FOLLOWER

Thursday, February 9, 2012

KEMALANGAN & KECELAKAAN 2 BIJI KERETA

Harini kereta saya masuk bengkel, so saya pergi kerja guna kereta abah. Balik kerja tadi ada something happen,

Sportrm kereta bengkuk !! (-_-)
Ye u all mcm tak nampak apa2 kan ? Cuba perhatikan betul2, sportrem tu macam senget dan kedalam. Nampak ? Kelihatan macam tak parah kan ?? Tapi u all, da x boleh drive ok, bila drive berbunyi "Tung. Tung. Tung. Tung"

Dugaan di awal tahun 2012. Januari 2012 saya dah lalui, but now febuari pula. SubhanaAllah.

Kejadian berlaku disebabkan kecuaian, saya drive kereta then tak pandang side mirror, tak sangka pula tayar belakang (kiri) tak lepas, apa lg, corner hentam sportrem lah. Dan sportrem bgkuk, ada bbm kat palie tunjuk gmbar, palie kate tak teruk dan kalau repair pun RM500 kebawah (-_-) dn incik lalan kata kalau ap bnda ntah namanya tu patah, mahu2 1k *semput.

Balik je rumah abah marah, actually semalam baru abah hantar kereta ke bengkel. Macam2 dibuat dan ni makin teruk pula disebabkan saya. Serius rasa bersalah sangat pada abah sebab abah sayang kereta tu dan nak buat pembaik pulih sepenuhnya kat kereta tu, saya pula ? Pi langgar corner pula (-_-)

Sampai je rumah abah tenung kereta tu. saya ?? Air mata dah meleleh dah. Yela, dah tua2 tiba2 kena marah. Biasenya saya duk marah adik2 ni sendiri kena marah. Sentap lah. Bila tgk abah tenung kereta dan susah hati, cepat2 masuk bilik. Keluarkan duit simpanan dan bagi semua yang saya simpan dan pertahankan smpena azam thn baru pada abah, saya kata "tak pe, duit boleh cari, abah gunelah duit akak ni buat repair kerete tu" bagi saya tu je care nak tebus apa yang saya buat.

Then call incik lalan (menangis dan mengadu lah) then kena marah dengan incik lalan, dia kata saya kena accept ni kesalahn saya dan abah mmg patut marah saya sebab tu barg kesayangan abah.

After few minute,
Abah dengan mama masuk bilik:

Mama kata :
"tak pe la, kakak tak sengaja, kalau mama pun tak sengaja, nk bt macammana.

Abah pula pulangkn duit yg saya bg dan abah kata :
"Ambil balik duit kakak, abah ade duit, ni duit simpanan kakak, abah bangga anak abah menyimpan hasil usaha sendiri dan tak harapkan abah"

Saya ?????
Tak tahu dah nak buat apa, rasa ada hikmah disebalik yang terjadi. Cuma rasa bersalah sangatt. Suatu hari nanti, kalau saya kaya raya, saya akan belikan abah sebuah kereta mewah ! Saya janji !

Incik lalan kata saya anak manja, sebab tu kena marah pun menangis, tapi sebenarnya, saya menangis sebab saya tak nak orang yg saya sayang susah hati dan bersedih.

Dulu masa saya kecik, saya pernah pergi muar (bandar) dengan abah tau berdua, naik motor. Kemudian hujan lebat, saya bagi baju hujan saya pada abah sebab saya duduk belakang, so saya mesti tak kena hujan, sepanjang perjalanan tu abah bawa motr dan kena hujan, saya menangis kat belakang tgk abah kena hujan sebab sedih tgk abah basah kuyup. Sampai sekarang abah tak tahu, masa tu saya simpan dalam hati "suatu hari nanti saya nak ada kereta, boleh saya bawa abah naik kereta saya dan tak kena hujan"..

Masa kian berlalu dan sekarang macam2 berubah, ada rumah baru dan macam2 berubah. Dan saya masih ingat kisah tu. Allhamdulillah dan masa yg blalu, skg bila lihat diri, Allah makbulkan doa saya dan pertambahkan rezeki kami sekeluarga hingga kini..

Suatu hari nanti, saya harap dapat bertambah membangga kan abah dan dapat membantu mama dengan abah. saya nak jadi terbaik untuk orang2 yang saya sayang !!!

Kepada Kak Ain, Palie, Anizan, Tengku Tit dan incik lalan. Terima kasih sudi ada masa saya sasau tadi :)

_________________________________________

Sangat siut bila kita sedih then incik lalan pula kept ulang :
"Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah"

tension ! Nantikan ye, kereta dia empat4 sportrem saya cabut nanti ! HAHA !

With love,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...