FOLLOWER

Thursday, December 24, 2015

KONON SAYANG BINI

Entry sebelum ni kan saya ada cerita,
Entah kenapa tetiba incik lalan bermurah hati nak belanja saya macam2.


Rabu malam khamis,
Dia belanja barang-barang dapur,
Pastu belanja cari barang-barang sekolah adik-adik saya.


Khamis malam jumaat,
Dia ajak shopping lagi,
Dia ajak saya pi jusco,
Dia kata nak beli iron,
Actually ada 2 iron dah kat rumah kami,
1 jenis stim / 1 jenis normel.
Tapi yg jenis stim tu tapak dia kasar.
Yang jenis normel pula berat dan lambat nk hilangkan kedutan.


Memandangkan incik lalan sangat susah hati bila tgk bini dia iron dalam keadaan yang sangat mengambil masa, terutama sekali dah boyot2 ni, dia beria sungguh nak belikan iron terbaik katanya. Ceh, padahal pasni kan saya bersalin dalm pantang, so dia kena iron sendiri baju kerja, so dia xmau jenis iron yang leceh2 *tahu sangat trick tu* 



Dah lepas cari iron,
Dia asyik tanya ‎
"Nak ape-ape lagi tak"
Saya geleng kepala. 
Terlalu bosan sampaikan,
Dia cari barang, saya duk bersila kat lantai supermarket. Hahaha.


Saya, bukan minat benar bab shopping2 ni,
Benda2 penting je. Nak cuci2 mata ni, malasss laaaa... bazir je... 


Incik lalan : "nk microwave x? Nak set bbq jenis elektrik x? Nak vacuum baru tak?" 


Saya :"tak nak. tak nak. tak nak"


Incik lalan : "ee boring lah awak ni, nk belanje pun tak nakkkk... shopping tak suke, jalan2 bercuti pun tak suke, yang awak suka, duk rumah je.. klu bcuti pun, duk dalam hotel je malas jalan-jalan"


Saya : "eh, untung lah dapat isteri macamni.. kalau dapat yang demand, hah, berpeluh awak..."



Saya tak suka shopping, kalau beli barang pun saya jenis yang pk banyak kali, perlu atau tak.. harga tu wajar atau tak.. saya akan makesure berbaloi.. contoh semalam juga, antara jag RM88.00 dengan RM6.00.. bagi saya, ala, jug minuman je pun, minum ber2 je, buat ape mahal2.. lain lah khas utk tetamu punya.. so btelagah juga dengan incik lalan, at last dia menanglah, sebab malas nak banyak songeh, dia yang bayar kn, biar lah dia. Lgsatu, saya dah tak larat nak membontoti dia mengelilingi pasaraya tu. Letih oi.


12tghmalam baru sampai rumah,
Mata pun dah terkebil-kebil,‎
Tetiba dia kata "yang,esk nak mihun goreng, nak ada udang, ayam, fish cake, sawi, tahu dan tak nak telur"... aduyai, so malam tu juga blender bahan2 dn siap2 tumis, part paling leceh adalah udang, incik lalan tak makan tahi udang ye. so sekor2 udang saya bogelkan, dn belah belakang badan udang untuk dibuang tahi udang, pukul 1.30 selesai sediakan bahan2 dn menumis, esk cuma gaul je dengan mihun.. senang..



Ok,
Esk kawan paling cun kat sekolah nak kawin! 
Bedah!!!! Tahniah bed :)


Lady faizal,
FatinFashiekin


No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...