FOLLOWER

Tuesday, February 7, 2012

JANGAN BERPUTUS ASA

Assalamualaikum

Allhamdulillah, harini saya merasa tenang,
ketenangan yang menghilangkan segala gundah dan keletihan saya,
melenyapkan segala beban di bahu saya.
Allhamdulillah.

mungkin, mungkin kerana terluahnya kerinduan dan dapat berdamping
disamping insan2 kesayangan,
cuti yang panjang disamping keluarga, bjumpa sanak saudara,
kedatangan pujaan hati (kak Ain) dan si jantung hati (incik Lalan)

kemudian diri tersentak dengan apa yang telah dilakukan.
tersentak dan terfikir, Allhamdulillah kerana tersedar :')
tetapi tidak sekali dilupakan kerana itu adalah pengajaran

______________________________________________




Ada masa kita akan merasa lemah.
tiada manusia yang kuat setiap masa, 
bak kata orang hidup ini ibarat roda,
kadangkala kita diatas dan kadangkala kita dibawah.
ada masa kita kuat, ada masa kita lemah.
tetapi saya percaya satu perkara, 
manusia yang bijak ialah manusia yang apabila dia berada dibawah,
dia akan berusaha untuk naik segera diatas.

Putus asa biasa akan datang bila kita gagal mencapai sesuatu,
atau setelah berusaha sekian lama 
masih tidak dapat mencapai apa yang dihajati.

kadang kala berputus asa disebabkan oleh orang lain.
mereka mngejek, menghina atau 
mungkin sabotaj kerja atas usaha kita,
biasanya apanbila putus asa datang kita akan meninggalkan kerja
yang kita lakukan, hati jadi resah dan gundah. hidup jadi tk keruan,
dan hati jadi lemah. apabila putus asa datang,
semangat pun hilang.


manusia selalunya akan mencari cara-cara untuk mnjauhi putus asa,
mungkin dia akan mbelek belek buku2 motivasi, 
dan cuba menyauk teknik2 mjauhi putus asa,
tahniah kpd org sebegini kerana berusaha,
TETAPI kadg kala apa yg kita rencana kan tak bjalan dgn lancar,
biarpun telah menyediakn diri dengn teknik2 bg mjauhi putus asa,
tetpi puts asa ttp melanda.

saya sendiri melalui putus asa dlm kehidupan ini,
perkara pertama angin putus asa ia lah malas,,
apabila sudah tiada rasa ingn bkerja maka malas ialah teman,
kemudian prestasi akan menurun dan potensi menjadi tumpul.
akhirnya saya tingalkan kerja saya.

ya, selepas sering bputus asa, atau bt kerja separuh jalan,
lepas itu tinggal, saya bertemu solusi dalam tangga peningkatan diri.

benar, apabila kita berputus asa kita perlu melihat kembali apa matlamat diri kita. 
kerana matlamat yg jelas akan mbina kkuatan ddalam diri utk mhalang puts asa.

kdg2 hidup ni byak masalah, oleh itu, ada yg mgakhiri khidupan mereka
dengan tindakan tragis seperti terjun bangunan,
gantung diri, tembak diri dan sebagainya.
ada juga yg terjerumus kan diri mereka
ke lembah kerosakkan dengan menyuntik dadah,
merempit dan sebagainya.

adakah kerana masalah2 yg tak seberapa didunia ini
anda sggup menjual syurga anda di akhirat ?

Allah tidak suka manusia yg bputus asa. bputus asa adalh sperti
menyempitkan rahmat Allah yg luas.
Rahmat dan kasih sayg Allah itu luas,
maka apa relevannya berputus asa dgn khidupn dn kerja2 kita ?
adakah Allah tlh bpaling dari kita ?
adakah Allah telh mjauhi kita ?

tidak, Allah tidak pernah memalingkan wajah-NYA dari kita
dan Allah sentiasa meminta kita bergantung harap, berdoa dan memohon bantuan-NYA.

Maka jganlah kita terusik dgn masalah yang melanda,
janganlah kita terganggu dengan pancaroba yg mdatang,

Allah berfirman yang bmaksud :

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (al-Insyirah:5-6)

Allah mengulanginya 2 kali, tanda pasti yg teramat sgt.

Apakah anda tidak yakin ?

atas alasan apa hendak bputus asa ?

teruskan kerja ! mari kita sama2 kerja ! tanpa puts asa !


with love,
FatinFashiekin

kredit : Langit ilahi

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...