FOLLOWER

Saturday, July 9, 2011

BICARAKU PADA BULAN



Bicaraku pada Bulan,
jangan biar malam menjadi suram
hadirkan lah bintang kepadaku
agar aku tenang walau dalam kegelitaan.

Bicaraku pada Bulan,
biar aku berdamping denganmu
menjadi sepertimu,
mendakapmu.

Bicaraku pada Bulan,
sapaan bayu menyentuh jasad
tebaran bintang menikam pandangan
langit masih disitu

Bicaraku pada Bulan,
malam biar menjadi siang
kerana dia tetap milikku
masih begitu.

Bicaraku pada Bulan,
pelihara kasihku, cintaku, sayangku
walau malam jadi siang.
dia tetap satu disitu
memrhatikan ku
disaat aku mendongak,
dia masih disitu.
dan hanya SATU.

Bicaraku pada Bulan,
biarkan cahayamu memelukku
biarkan..


fatin fashiekin binti Anuar

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...