FOLLOWER

Friday, November 20, 2015

CABUT GIGI DAN TAMPAL GIGI KETIKA 7 BULAN MENGANDUNG

Pergi klinik pergigian gov,
Mereka suruh saya "bertahan" sahaja.
Tapi masalah nya, saya dah tak boleh tahan.


Ye, sakit tak kerap pun,
Just bila makan benda keras (utk kwsan blubg),
Just bila gosok gg tlalu kuat (utk gigi goyang)..
Bila tak mkn benda keras, bila tak gosok gg kuat, sakit memang tak ada.


Tapi,
Saya tak nak biarkan, bersalin lagi 2 bulan + pantang 3 bulan. Lame lagi nak tunggu waktu yg doctr gov sarankan iaitu lepas bersalin.


So, saya amik iniseatif, direct ke swasta. Senanggg.. even terbang RM200.00 untuk 2 perkhidmatan iaitu tampal dan cabut. Hehe. Kepada anda yang tengah pregnant dan doctor gov benarkan untuk cabut dan tampal, better refer govment, ambil kelebihan anda sebagai ibu mengandung dengan rawatan percuma tu. Sama je mana2 tempat gov dan swasta. Jangan dengar kata-kata orang memburukkan gov/swasta ye. ‎


Beza gov dan swasta cuma, gov dia lebih teliti tentang history kita, macam saya ada masalah bleeding while pregnnt. 4kali masuk wad. So doctr tak nak ambil risiko. Dan dalam masa yang sama, saya dah sarat.


Bila pergi swasta pula kelebihannya, prosuder cepat + selesa + masuk bilik, cakap masalah, terus tampal + cabut. Senang kan? Cuma sediakan duit. Hehe. Dan dr tak refer history kita pada buku pink tu. Sebab tu urusan mudah,‎


Saya puas hati dengan dua2 perkhidmatan. Utk gov, saya memahami etika mereka. Utk swasta pula, terima kasih juga sudi menerima kes saya dan meringankn beban. Hehe.‎


Utk masalah gigi saya ni, saya refer klinik pergigian mulia di bukit gambir. Berjumpa Dr Tasnaien.. Ramai orang kata dr ni best. Dan yes, memang best! Tq doctor! 


Seumur hidup saya tak pernah cabut gigi, saya baca review blog je mengenai prosuder cabut gigi, 99% semua kata cabut gigi menyakitkan lah. Saya ni penakut tau, saya ni bukan jenis tahan sakit, dan saya nak bagitahu, TAK SAKIT LANGSUNG.‎


Orang kata, "masa inject bius sakit".. ok memang akan dapat 3 suntikan. Tapi, tak sakit pun, sakit lagi injection kancing gigi kat lengan. Sakit lagi masukkan drip kat tangan. Inject tu bukan lama macam ambil darah kat makmal masa awal mengandung tu, tak pun, sekejap je. Memang 3 suntikan, tpi sangat sekejap dan saya sendiri kata kat doctor "eh dah sudah suntik ke? Tak ngeri pun, semua orang kata suntikan tu mengerikan"... then gusi kebas, dr tarik gigi, siapppp--


Untuk tampalan gigi pula, lagi lah tak sakit, cuma ngilu pada bunyi je, tapi tak ada melibatkan apa-apa jarum yang menakutkan.


So wahai ibu mengandung sekalian yang sangat takut pada prosuder cabut gigi, tak sakit pun! Pergilah jumpa doctor dan berbincang.. macam saya, saya tak sanggup bertarung sakit bersalin + sakit gigi.. jangan kerana uols takut, so uols biarkan sahaja gigi tu.. saya scary bab rawatan "root canal".. tak mau terbang 2k untuk rawatan tu (akibat biarkan gigi berlubang terlalu lama).. bukan scary dengan rawatan, scary dengan jumlah wang yang perlu disediakan. 2k tu dari refer gigi je, baik iols joli barangan baby tau. ‎


Saya dah lega, anda bila lagi? Haha. Dan bincang dengan suami anda. Suami saya, dia merajuk bila saya pergi swasta. Dia risau apa2 jadi pada saya dan baby. Yela, dr gov dah pesan risiko bius + risiko bleeding. So bila saya lari ke swasta, dia merajuk kata saya degil. Huhu. Sedar-sedar saya mesej dia "sayang dah cabut gigi, sayang tak tahan".. dia bebellllll. Hahaha


InsyaAllah lah kan, mudah-mudahan tak ada apa-apa :) yang penting! Dah boleh gosok gigi kuat-kuat. Makan sedap-sedap. Makan keras-keras. Makan liat-liat. Syurga betul. Kalau tak, nak makan apa-apa semua ingatkan gigi.


Terima kasih Dr Govment! 
Terima kasih Dr Swasta! 


Ok, nak siap2 gi majlis kahwin cousin,
Dah boleh makan sedap-sedap. Haha. Bye ;p


Lady faizal,
FatinFashiekin







No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...