FOLLOWER

Saturday, June 30, 2018

BANTU ORANG BERNIAGA

Top seller kerepek pisang lalan food,
Tahniah ! πŸ˜‡
Allhamdulillah, gembira dapat bantu mereka tambah sumber pendapatan

Monday, June 18, 2018

SUAMI BALIK KEDAH

Rindu.
Incik lalan balik kedah,
Saya ? Balik juga, tapi separuh jalan.
Kenapa separuh jalan?
Gara-gara mabuk mengandung.


Perjalanan dari pagoh ke seremban super jem malamtu,
Kesan dr jem, i mabuk muntah sepanjang jalan, bukan tu je,
Perut jd mengeras tiap 5minit,
So bile sampai seremban,
Incik lalan tny i bwk buku pink x,
I jwb la, "tak" huhu
Punyalaa membebel incik lalan,
Dri pukul 2pagi sampai 3.30pagi kat rnr seremban mharapkan perut relax dn tak menegang, tp hampaa.


Then incik lalan paksa tinggal kat pagoh, tak bagi ikut 😭😭😭
Risau juga perut menegang dr pkl 2pagi sampai 7pagi,
Allhamdulillah lepas bgun tdr da ok,
Bile refer nurse, nurse kata ni "braxton hiks" terjadi sbb terlalu penat.


So sekarang i kene tgl kt pagoh,
Hari2 mesej incik lalan
"Rindu rindu rinduuuu" πŸ˜†
Pdahal 2 malam je incik lalan kt kedah

Haih incik lalan laaa last minute plan,
Sbb raya hj kami xdapat balik,
Incik lalan ke korea, tu yg dia balik jgk kedah raya ni wlupn sekejap,

Lamaaanyaa nk tunggu esok 😩
Bile daddy nk balik niiiii

Sunday, June 10, 2018

SUAMI KE KOREA

Huh, dikala bini da masuk 7bulan,
Dia dapat ke korea pulaaaak,
Masa mgandungkan kaseh dia dapat pi london, geram tau, mgandung ke dia pi jauh.. kalau i x mgandung, dia pi tempat boring dekat setakat indon dengan thailand je... haih...


Siap kata :
"Abang ada tpikir nk bw ayang dgn baby, extend masa kat sana kmudian jalan2, da jimat byk sbb abg kn ditanggung percuma TAPIII TU LAH, ayg da 7bulan lebih, terpaksalah abang pi sorang"
.
Peh.
Actually plan kami hjg tahun ni mmg nk ke korea, bulan 4 kami da bincang2, TAPI, bila incik lalan bg green light je, cek2 pregnancy test, i'm pregnant 🀰hahaha. Then tarikh plan nak ke korea adalah tarikh i bersalin. Walaupun sedih, tpi happy sebab mengandung hehe
.
I kan kaki korean drama,
Ofcz nak ke korea laa, nk ke jeju island laa... next year ank still baby, ofcz la susah nk berjalan, haih salah timing betul la suami nak menambah haha.
.
Raya haji ni suami ke korea,
Dia x habis2 sakitkan hati i memandangkan i nak sgt ke sana,
Kurang asam, i pujuk juga ajak pi sebelum sarat, tapi incik lalan kata kesian kakak dengan adik, kalau tinggal mereka, apa pula mereka cakap nanti.. nk pi awal x blh sbb kakak exam,
.
Hmmm,
Tak pelah,
Bajet bcuti tu letak la asb sampai bkembang, manathu dapat pujuk pi tmpt lagi best hehe
.
Kan Allah da janjika,
Tiap anak ada rezekinya,
Kan 😘😘

