Bagi saya,
Tak susah untuk jaga pemakanan,
Tak susah untuk jaga baby,
Tak susah untuk terus berpantang.
Yang susah,
Bila banyak perkara terbatas.
Harini hari ke-3,
Saya masih ngeri pada luka jahitan dibawah,
Pergerakkan terbatas,
Sangat terbatas demi menjaga luka supaya cepat sembuh.
Saya berpantang dipagoh,
Sepanjang berpantang dipagoh,
Incik lalan pun balik pagoh.
Berpantang memang senang,
Yang susah bila tgk suami sendiri uruskn diri sendiri, walaupun suami tak kisah, tapi saya pula rasa bersalah.
Benda paling sedih,
Tak dapat sediakan pakaian kerja dia,
Tak dapat sediakan breakfast dia,
Tak dapat sediakan makan minum dia,
Tak dapat manjakan dia macam selalu.
Dia memang tak kisah,
Dia tahu bawa diri,
Allhamdulillah mama pun sediakan mkn minum yang secukupnya,
Cuma, sebagai isteri yg cukup masak dengan kehendak keperluan suami,
Sometimes rasa sayu..
Tengah tgk tv,
Saya pandang suami
"Nak air tak? Kalau nk, saya suruh mama buatkn"
Suami kata "tak nak, nanti nak saya ambil"..
-sayu hati sebab dah terbiasa tiap kali tgk tv saya akan siap2 buatkan air utk dia tnpa disuruh dn buat kudapan untuk dia.
Siap2 nak lunch,
Pastu pandang suami
"Awak makan ke lauk ni? Awak tak suka kan?"
Suami kata "makan, boleh makan"..
-sayu hati sebab dah cukup masak dengan makanan kegemaran dan bukan kegemaran suami.
Siap2 dia nak pergi kerja,
Dia cuba baju,
Asyik kata "kena tak baju dengan seluar ni?"
-sayu hati sebab dah terbiasa uruskn baju dia, dia cuma perlu pakai sahaja.
Dah terbiasa manjakan dia,
Sekarang bila saya pula terbaring minta dilayan,
Rasa sangat bersalah..
Saya kata pada dia
"Untuk 40hari je yang, lepasni saya uruskn semuanya balik ye, kesian awak.. bagi can pada saya ye, dah 9bulan uruskn awak, 40hari je saya minta awak layankan saya"..
Dia cuma sengih, tapi saya still sayu..
Sepanjang pantang,
Saya rasa diri dah buruk sungguh,
Berpilis + berparam + berurut + berbengkung sampai ke punggung + berkain batik + berbaju besar + berstoking + rambut sanggul bun toncet. Haha. Tak pa, untuk kecantikkan dimasa hadapan.
______________________________________
Incik lalan :
Muka baby ikut saya lah! Comel! Nasib baik ikut saya... *sambil dia cium bby dn gosok hidung dia dan hidung baby*
Saya :
Saya mengandungkan dia 9 bulan, ikut muka saya lah! Kt fb komen semua kata muka ikut saya tau.. kalau ikut kulit awak, haih, malappp-kelabuuu asappp...
Incik lalan :
Tak. Ikut saya. Hidung mancung, rambut lurus, kulit putih.. ikut sayaaaa,
Saya :
Muka sayaaaaa, semua org kata muka saya, hidung awak hidung jambuuuuu... kembang je langsung tak ada batang..
Incik lalan :
*tarik rambut saya*
Terima kasih semua yang wish kat fb ye!
Sayang semua. Muah!!
Tarikh akikah utk anak kami :
28/02/2016. Jemput datangggg :)
Lady faizal,
FatinFashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FASA UMUR 30an - 40an
Fasa 30an adik dan sepupu yang dulu kecil pemalu sekarang sedang melewati fasa menjadi remaja, pakcik makcik yang kita pernah mengelu...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
*resepi saya tanpa belacan, Sebab lupa beli. Tapi sedap je iols makan* BAHAN-BAHAN : 2cawan nasi sejuk 2 biji telur ayam 6 cili...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment