FOLLOWER

NUFFNANG ADS

MURAH REZEKI

"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Pengajaran buat kita, jom baca :
(hayati dan bandingkan dengan kehidupan seharian kite)

Dulu erisya menghadapi masalah kewangan yang kritikal...pelbagai konflik berlaku bila poket kosong....gaji yang masuk akaun beri salam jer sebelum berpindah ke bank lain untuk membayar hutang. Pelbagai buku kewangan erisya beli....buku omputih , buku melayu , semua erisya beli jika ada tulis RM. Namun segala teori yang ada amat sukar untuk dipraktikkan. Akhirnya, erisya mengadu pada ar Razaq...tiada upaya lagi ...syukur dapat mengadu pada-Nya...tak perlu gantung diri atau terjun laut untuk lari dari masalah yang melanda hidup...yang menyesakkan jiwa...dan memeningkan kepala.

Nasib erisya berubah selepas menerima satu penggilan telefon seorang wanita. Ibu itu mengadu tiada wang untuk membayar yuran pengajian anaknya...walhal itu adalah tahun akhir. Sanak- sedara menghalaunya cara hormat bila dia nak pinjam wang. Adussss sedih! Erisya tak punya wang. Lagian takkanlah dia tak tahu kemelut yang menghimpit erisya ketika itu? Menurutnya, hatinya tergerak menelefon erisya selepas solat sunat hajat dan dhuha......ya Allah! dugaan apakah ini...sedangkan erisya benar2 tak punya wang! Baru semalam tekan ATM tapi duit tak masuk lagi! Sewa rumahpun belum berbayar lagi.

Selepas mengambil no akaun , erisya solat dan berdoa panjang....kemudian erisya ke ATM lagi....benar2 bertawakkal....syukur duit dalam akaun bank ada RM1510...ngam2 boleh kuarkan RM1500 untuk memenuhi permintaan ibu tersebut. Bagi erisya itu adalah rezeki anak ibu itu...Terus erisya pindahkan wang ke akaun ibu itu.
Tak lama kemudian tuan rumah menagih sewa rumah. Rasa sedih sangat sebab macam2 kata2 yang tak sedap didengar dihamburkan ke telinga....Dengan kecewa yang teramat sangat erisya tebalkan muka ke rumah kakak....tanpa banyak tanya kakak serahkan kad ATMnya pada erisya. Entah macam mana, erisya tergerak semak akaun bank erisya.....sebolehnya erisya tak mahu nyusahkan kakak! Hampir luruh jantung erisya...ish! betul ka ni? Jelas tertera baki akaun adalah RM4,000.00 ! Erisya menangis sepuas-puasnya....rasa syukur teramat2 melihat kebesaran-Nya.

Sejak itu, erisya tak pernah putus rezeki lagi....meski cukup2 tapi tak pernah putus....malah boleh beli apa saja tanpa memikirkan cukupkah wang hingga hujung bulan.....anehnya wang sentiasa ada!

Wang yang erisya pinjamkan? Sesuatu berlaku (tak molek dikongsikan di sini)......namun erisya berlapang dada kerana Allah telah menggantikannya berkali-ganda!

Benar kata orang, jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah pasti memudahkan urusan kita pula!

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: