FOLLOWER

Wednesday, May 15, 2013

RESEPI NASI AYAM PALING SIMPLE MUDAH SAMBIL PEJAM MATA

Salam.


Hai ! Ahad haritu incik lalan buat permintaan tiba2 nak makan nasi ayam. Even 2 hari sebelum tu dah pun saya buat nasi ayam. Tapi, sebab dia teringin, buat juga lah. Sian dia kan, mak bapak jauh kat kedah, adik beradik pun jauh. So teringin makan nasi ayam. Ye la, saya buat kan lah. Yelaaa. Haha.Balik dari pasar dah pukul 9, then nak makesure 10.30 dah siap masak cuz pukul 11 pastikan dah siap mandi. 11 lebih gerak ke melaka.



Meh saya ajar cara mudah NASI AYAM ANAK DARA ! Hahaha.
Setiap bahan yang saya catatkan ni, mengikut STEP MASAKAN nanti ye :)


BAHAN-BAHAN

1) BAHAN REBUSAN AYAM
-Ayam yang di potong-potong (peha / kepak *bahagian yg disukai)
-Air separuh periuk
-garam


2) BAHAN PERAPAN AYAM (5minit)
-Kicap lemak manis jalen


3) BAHAN NASI
-serbuk kunyit (secubit)
-halia (4 hirisan tebal sedang *ikut suke korang lah*)
-beras (2 cawan)
-rebusan ayam (4 cawan)


4) BAHAN SUP
-daging ayam yang dipotong kecil (dada ayam / leher, *biasanya bahagian2 yang tidak disukai)
-bawang merah (ditumbuk)
-bawang putih (ditumbuk)
-halia(ditumbuk)
-lada putih (ditumbuk)
-sup bunjut (kalau x ada pun tak pa)

5) BAHAN SOS
-sos cili
-6 tangkai cili padi (ditumbuk)
-air rebusan ayam6) HIASAN
-timun
-salad
-tomato


CARA-CARA MEMBUAT NASI AYAM.

Relax, cool and be profesional ye. Cara simple ni terjadi sewaktu saya kekurangan bahan. Hahaha. Tapi rasanya masih asli. Sama. Lazat. Dan menjilat jari.Kita mulakan dengan REBUSAN AYAM. Sediakan periuk, tunggu air mendidih kemudian kecilkan api dan masukkan ayam yang telah dipotong. Then, taburkan garam. Rasa ye, jangan telalu tawar kerana air rebusan ni mempunyai banyak tugasan. Bila siap merebus, tengk ayam pun dah gebu ! Tos kan ayam.

Kemudian kita beralih kepada BAHAN MEMBUAT NASI. Basuh 2 cawan beras dan bilas sebersihnya. Kemudian ambil secubit serbuk kunyit, gaulkan. Jangan banyak sangat ye.. Kemudian masukkan air rebusan ayam (4 cawan).. Kemudian masukkan halia. Kemudian gaulkan dan tunggu sehingga nasi masak. Simple ! X perlu guna majerin ok, sebab majerin leceh dan berminyak.


Ok, beralih kepada ayam yang sudah direbus, sekarang beralih untuk PERAPAN AYAM selama 5 minit. Tak lama ! Jangan risau sebab kita dah rebus ayam kan :)


Ayam yang sudah di toskan tadi, uall masukkan ke dalam mangkuk besar, curahkan dengan kicap lemak manis dan gaulkan serata mungkin. Lepas gaul. Tutup dan tunggu selama 5 minit. Disamping tu panas kan kuali dan minyak masak.


Setelah PERAPAN berakhir, goreng ayam yang diperap. Jangan terlalu lama mengoreng, dikhuatiri hngus. Dan mengeras.Akhir sekali, bahan yang ditumbuk iaitu bawang kecik, bawang putih, halia dan lada puth hendaklah ditumis sehingga naik bau. Selepas tu, masukkan air rebusan ayam tadi, masukkan daging ayam yang di potong kecil. Tunggu sehingga mendidih.Selepas itu ! Siapp lah !!! Hehe. Nasi siap. Ayam siap digoreng dan sup siap.


Eh ! Ada lagi, sos !Ok, cara buat sos.
Tuang sedikit sos kedalam mangkuk, ambil sedikit air rebusan ayam dan cili padi yang telah ditumbuk, kemudian kacau rata. Siap !Bab hiasan, ikut kreativiti uoll.. Okey :)


Sangat senang.Minggu depan ! InsyaAllah, saya akan ajarkan SUP TULANG YANGG MUDAHH. Menu yang saya tulis adalah segala lauk pauk permintaan incik lalan, praktis make perfect. Cuma laksa penang incik lalan ada komplen kata saya punya laksa manis. Ok, pembetulan akan dilaksanakan :)


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











18 comments:

Anonymous said...

simpe recepi..sesuai utk surirumah mcm sye yg buat keje xnak rumit2..tq sis

FatiNoveLa said...

kn ? saya sdri pn x suka sbenrnya nak tgk resipi yg ssh. nk kena cari planta lah. haihh. so guna je serbuk kunyit. mudah. hehhe

Unknown said...

hurmm..tgk nasi ayam terasa nk mkn nasi ayam gak tgh mlm buta ni..
sedap la ,yum yum..


**e-vitamin shaklee

FatiNoveLa said...

mari3 makan hehe

~Wardah Abu Dardak~ said...

Salam..maaf menyelit..kalau ada masa boleh lah singgah page saya..

saya ada menerangkan produk shaklee..tq :-)

http://pencariketenangandisana.blogspot.com/2013/11/set-kurus-shaklee-yang-meletop.html?m=1

farhana yusop said...

cik cikin nk blajo wt laksa penang x...hehehe maiii beguru ngan akak...

farhana yusop said...

nk blajo wt laksa penang...hehehe mai beguru..cewahhhh

Anonymous said...

Sedapnya..bila boleh rasa nasi ayam air tgn fatin ni..hehe

**keriyahkerry**

fatimah said...

Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

Ana NabilaNabela said...

Senang la.. boleh cuba ni..
saya copy yer sis..

Anonymous said...

cm senang je. sy cube sekarang ye

Unknown said...

Assalamualaikum..salam perkenalan

sedapnyer tgk nasi ayam :) pling senang nak buat,mkn pun bertambah2 kan..hihi..izin share resepi ya

http://www.mommiesjourney.blogspot.con

hazmi yusuf said...

nak tanya ni. pasal nasi ayam.hmm.. beras cuci 2 cawan.. pastu letak air 4 cawan?

hazmi yusuf said...

nak tanya ni. pasal nasi ayam.hmm.. beras cuci 2 cawan.. pastu letak air 4 cawan?

FatiNoveLa said...

@hanumsyahirah : silakn dear

@hazmi yusoff : sukat 2 cawan beras-- then, awak dah cuci beras tu, masukkn 4 cawan air rebusan ayam pula :)

Imran Ishak said...

Tq bnyk2 mdh utk sy masak kat anak2 sy... mdh2an mendapat ahmat dr Allah.

Imran Ishak said...

Tq bnyk2 mdh utk sy masak kat anak2 sy... mdh2an mendapat ahmat dr Allah.

Nur diyana said...

Sedap sgt.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...