Incik lalan dah selamat sampai korea,
Allhamdulillah..
Hari isnin, dalam pukul 4pagi driver htr incik lalan ke airport,
Bukan tak biasa kena tinggal,
Tiap tahun i tahu dah, ofcz incik lalan akan ke oversea, cuma, memandangkan i ni spesis bini berkepit dgn suami, touching juga masa nk lambai dia grak ke klia tu.
Ye, i sejak dr bcinte mmg spesis bkepit dgn incik lalan sampai member serumah incik lalan gelar i malaikat maut HAHAHA. I akan sentiasa call, sentiasa sms, sentiasa nak jumpe. I sejenis pasangan yg nak tahu apa pasangan i buat, Allhamdulillah juga wpun incik lalan tu type lelaki matured tapi dia blh follow dgn attitude i, sbbtu sampai kahwin kan hahah.
Dn incik lalan faham,
Kenapa i selalu call, kenapa i selalu amik berat, tahap amik berat i ni kategori nk buat semua pkara yg dia tringin, contoh bab makan, tiap hujung minggu msti i masakkan dia, kkdg utk kawan serumah dia skali, almaklumla boyfriend i kan duda, so i makesure dia sntiasa i jaga hahahaha
Then kahwin,
I masih pasangan yg nk call sentiasa, mesej sentiasa, tny lunch apa, eh pendek kta masih pasangan yg myebok lah, dn masih pasangan yg ambil berat ttg pasangan, apa jua masalah incik lalan hadapi, i la wanita yg akan selalu bg cadangan, conth page doktor tani tu, i la yg create, incik lalan xtahu apa pun, dia tkejut bile buyer call nk anak pisang la hehe. Then masalah lambakkan pisanf dari kebun, pun i yg selesaikan, sbb tu i mula bisnes kerepek pisang, skg ? Stok pula tk cukup sbb pmintaan belambak hahha
Dulu i marah bila org kata i malaikat maut incik lalan sbb bkepit 24jam, sekarang, i kata pada incik lalan "malaikat maut ni la yg selalu kat sisi abang, selalu selesaikan msalah abng, selalu nak abang jadi lebih baik, selalu nak tua dn mati dgn abang"- incik lalan akan sengih meleret bila i cakap mcmtu,
Ye, da kawin, i mmg masih mmaksa lagi, bagi i bile da bkahwim, isteri kene buat habit dn makesure smpai tua, contoh simple, ucap "i love you, ayang sayang abang".. i kalau tidur,then terjaga nak kalih dari kanan ke kiri,i akan kata dalam keadaan mamai "ayang sayang abang" then continue peluk, then incik lalan yg tgh tdr pun "hmmmmm" eh dgr jugak hahaha. Pergi kerja wajib peluk dn kiss then "i love you".. call pn sama, wajib last skli "i love you".. habit ni da bjangkit kat kaseh, pntang daddy nk keluar even g kedai, mesti dia cakap "nak ciummmm" 😆😆
So sebabtu la bila incik lalan kena p oversea, i ni sgt laaaa touching, klu incik lalan setakat kursus kt kl dia sanggp balik hari, klu x balik haripun, i akan checkin htel yg bdekatan dia kursus.. i sgt respect isteri2 yg blh bjauhan lama dgn suami,i ni incik lalan kata nk mcandat sotong pn i ikut tau hahaha, dlm otak i duk pk tkt apa2 jadik,
Mgkin ada yg kata mengongkong, TAPI situasi kami, incik lalan pn da tbiasa, mana2 dia yg ajak i.. sennag kata kami x ada bestfriend, kamilah bestfriend 😇💕
Ok apapun,
Daddyyyy, mommy miss youuuuuu, rindu bauuuu
Lady faizal,
Fatinfashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FASA UMUR 30an - 40an
Fasa 30an adik dan sepupu yang dulu kecil pemalu sekarang sedang melewati fasa menjadi remaja, pakcik makcik yang kita pernah mengelu...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata ...
-
*resepi saya tanpa belacan, Sebab lupa beli. Tapi sedap je iols makan* BAHAN-BAHAN : 2cawan nasi sejuk 2 biji telur ayam 6 cili...
No comments:
Post a Comment