FOLLOWER

Wednesday, May 29, 2024

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki dinanti.


actually mommy nak sangat anak sulung lelaki, memandangkan mommy ni perempuan, rasa penat betul bila orang perempuan jadi anak sulung, kena jadi kuat walaupun cengeng haha. tapi, Allah lagi Maha Tahu, anak sulung mommy, anak ke2 mommy tetap perempuan.Ahmad furqan anak bongsu mommy bru lelaki. dan sekarang mommy nampak hikmahnya, kakak-kakak sangat sayangkan Ahmad Furqan, sangat sangat sangat, kakak tidurkan, kakak mandikan, kakak susukan, kakak jagakan. mommy ? main hp haha. Allah tahu, mommy perlukan kakak2, Allah tahu mommy penat jadi anak sulung, so Allah hantar mommy geng dlu.

SCAN SALAH JADI GIRL

Masa mommy 17w mommy cepat2 pergi scan secara sorok2 dari daddy, mommy ingat lagi, masatu birthday mommy tau, so mommy feeling2 yang birthday mommy dapat kejutan baby dalam perut boy adalah the best gift. tapi doktor klinik kata perempuan, siap tunjuk mommy 3 line, 1 jam tau scan, sampai mommy rasa bdosa bsalah pula dengan pesakit lain kat luar. huhu.

bila doktr kata girl, ye, mommy sedih, rasa mcm hampakan daddy (wpn tahu jantina dr daddy bkn mommy). utk birthday mommy tu, daddy bawa pergi makan seafood atas laut. lauk sedap pun rasa tawar, sbb mommy dalam fasa denied tapi pujuk diri.

haa nk th, since baru kawin sampailh mengandungkan Ahmad Furqan, doa mommy adalah "Ya Allah jadikan zuriat dalam kandunganku berjantina lelaki berketurunan adam yg akan kunamakan sebagai Muhammad semperna nama penghulu kami Nabi Muhammad SAW" sebabtulah nama Ahmad Furqan tapi mommy panggil Muhammad.

ok sambung lagi, then,,,,,, Allhamdulillah mommy redha dalam perut mommy baby girl, mommy minta maaf siap2 dah kat daddy bagitahu baby dalam perut girl, daddy mcm biasalah, dia sentiasa ok je. dia kata x berharap. ye ye je ek.


ITS BOYYYYY

masa 25w pregnant, eh mommy tetibe teringin nk ada gambar print out baby tu. masatu mmg dah yakin lah girl. Doktor Fika MHC jasin scan lah mommy, tetibe doktr kata "Eh puan ! betul ke girl? 99% boy ni, besarrr nii haaaa" fuh happy betul mommy !!!!! doctr print gambar bbird awak, mommy terus bagitahu kakak, kakak happy sangat2 hehe. mommy call daddy, mommy kata ada surprise, mommy suruh daddy balik awal. tapi hadoi daddy meeting laaaa.

pukul 5.30 daddy sampai rumah,
mommy get ready camera. suruh daddy duduk dn tadaaaaaaaa surprise its a boyyyy, gambar bbird awak. tapi alamak, jawapan daddy, "yeke",dia macam tak percaya wei… tapi kan mommy tak give up, mommy pergi 5 klinik tau buat scan, yes, its a boyyyyy. tu lah, masa scan girl tu mommy tipu daddy kata nk beli katil baby, mommy guna duit daddykan, kena lah minta duit dn menipu, padahal gi scan, sbb menipu, tu dlu scan kata girl. huhu.

walaupun dah tahu boy, mommy tak bagitahu sesapa selain family, atok nenek nangis happy tau dapat cucu boboi heheh.

22feb mommy checkin hospital, magrib induce, 23feb subuh induce lgi, zohor terus ada bukaan dn darah, yey ! mommy tak sabar jumpe Ahmad heheh. kakak hang lagi lah, asyik tanya mana baby mana baby mana baby. haa kakak pulak masa Ahmad Furqan nk bsalin, kakak2 chickenpox. sedih betul haih.

23feb 10malam mommy dibawa masuk bilik bsalin, tak lama, 30minit lepastu awak keluar. uih sakit btl kena induce, mommy non stop ucap "Allahu Allahu Allahu" ditakdirkan tempat mommy bsalin tempat letak kapas ke ape entah, sister lalu ulang kali dn kesian kt mommy, dia kata "mari saya tolong bukaan", mommy kata "nk push boleh ke".. dia kata boleh sbb mommy bsalin ank ke3, serius tau mommy tak ada rasa nk meneran macam masa dengan kakak2, dlu dengan kakak2 rasa lah juga nk tberak, dengan Ahmad Furqan, mommy hentam je push. tak tahan sakit oi. berbekalkan ilmu dari youtube, bila sakit datang, sekali nafas ja mommy push hahaha. tp nurse marah, nurse kata patutnya masa da keluar kepala, mommy kene stop. tapi yela, mana mommy nampak, tak ade cermin huhu. bila awak keluar, yang mommy rasa kebas je.

