FOLLOWER

Sunday, November 18, 2018

SET BERPANTANG ANAK KEDUA


Assalamualaikum,
kalau dulu masa pregnant kan kaseh,
tiap bulan progress dapat update,
almklumlah dulu tak sibuk mcm sekarang,
sekarang dah ada anak no 1,
kena fokus part kaseh, part husband,
dulu urus diri sdri je hehe


masa bersalinkan kaseh,
saya tak ada persediaan,
so dengar je cakap orang,
pilis param pun tak reti guna,
bertungku pun tak ada,
dsuruh mandi akar kayu pun blur2,

ank no 2 ni saya da memilih lengkap,
pantang jamu kampung untuk dalaman,
untuk sapu2 luaran, saya memilih yg jenis moden.

kenapa part makan ambil jamu kampung?
kenapa part luaran ambil moden?

untuk part dalaman,
saya memilih pure 100% jamu asli :

kak nazira memang buat asli,
tiada campuran apa2,
akar kayu semua cari sendri ;)

kelebihan set ni :

Sari Rapat
Membantu menguatkan otot otot sekeliling rahim / pelvics sambil merapatkan bahagian intim wanita. Menghilang kan bau dari miss v dan mencegah keputihan. 
.
Makan bermula hari ke 15 bersalin. Setiap pagi sebelom sarapan, bancuh sesudu kecil sari rapat dengan sedikit air. Tambah sesudu madu jika ada dan minum
.
Tolak angin
Digunakan untuk melancarkan darah dan membuang angin dalam badan. Dapat memberi tenaga dan mengurangkan penat badan. Sesuai untuk lelaki dan wanita
.
Makan bermula hari 15 lepas bersalin. Ambil sebiji digentel kecil dan makan. Seeloknya dikunyah. Makan sebiji setiap hari atau selang sehari
.
Manjakani
Membantu mengurangkan bengkak rahim / mengecutkan dan juga sebagai antiseptik serta menahan ngeri. Manjakani capsule ni memang asalnya dari buah manjakani tanpa campuran
.
Makan sebiji sehari bermula hari ke 7 bersalin




dan dalam masa yang sama,
saya ada beli manjakani asli jenis biji,
so boleh minum air rebusan manjakani,
dan sapu serbuk manjakani di kemaluan hahahah


untuk sapu2 luaran, saya memilih set sari ayu :


part sapu2 luaran,
sy mmg tak ambil jenis serbuk tu,
serius tak selesa jenis serbuk tu huhu.
pilis kat dahi bila kering tjatuh kt mata, gatal !
param pula pn buatkan badan rase blengas,
so set sariayu ni panas pijau macam yg asli,
tapi jenis moden mcm losyen,
haa buat urut pn tak adelah berpasir,
dan tak perlu nk bercampur air ke,

set yg disediakan :
param/pilis/tapel/minyak aromatherapi

set bengkung,
saya memilih bengkung tali,
anak pertama saya lasak,
so semoga tali ni dapat ikat kaki dr labgkah besar2 hahah


mengenai pemakanan berpantang je saya agk confuse,
ikut incik lalan, lps bsalin dia bw sy macD hahah
payah laa jgk kawin dgn org bidang perubatan,
dia percaya mengenai mknan seimbang,
ye mmg betul makann seimbang,
tapi sy nk kuruss, nk pantang sambil kecik perut,
ahahhaha

ok. settle penerangan mgnai pemilihan set bsalin saya
;)




Saturday, November 17, 2018

GLAD YOU’RE MINE

Selagi dapat berkepit,
Memang berkepit lah,

Kadang2 selalu terfikir,
Untungnya saya,
Allah Maha Baik berikan suami dan daddy kepada anak saya sebaik dia,

Tuesday, November 13, 2018

PERLU KE PANTANG SENDIRI

Untuk anak ke2 ni,
Paling berat sebenarnya nak tinggalkan suami lama-lama,
Incik lalan balik kedah pun i da asyik tanya bila nk balik melaka, bila nk balik melaka πŸ˜†


Kalau masa mengandungkan kaseh tak rasa sangat berat hati, sebab kami memang PJJ so da tbiasa jumpa seminggu sekali, sekarang untuk anak ke2 ni, saya da bhnti kerje dn terperap dirumah je, so ofcz la depan mata ni suami je, rutin pn dah kuat,

Rutin pagi2 wajib siapkn breakfast,
Rutin sebelum g keje mak dan anak berebut cium salam daddy,
Rutin incik lalan balik kerja anak menjerit "daddy babyyyy ! Sayang daddy baby"
Rutin buat makan petang utk incik lalan,
Rutin masakkan makan malam,
Rutin sebelum tidur incik lalan akan bacakan bedtimestory untuk kaseh,
Rutin berebut dgn kaseh nk peluk daddy..

