FOLLOWER

Thursday, April 14, 2016

ALAHAI ANAK



Saya sangat obses pada anak saya,
Sometimes terasa juga kemanjaaan dan perlindungan yang saya limpahkan.


-saya tak kan bagi nyamuk @ semut gigit anak saya, kalau ada yg gigit, segala keturunan semut saya cari keliling rumah dan spray dengan ridsect 


-saya tak boleh nak tgk anak saya berpeluh sebab panas, so kt rumah pagoh 3 kipas mhadap anak saya je sampaikan my lil sis kata "amboi kaseh, macam anak raja ko ni" haha


-saya tak benarkan dia belajar hisap puting, so kalau sesiapa pegang anak saya dan mula mengajar anak saya perkara tu saya rasa agak marah. Bg saya kalau dia dah mula muncungkn mulut itu adalah lapar, bukan nak puting, so kena bagi susu.


-saya sanggup memangku anak saya berjam jam lamanya, demi memastikan dia tidur sangat lena.


-bila dalam rumah saya akan paksa semua orang dalam rumah untuk memelahankan suara dan buat semua benda tanpa sebarang bunyi sbb tak nak anak terjaga dari tidurnya, so siapa buat bunyi, saya bersungguh marah


-bila bawa anak keluar, saya bersungguh tak nak keluar dari kereta kalau tak ada aircond


-kalau dia dah tidur nyenyak pun saya masih tepuk dan peluk dia


-anak hanya dibenarkan minum air susu dbuat dari air mineral. Air paip memang tak saya benarkan.


-botol susu anak pun hanya dicuci menggunakan air mineral, dibilas dengan air mineral,


Ni baru sikit lah,
Actually banyak lagi sikap memanjakan yang saya amalkan sampaikan suami pun geleng kepala. Lepastu tiap minit saya asyik ulang "mummy sayanggggg anak mummy.." lepastu ulang lagi "mummy sayanggggg B" lepastu ulanggg lagi "sayangnyee mummy kat B"


Tu mulut.
Hidung saya ni,
Asyik2 kt pipi dia lah, peha dia lah, tapak kaki lah, rambut lah, tengkuk lah, tak habis2 cium sampai incik lalan kata "habis lah, manjakan sangat2 dah niiiiii...."



Sebabtu berpisah hantar anak kt rumah pengsuh pun saya nangis teresak-esak sampai kena baling bantal dengan suami. Hahhaha. Annoying gile.



Part incik lalan punya obses lg teruk,
Kalau anak terjaga, biasenye incik lalan tepuk anak, saya ke dapur buat susu baby, pernah saya tidur incik lalan mengigau sambil tepuk2 saya dn kata. "Shhhh tidur baby... shhh" hahahah


Semalam pun incik lalan marah,
Kebiasaan susu baby 750g bertahan hanya seminggu. Semalam incik lalan call lah tanya samada nak susu baru tak, saya cakap lah susu ada lagi, dia terus marah! Dia punya marah + bebel + bagi ingatan + terangkan kepentingan memang superb, dia marah kata saya kurang bg baby susu. Siap kata "sayang berhenti je lah kerja!".. ewah! Nampak x? Part anak dia punya bising lg teruk bbanding saya. Anak tk dibenarkan lapar lgsg. Part bini asyk xdibagi makan sbb suh diet haha



Lady faizal,
Fatinfashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...