2 sudu )
4) 8 biji bawang kecil
5) 4 biji bawang putih
6) Halia (sbsar ibu jari korang)
7) Daun Sup
8) Garam


Sangat senang ye kawan-kawan.
panas kan periuk, masukkan air separuh periuk. Biarkan air mendidih, bila mendidih masukkan TULANG DAN DAGING kemudian rebus sampai empuk. Aha, letak garam ye secukup rasa. Jangan tawar ! Sup tak sedap tawar.

(15 minit)Sambil tunggu rebusan empuk. Tumbuk lada putih sampai betul-betul lumat.Bawang kecil, bawang putih dan halia, uall kena blend kan bsama setengah cawan air.Siap semua nya. Campurkan lada putih dan bahan yang dah di blend kan ke dalam periuk rebusan. Tambahkan air ke dalam periuk rebusan, sebab kita akan rebus tulang dan daging tu selama 45minit pula untuk makesure daging betul-betul empuk.



Macam saya, johorean jawa. So wajib ada sambal kicap. Baru lah kaw-kaw kan :)

CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP :
1) Kicap
2) Gula
3) Bawang putih sebiji
4) Lada cili 15 biji
5) Minyak panas

Panaskan minyak, goreng lada cili dan bawang putih. Memang confirm meletup letup ye. Kalau saya, saya selalu minta bantuan abah. Hehe. Nampak garing, toskan.Masukkan bawang putih dan lada dalam blender, 2 sudu gula dan separuh kicap.Blend kan sampai lumat.


Siap !!!!Tengk jam. Selepas 45 minit,
Sup siap !!!! Kalau daging still tak empuk, rebus lagi 15 minit ye. Tak susah ! Kesabaran je perlu dititik beratkan. HeheLast sekali, cincang daun sup,
Taburkan. Auw ! Menarik :)


Ok. Next week ?
Tiada sebarang menu sebab incik lalan balik kedah. So, maybe hangout with family.Love

,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

















No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...