Segala rutin tu buat saya rasa gelisah, macammana laa nnti incik lalan, dn mcmmana laa org blh bpantang tinggal suami 3bulan, peh,


Mula2 plan nk pantang sendiri,
Dah survey confinement lady,
Tp mama abah nk tolong jaga, mama siap ambil cuti, dan tukang urut pun dah standby,so ok lah, berpantang kat pagoh dgn syarat incik lalan balik pagoh jgk huhu.


Allhamdulillah bersalin masa cuti sekolah, adik2 sy blh jagakan kaseh, masani alisya dn akila pun akan datang melaka, saya pesan kt incik lalan "masa ayang bsalin,abg bw la kakak adik jalan2, da lama x bwa dieorg bjln" then incik lalan balas "alaa, nak dengan ayang jugak" haih, kkdg sy rasa, tak ada pun ikat suami, tp dia pn tbiasa dah, g mana2 nk bini ade, pernh tbaca mesej staff ofis nk bg voucher buka puasa, incik lalan tanya "1 je ke? Orang rumah punya xda?" Sy tbaca mesej tu, tergelak, tapi ok la, ingat ank bini hehe.


Mcm saya sdri pun, kmana mmg dgn incik lalan je, incik lalan nk beli beger pun, i kata "nak ikut!!!" Hahahaha.


So, cadangan 7-14hari InsyaAllah berpantang dipagoh.. seterusnya cepat2 disisi suami, semoga dipermudahkan urusan πŸ’•

Friday, November 9, 2018

JOHNNY AND JANE

Hai, nama dia johnny dan jane,
Ditugaskan untuk menjaga kebun husband,

Banyak kali juga pk,
Is it perlu bela anjing,
Tapi memandangkan banyak monyet menyerang kebun, haih, kena juga lah bela sepasang, bagi mereka beranak pinak, nanti yg anak kebun lain pulak πŸ˜†

Tak pun jual je ank anjing tu,
Mahal juga ye harga anjing rupanya,
Ingatkan kutip je tepi jalan huhu


Kami memang ambil "anak anjing",
Rupeny utk didik anjing jaga kebun, kena didik dari kecik, supaya dia ingat siapa tuan dn rumah dia,

Jaga kebun daddy baik2 ye johnny dan jane πŸ’•

Tuesday, November 6, 2018

HAI MASA DEPAN

Orang tak nampak apa kau buat di belakang utk mereka,

Orang tak nampak apa benda yang kau kena hadap utk kesenangan mereka..

Orang tak nampak masa yang kau habiskan, duit yang kau korbankan, dan hobi yang kau terpaksa lupakan.

Orang lain tak nampak semua tu,

Orang hanya nak apa yang mereka nak.

Tapi kau,
kau tahu apa yang kau nak, kau tahu apa yang kau akan dapat.

Orang lain takkan nampak sebab pemikiran kau dan pandangan akal kau lagi jauh berbanding mereka.

Orang lain takkan endah misi dan impian kau sebab misi dan impian kau terlalu besar untuk mereka capai dan mereka tahu mereka tidak mampu.

Teruskan sahaja apa yang kau buat,
Hasilnya bukan sekarang,
Takkan nampak sekarang,

Tapi satu hari nanti,
Kau akan tersenyum,
bila kau ingat balik apa yang kau lalui sekarang,
Semuanya berbaloi. 😊

Tahniah untuk kau yang sedang berjuang.