Wednesday, June 6, 2018

SAHAM AKHIRAT JOM BANTU SYRIA

RAYA SAKAN 2018

Allhamdulillah raya tahun ni mmg raya sakan, settle hal ford ranger, sale lalanfood pula meningkat berkali ganda, semua dpermudahkan.
.
Cuma,
Tenaga i dgn husband da tinggal 40% sahaja, peh serius weak sangat. Tengk jiran tetangga dah mula mengemas rumah, rumah i ? Masih tak buat apa pun, penuh dengan kerepek, tapi tu i x kisah sbb kami beraya full day dipagoh tahun ni.
.
Bab shopping raya, 30mei (sebelum zero gst) i da settlekan, tk nak tunggu selepas zero gst sbb cnfirm sesak, dgn perut besar ni, malas nk himpit2.. tu pun i pergi sorang, incik lalan just bankin duit,dan pandai2 i handle. Kalau dulu sebelum bniaga, shopping sampai KL, gigih meredah jem, buka puasa pun kat hotel. skg dah ade byk rzki, makin xsempat shopping raya, nk buka puasa kedai pun x sempat,
.
Tapi walau incik lalan x teman shopping, i tak kisah, i faham dia tak cukup masa. Nk handle kerje sbgai doktor, then ptg lari tgk progress kebun (kene siapkan pnanaman sebelum raya utk stok pisang tahun hadapan), dan handle pula stok pisang utk djadikan kerpek lalanfood, i nampak, suami penat, i pula skg mabuk mgandung, i kesian sgt kat husband,
.
Allhamdulillah, bju raya kurung dan bju melayu dah tempah online, so shopping kat dataranpahlawan cuma mcari baju suami, anak dn baju maternity utk i.. dari pukul 10.30pagi-3petang i shopping πŸ˜†suami pun bebel2 bile nak gerak balik, ofcz la lame,banyak kawasan nak belek, yg peliknye, masa shopping tk mabuk pulak, kalau kat rumah kemain mabuk hahaha
.
Seterusnya lepasni, persiapan utk dapur pula, nk penuhkan dapur mama abah. Utk pak mak mertua, da pesan pada incik lalan utk masuk extra sbb kami x balik beraya dikedah. Lagi 7hari nak raya wei, x sabarnya ! 😘
.
Bila tgk raya tahun ni,
Teringat dulu,
Masa kerja, cuti cuma 3hari, kemudian bersedih sbb xdapat bagi mama abah duit raya banyak, bila orang datang beraya, malas nk layan (kurung diri dalam bilik je tdr) sbb nak elak kene bg duit raya haha jahatnya dulu, kedekut sangat !
.
dan betul,Allah Maha Mendengar, sekarang, seleganya saya dapat balas jasa mama abah dn kongsi kesenangan mcm i berangan dlu.
.
Untuk suami pula,
I kata "bangga tak jadi suami usahawan? Eh entrepreneur. Nak bonus raya dari lalanfood tak? Meh ayang sign cek, tandatangan ayang sangat bharga tauuu" HAAHHAAH
.
pastu dia luku kepala i dan kata "bila nk bayar hutang pisang"
.
lalu i balas "ngantuk, nak peluk" HAHAHAHAAHAH
**taktik sangat**

Monday, May 28, 2018

KASEH JAGA MOMMY DEMAM

Ini pula kisah ke2,
Berlaku harini.
.
28mei2018 (9.40malam)
Incik lalan pi tahlil kawan meninggal,
Tinggallah saya dan kaseh,
Saya pula batuk selsema mcm nak demam.
.
Sebelum incik lalan pergi tahlil,
Kaseh ada juga masuk bilik,
Saya kata "mommy demamm"
Dia ajuk perbuatan incik lalan,
Letak tapak tangan kat dahi, pipi kiri, pipi kanan dan kata "nasss" (panas maksud dia versi pelat bdak 2tahun)
.
Kemudian incik lalan pn pi la tahlil,
Saya kesian pula kaseh sorang kat ruangtamu, saya pi kat dia, saya kata:
"TADI KASEH JANJI DENGAN DADDY NAK JAGA MOMMY ? MOMMY TAK SIHAT NI, MOMMY DEMAM, SIAPA NAK JAGA MOMMY ? DADDY TAK ADE.. SIAN MOMMY"
.
Saya saje je cakap macamtu kat dia,
Eh ! Tapi dia faham lah !
Dia merungut jugak "humm!" Dia capai patung kesayangan dia, kain lampin kesayangan dia, dan terus masuk bilik nak teman saya.
,
Allhamdulillah,
Ramadhan kalini banyak persepsi yg baik saya nampak dari kaseh walaupun masih kecil, baru 2tahun, bercakap pun masih tak reti sangat, sangat pelat.
.
Tapi tiap apa saya cakap,
Dia boleh terima,
Dia tahu nak faham emosi tiap ayat yang saya cakap.
.
Then, cepat2 saya call incik lalan sambil loudspeaker,
Kaseh dengar, dia pukul2 kaki saya,
Hahahah dia faham la mommy menyampaikan lat daddy hahahaahah
.
Kakak kaseh,
Mommy sayang kaseh,
Jaga mommy tau kalau mommy tak sihat bila tua nanti πŸ˜‡