ok part best, keluarlah Ahmad Furqan hehehe, nurse suruh mommy tengk jantina, mommy kata "jap jap pakai spek jap," uish ada bbird lah haha. nurse letak Ahmad atas dada mommy, nurse kata "putih baby ni,bapaknya putih ke" .. eh eh, mak nye putih kan (dalam hati huhu)…dn tgk jam pukul 11.30 malam. wah tarikh cantik 23/2/23 Allhamdulillah. lepastu nurse ambil ahmad, mommy happy2 minum milo dan makan biskut.

pukul 12.30 mommy masuk semula wad, tapi Furqan tak dengan mommy, Furqan NICU sbb mommy GDM masa mengandung. ok jugalah juga mommy dapat tidur jap. mommy call daddy, mommy kata "cube teka jantina ape?".. daddy balas "kata lelaki..mommy pun kata, "tahniah daddy dah ada baby boy"… heheh.. pukul 1.30pagi daddy sampai wad ambil uri, (gigih tau, happy lah tu) hahahaha

24/2/23 magrib, dapatlah bawa balik Furqan ke rumah. Allhamdulillah. daddy jagakan daddy mandikan Ahmad. dan benda rare, woo baby boy sensitf woo x macam girl, nak pergi mandi je dia memancut. menjerit 1 rumah terutama kakak2 yela tak pernah nampk belalai ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†sampai sekarang kakak konfius, kakak kata "lelaki sunat potong bird dia nanti jadi macam kita ye mommy?" hahahahah


Allhamdulillah,
selamat semuanya.


Sent from my iPhone

Friday, December 3, 2021

DEK KERANA ANAK ๐Ÿ˜…


setahun 2 biji tv anak rosakkan,baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman.

.
TETAPI,
baru sebulan pindah rumah, ank pi baling barang ke screen, terusss double double warna screen, sedihnyaaaa
.
apapun,
benda dah jadi,
kena jugak la pejam mata utk membeli,
tiap kejadian pasti mbawa hikmah ๐Ÿ˜‡






Sunday, October 31, 2021

HAPPY BIRTHDAY TO ME





 


happy birthday to me,
officially 31 tahun.
.
this year hadiah rare,
birthday incik lalan saya bagi dia mattress idaman dia yang tak logik dek akal saya nak melabur harga cenggitu utk tilam, apoo laaaa, nasib birthday HAHAHA 

so birthday saya,
saya minta dapur idaman hehe
kitchen cabinet europe style ๐Ÿฅฐ
then this year saya tak minta kek pn, 
memandangkan da dapat quotation da urk kitchen cabinet tu dan harga denyut dahi,
kenalah konon merendah diri kat somi dengan kata “tak payah kek yang, dapur baru jek” HAHAHAHHA

tapi,
macam biasa, 
pi makan kt restaurnt fav saya, “johnny”
.

incik lalan ; johnny je?tak besdy pn selalu makan
saya ; da nama pun makanan kegemaran, walaupun biasa biasa jek tapi masuk tekak tu nikmat luar biasa tau sebab favorite hehe
.
then, this year, bulan birthday saya,
saya buat perkara luar jangkaan,
1) ajak suami last minute buat kejutan pada mak ayah
2) renew refresh pendaftaran derma organ since 2009, minta kad baru
3) derma darah (saya takut jarum, tapi saya lawan)
.
terima kasih Allah,
atas segala nikmat kurnia,
Ya Allah, terimalah amalan baikku.
terimalah amal ibadahku.
Ya Allah, masukkan daku dalam syurgaMu,
haramkan daku dari terkena azab kuburmu,
matikan daku dalam keadaan Khusnul Khotimah ๐Ÿฅฐ


Sunday, September 26, 2021

TO MY DEAR HUSBAND


 My dear husband


I notice.


When you come home from work and run to our kids ready to play with them regardless of how tired you are. .


I notice. .


How you never leave the house without giving me a kiss, and never enter without greeting me with a kiss. .


I notice. .


When you don’t share your worries with me to spare me the pain. .


I notice.


When you look at me and admire me even though I may look like a hot mess. .


I notice. .


When you give me the world simply through your love for me. .


When you make me feel like a queen day and night. .


When you assure me always that everything will be ok, no matter the difficulty of the situation. .


I notice your devotion. .


I notice your sacrifice. .


I notice your pure and selfless love. .


I notice how your needs completely disappear when it comes to our little family. .