Sent from my iPhone

Thursday, November 1, 2018

28TAHUN DAH



Disebabkan dia dah bawa holiday awal-awal, masa 26hb hampir2 dia lupaaaa, pukul 6petang br ingat, tu pun dia kat kebun da huhu

Balik kebun,
Ttibe je blackout,
Apalagi dia nyanyi la lagi happy birthday, actually bab blackout tu mmg cliche sangat sbb tiap tahun dia buat πŸ˜†


Ok laa, ok laaa,
Asalkan ingat,
Asalkan belikan mesin dryer baju macam kt dobi tu. Ok la.
HAHAHAHAA

Tuesday, October 30, 2018

KEDAI POPULER SEKEJAP JE

Salam
(Nk gunakan "aku" sbb entry ni mengenai pandangan dan pendapat)

Memandangkan tk rasa pun ada orang baca, ok la kn nk suarakn pendapat HAHAHA

Aku frust wei kedai charkuewtiaw favorite aku tutup. Aduh. Da la melaka susah dapat charkuewtiaw, tetibe aku datang, aik signboard pun dah tak de.


Kedai tu baru je, dalam 2tahun,
Aku follow dari awal pembukaan sampai la meletup dengan kedatangan artis2 dan kedai dia mula masuk dalam cadangan makanan viral.


Tetibe aku terperasan, bos kedai ni join masuk belajar dalam Dr.usahawan ,, siapa Dr tu, biarlah rahsia, aku tak nak kene kecam. Ok la kn dia minta tunjuk ajar Dr.usahawan tu,aku pun kekadang join jugak, tapi aku ambil mana penting je ilmu yg disampaikan tu, part tak elok, aku tak ikut.

Contoh ajaran part tak elok,
Dia suruh aku bhenti produce kerepek pisang dan beli kerepek dengan orang, so aku kire duit je bulan2 tak keluar tenaga, part ni aku tak setuju, sebab impian aku nk jadi leader industry kerepek pisang, kalau semua orang buat, ape ilmu aku ade? Setakat tahu buat sale tak guna tau, memang lambat kaya, tapi aku memilih bertatih dari bawah dan naik ke atas, baru lah orang pun tak senang2 nak kenakan kita, sebab dari penghasilan hingga keuntungan kita da pakar.

Berbalik pd kedai charkuewtiaw kegemaran aku tu, aku da mula rasa kedai tu bakal hai hai bye bye bile dia ubah cara ambil oder / dia renovate sana sini / dan dia ubah menu, nmpak macam simple dan tak beri kesan kan ? Tapi mood staff dia pun dah lain dah, bila mood staff dah lain, rasa masakan pun lariii habis dah. Tapi benda ni tak berat lagi tau, ada lagi berat,


Iaitu, segala minuman dia tukar menjadi minuman kordial HAHAHA masani aku da geleng kepala, dia ikut bulat2 laa apa Dr.usahawan tu ajar utk dia jimat masa penyediaan dan tenaga pekerja. Adoi. Benda ni tak pelik kalau dr awal pembukaan dia memang jenis camni, tapi macam aku, 2tahun loyal customer, minta fresh oren pastu yg aku dapat oren sunquick tu, tak pelikk ? Teh tarik / milo ais tabur, semua tak ade dah, yg ade semua kordial, aku geleng kepala lagi sekali. Haih.


Cara oder kalau sebelum ni kedai tu ala2 uptown camtu tau, ade kedai makan lain2 lot, 1kedai tp byk corner, so dulu aku suspect kedai anak2 muda berniaga mmandangkan kedai makan tu dekat dengan university/ college.. then eh, cara oder da macam pizza hut, siap staff diberikan masa penyediaan lagi, ok sebagai bos, benda ni bagus,sangat bagus, tp sebelum nk ubah drastik sangat apa yang dibuat, bos kene bagi sesuatu juga pada staff supaya staff tak rasa terkejut dan tiba2 dari pekerja bertukar menjadi "hamba seperti dpenjara" nk aplikasikan boleh, tapi kena ber step dan apa staff dapat, contoh, siapa paling baik dlm pyediaan mknn dalam waktu dtetapkan akan dapat gaji lebih ke, staff x suka hadiah, staff suka duit, percayalah sbb aku pnh jd staff. Kalau ttbe ubah drastik sangat, staff rasa dalam penjara dan akan berhenti.


Setelah bos kedai tu ubah macam2 kt kedai tu, dia tinggalkan kedai tu dan buka kedai makan lagi 1, masani pun aku geleng kepala lagi, aku da agak, salah 1 akan tutup,. Dia tak buka branch, tapi dia cuba buka kedai makan seafood pula, lokasi kat tengh bandar melaka, haih, macamana dia nak handle ni ? Kedai makn seafood kena sentiasa observe kualiti, dan aku rasa dia akan terlebihkan kedai seafood tu bbnding charkuewtiaw ni,

Dan betul,
Kedai charkuewtiaw tu tutup, sayang hoi, kedai tu pelanggan ramai gile., dia amik banyak lot, da besar, da renovated, artis pun da datang, da viral tp tutup sbb puncanya "tak ada pekerja"


Aku suke skodeng kedai2 orang dan tengk cara owner manage kedai, dn untuk kedai ni sangkaan aku tepat sekali, skg aku tgk kdai seafood br beroperasi berapa bulan, dia buka baru lgi hehe, shell out pula, haih bahaya tau mknan ber-viral ni, contoh paling baik sebenarnya, follow kedai tomyam thailand, haaa, cara mereka paling terbaik


Ok la, nk mghrib,
Anak pun merengek da,
Bye




Sent from my iPhone

Wednesday, October 24, 2018

PALING RINDU MASA PREGNANT




-rindu nak pakai seluar Jeans highwaist
-rindu nak meniarap
-rindu nak tuckin baju
-rindu nak kancing baju bahagian pinggang
-rindu heels !!!!!
-rindu diet
-rindu nak peluk husband tnp sakit pinggang bila tidur (skg always mblakangkn dia sbb minta dia urut pinggang)
-rindu dgn ketagihan coffee
-rindu nk jd superpower angkat berkotak kotak kerepek
.
Rindu sangat !
.
Tapi,
Moment skg pun kena appreciate kan?
.
-adik suka berjoget dalam perut waktu malam, pling dia suka, tetiba terbojol kt pinggang πŸ˜†incik lalan pn rase ngeri πŸ˜†haih mommy risau dia jenis tak tidur malam huhu

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sent from my iPhone

KEREPEK PISANG KE JERMAN ?

Dapat mesej ade pelanggan berminat nk pasarkan kerepek lalanfood ke jerman, mula2 ingatkan scam, setelah di selidik, dia orang malaysia, tp berkahwin dgn orang jerman, so berminat nk bawa kerepek pisang ke sana, nk jd wakil pengedar dan pemborong katanya.
.
Wah, good opportunity kan?
.
Tapi, terpaksa ditolak,
Ye, saya ada impian nk lalanfood smpai ke luar negara, tapi saya kena sedar, semuanya harus berjalan dengan penuh strategi dan sistematik.
.
Maksud saya, perlu lah proper dari segi packaging dan mcm2 lagi lah. Skg produk saya cuma homemade, so packaging masih jauh lg, nk dapatkan halal lah, barcode lah, ye benda ni ada dalam perancangan, tp mcm saya kata tadi, perlu tersusun rapi.

Dn saya tk boleh juga senang2 labur duit untuk invest packaging yg cantik, (yg mahal),sebelum nak invest, saya akan tny diri, adakah ia perlu ? Dan kesan dari invest tu, apa lalanfood kan dapat ? Adakah membantu ? Saya akan senaraikan wajar atau x,

Macam invest utk kelua kn wildtrak sebelum ni, setelah berbincang dgn incik lalan, dn makesure dengan pelaburan tu, WAJIB jualan meningkat, Allhamdulillah pelaburan tk sia-sia, wildtrak tu mbantu mbawa lebih muatan kerepek utk dihantar ke kl dn selangor (cas phntran dkenakan), dn bukan tu je, kapasiti penjualan anak pokok pisang dn lain2 pn meningkat. Faham kan ?

So bbalik pada kenapa sy rasa kene tolak kerepek lalanfood nk dipasarkan ke jerman, masalah no 1 saya, permintaan pelanggan malaysia pun terhad, so sy xnk jadi, yang dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.

Saya ada wakil jualan bagi malaysia, mereka sendiri pun saya limitkan permintaan, sbb bahan mentah sangat kurang, ye itu masalah kami, puas saya berbincang dgn incik lalan, tanah incik lalan sdri x mampu mnampung permintaan, so kami terus mencari lagi tanah utk mbuat penanaman.