I pray you know just how much I value you existence, for these words are merely a drop of water in an ocean of praises I can sing for you.




Sunday, August 29, 2021

APA YANG SAYA NAK


 dah 31tahun ni,

saya cuma nak,
1)cari redha Allah,
2)cari redha suami,
3)cari redha mama abah
4)menjaga silaturrahim
.
saya cakap kat incik lalan ;
“untung Allahyarhamah siti sarah, suami dia kata izinkan dia pergi halal kan segalanya untuk jadi bidadari syurga”
.
tapi buka facebook, ramai orang kata macammana nak jadi siti sarah kalau pasangan tak macam shuib. saya geleng kepala. saya ni pun bukan sempurna apatah lagi incik lalan, tapi seriously, kahwin kena ada tolak ansur. kita buat ja sehabis baik, pasangan pasti akan lembut hati,  kalau tak lembut hati pun, at least asbab pasangan tu kita dapat pahala. 
.
saya takut sebenarnya,
takut dunia ni da kat penghujung,
keliling saya ramai kenalan meninggal dunia dek covid.
sampai saya rasa “numb”..
sedih wei tgk anak kawan sambut birthday tanpa mama dia,
sedih wei tgk mak ayah kehilangan anaknya,
.
oleh itu,
jom,
1)cari redha Allah,
2)cari redha suami,
3)cari redha mama abah
4)menjaga silaturrahim


Sunday, June 6, 2021

KERANA DIA IMAMKU

 

aku paling tak suka orang kata buruk ttg imam aku,

kalau kau cuba, 

bermakna kau bakal bermusuh dengan aku,

sebb dia berikatan dgn aku,

dn aku saksi bahawa dia ni memang segala benda dia sentiasa berusaha walaupun dia tak tahu, pasti akan menjadi tahu.

.

aku masih ingat masa dia jatuh terburuk,

dia seumpama bermula kembali,

tapi aku paut bahu dia,

aku tahu aku tak mampu,

tapi sekurangnya aku disisiny,

itu kan tugas sebagai isteri,

cukuplah sekadar tk mendatangkan masalah.

.

setiap masalah,

aku cari gali penyelesaian,

aku pastikan dia tk perlu runsing,

pasti aku akan berikan idea penyelesaian,

bahagianya bila melihat dia lega.

.

masa berganti masa,

sehingga susah berganti senang

.

mungkin kalian tak perasan,

“mana susahnya?”

kerana— 

dia ada aku penghiburnya,

dia ada aku perisainya,

dia ada aku pengubatnya,

dia ada aku si bijak yg pndai menyelesaikan masalah,

.

dan kini,

kami berpeluk,

tersenyum,

bersyukur,

berbahagia,

selamanya๐Ÿ’

.

betul,

fasa 5tahun perkahwinan, akan diduga dengan,

sanggup tak susah senang?

dan kerana  dia imamku,

semestinya, selamanya aku makmumnya,

aku sanggup ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Thursday, May 6, 2021

ANNIVERSARY PKP




video full : youtube lalan food


Anniversary ke 6,
hati dipenuhi cinta
hati dipenuhi sayang
hati dipenuhi bahagia

Allhamdulillah utk 6tahun indah ini,
sama2 sampai syurga ye,
ayang nak kite kat dalam syurga nanti,
bersiar-siar kat halaman istana kita disyurga,
sambil kata : “dulu kt dunia, apa pun cabaran kita harung bersama,Allhamdulillah masuk syurga kan yang?” ๐Ÿฅฐ

untuk 6 tahun berkahwin ni,
saya semakin matang,
saya tanya diri saya, saya nk suami macammana, so saya akan jawab :
-saya nak suami soleh
-saya nak suami funny
-saya nak suami pemurah
-saya nak suami manja dengan saya
-saya nak suami yg bsusah pyh dgn saya
-saya nak suami yg bkepit dgn saya

so, bila saya nak ciri2 suami seperti diatas,
cara untuk dapatkan adalah,
saya buat semua perkara diatas,
-usaha jd isteri solehah
-sentiasa funny dan kepoh
-tak bkire dengan suami
-manje gedik kt suami
-bile suami bmasalh sy positif 
-sentiasa bkeput dgn suami smpai suami fak biase kalu tak ada saya

HAHAHAHAH

dan, kesannya,
bila saya buat semua tu,
MasyaAllah, indahnya lahai perkahwinan ni,
hari2 jatuh cinte.

dear Ahmad Faizal Sulaiman,
ayang sayang abang sangt sangat sangat !
i love youuuuu

___________________________

kami celebrate di imperior residence melaka raya, kami checkin bilik tema hello kitty,
kami decide, happy kan anak, kami pun happy ๐Ÿ˜‡




PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...