Ada yg kata pada saya "awk hebat marketing pemasaran,beli je la kerepek org lain, so awk xperlu keluarkan tenaga, masa jimat, kaya pun cepat"..
.
saya berniaga bukan untk "kaya" semata.. yg jd fokus utama saya, saya nk bina legasi dari usaha saya, saya impikan sebuah legasi besar yg dikenali seluruh malaysia dn luarnegara atas nama LALAN FOOD dn semoga usaha saya dapat dirasai keseluruh keturunan saya.
.
Jual kerepek pisang, semua orang boleh jual, tapi nak makesure orang ingat sampai bila2 jenama kita, bukan senang. Dn saya tahu, saya boleh, dn saya akan pastikan ia jd kenyataan πŸ’•

Amin

Saturday, October 20, 2018

JAMU BERPANTANG PILIHAN


Yeayyy da dapat jamu pilihan hati, sangt-sangat-sangat berhrap dapat bersalin normel kerana i da prepare jamu-jamu utk bersalin normel

Masa ank pertama, i beli set bersalin da siap pek kat farmasi, tpi tak best, adoi minyak urut je lepastu mahal mencekik diri

So utk ank ke2, da tahu apa yang wajib dan apa yg x wajib, i survey betul-betul.. step by step pemakanan, memang i kaji lah

Nampak remeh kan ?
Antara i kaji, peminuman air sepang kenderang dan air ubat periuk, i baca apa beza dia, cara minum yang betul, cara bertangas berapa lama, bertungku kena betul2 macammana,then i beza kan jamu2 tiap jenama, tgk feedback, masuk group2 ibu pregnant, 

Ye memg utk ank ke2 i super excited nak berpantang, hahahha. Rasa klini mgandung macam lamaaaa je, so nk cpat2 bersalin, berpantang dan fit kan balik anggota luar dalam HAHAHAHAHAHAHHAHA (gelak seram sambil jeling manja suami) HAHAHAHAHA


Dan, apa i beli ni part ni incik lalan tak tahu pun, laki i doktr so ofcz dia sangat tak suka jamu2, kalau dia tahu, berleter panjang, tapi tak pa la, ni i beli senyap2, nantikan lepas pantang ok darlingggg aumm HAHAHAHAHAHAHA (buang tebiat aku ni)


Doakan i bersalin normel ye,
Semua org takut bersalin normel, ada pilih czer sbb nk jaga bwh la, helloooo, bsalin normel dia repair bawah tau adik2 sekalian, lagi jahit ketat, then awk cme perlu jaga je jahitan tu elok2, yg tak jaga elok lah yg buat macam2 x best jadi

Apapun, sebenarnya terpulang pada rezeki kan, mana yg Allah beri pasti itu yg terbaik :) 


Peh da macam mak bidan da ni,
Nak tahu mana kak beli jamu asli ni, whtsapp je 019-6529329 ,.


Sent from my iPhone

TURN 28


Birthday this year,
Sedang mengandung 8bulan πŸ˜†
Dan harini buat checkup,
Berat badan turun, Hb turun *sedih*

Mengadu kt incik lalan,
Dia bebel panjanggggggg—
Marah sungguh dia,
Dia kata "sayg bukan kerja pun, duduk rumah je pun kenapa tak makan?"

Actually makin sarat ni mmg malas makan, dn skg da sarat, mabuk datang lagi. Ttbe je muntah2. Haiyo.

Pn incik lalan bebel 
"Tak mkn mmg la muntah, perut masuk angin" πŸ˜ͺπŸ˜ͺ ish, kene marah je huhu

Ye i mgaku kurang makan,
Sbb pagi2 da bt breakfast utk husband, so da kenyang.. tghri da siap klua kn barang utk prepare masak masa incik lalan balik kerja (kami pkl 4.30 da mkn berat sbb incik lalan nk ke kebun),mlm baru buat makanan kunyah2 macam cucur,. Dan perut pn tbiasa mkn cuma breakfast dan petang, tghri klu lunch pn klu incik lalan ajk lunch sama kt kedai, kalau x, mgenangkan makan sorang2, mmg malas nk masak..

Ok mmndgkn i mgadu kt incik lalan,
Penat lah, mabuk lah, incik lalan ajk jalan2 checkin hotel bg i bertenang hehe.. ok la, surprise juga ttbe je dia suruh pek baju.

Dn skg i tgh dlyan mcm puteri,
Hahaha almklumla konon2 mabuk la, berat turun la, letih la, ofcz la dpt bmnje..


Tq incik lalan,
I loveeeeee youuuu πŸ’•

DEK KERANA ANAK πŸ˜…

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...