Sunday, May 27, 2018

KASEH MACAM MOMMY

Harini 27 mei (ahad),
Saya siapkan makanan berbuka,
Elok letak atas meja, air cincau da elok dalam jug, sementara menanti waktu buka dan incik lalan balik dari kebun, saya rehat dalam bilik (sindrom letih sbb mengandung),
Kaseh pula bermain didepan tv,
.
Tiba-tiba, "splash !"
Cepat-cepat saya keluar dari bilik,
MasyaAllah ! Cincau berterabur atas lantai ! Habis basah karpet dan meja makan. Dah la saya letih. Kaseh muka agak takut, dia berdiri membatu, saya tahu dia takut dimarah.
.
Ye saya marah,
Sebagai mommy, saya kena marah dia, supaya dia tahu dia salah,
Kaseh baru 2tahun,
Saya membebel pada dia yg tegak berdiri, saya kata "mommy nak berehat, ada je kaseh buat, daddy pun tak sempat minum, tengk sekarang, basah !!" Saya jeling tajam kaseh (saja takutkan dia),
.
Saya membebel,
Kaseh tetap diam,
Kemudian saya ambil rakaman tanpa kaseh sedar, saya marah dia dgn konon2 mencubit dia (serius tak sakit, saya saje je gertak dia)
Tapi dia masih diam,
Hanya takungan airmata, tapi airmata tak keluar, dia bertahan !
.
Lepastu,
Saya berhenti membebel,
Pandang kaseh, dan kata
"Mari peluk mommy"
Dia terus datang kat saya dan peluk kuat, saya kata "mommy sayang baby, mommy kena marah bia baby tahu apa baby buat ni salah"
Terus dia menangis teresak-esak,
Meraung dia menangis,
Dan saya ajar dia sebut "sorry mommy" yela dia baru 2tahun, cakap pelat, so saya kena sebut dulu baru dia ajuk.
.
Allhamdulillah, kaseh dah sedia jd kakak, apa yang kaseh buat, respon bila kena marah, walaupun baru 2tahun, tapi bagi saya membanggakan, dan lagi mengharukan, respon dia sama seperti saya.
.
Walaupun dimarah, dia diam tak melawan. Tapi bila diperlukan, dia akan memberi sepenuhnya.
.
Kaseh, kalau suatuhari nanti kaseh baca blog mommy, tanyalah nenek, atok, makngah dan daddy, mereka ada tgk video yang mommy ceritakan kat atas.
.
Kenapa mommy marah kaseh ? Supaya kaseh tahu, perbuatan kaseh salah, andai menjadi tetamu dirumah orang, jangan ulang apa kaseh buat. Mommy kan mak kaseh, mommy kena tegur kaseh. Last, mommy suruh kaseh peluk mommy, sebab mommy nak kaseh tahu, walaupun mommy marah, mommy akan maafkan kaseh, dengan syarat, kaseh minta maaf dan sedar kesalahan kaseh.
.
Kaseh sama macam mommy,
Mommy sayang kaseh.

Sunday, May 20, 2018

MENGANDUNG DIBULAN RAMADAN

Peh tak tahu la kenapaaa,
Mengandung ni sindrom malasssssssssss sangattttt,
Adohai laaa, mlas gile
.
Sebelum ni,
Incik lalan nk pi beli beger pun,
I akan kata "nk ikut!"
Incik lalan keluar nak isi myak kerete jap pun, i akan kata "nk ikut!"
Senang kata kemana je incik lalan pi,
Ayat belakang i sambung "nak ikut"
.
Dulu Bila incik lalan mesej "siap jap lagi keluar" peh bukan main la i melaram. Sekarang ? Malas semua. Siap kata dgn incik lalan "malas nk bersiap", bila ikut incik lalan pun, kat dalam kerete i akan baringkan kerusi dan terbring macam ikan paus.
.
Mabuk memang ada juga,
Tapi sindrom malas serba serbi ni lagi teruk, dan x larat semua perkara,
Nasib baik laa incik lalan tu jnis boleh diharap, tp kkdg malam2 i ngis jgak tgk masa dia tdr, yela, selamani i layan dia tiptop, sekarang, dia uruskan sendiri, sian sngat.
.
Menu berbuka pun kedai sbb i masih mabuk, pening kepala nk tumis2, kalau sahur je i paksa gagahkan diri masak simple. Incik lalan x makan lauk panaskn, kesian dia kalau x sahur, so i gigih la tahan nafas sambil masak.
.
Incik lalan bising juga takut baby dalam perut pemalas, tapi nak buat acaner, mmg bukan malas dibuat, memang nk baring 24jam tau... fuh,.
.
Semoga kkuatan akn datang 😢
Semoga baby x malas mcm mak dia πŸ˜‘
.
Fatinfashiekin

Sunday, May 13, 2018

SURPRISE ANAK KEDUA UNTUK SUAMI

Hujung bulan 3,
I kan ikut husband outstation kat Westin. So kami plan nak bawa kakak adik jalan (reward utk upsr) plan memang best lah, kononnya bulan 12 ni lunaskan hutang tak berjalan tahun lepas pd kakak adik.
.
Tapi dalam masa sama seronok bercerita, i pula tgh berkire-kire,
Aish, kalau mengandung, bulan 12 tu tengah tarikh berslin (serius tak sangka pun pregnant) i confident je tak pregnant masani. So da cek flight tiket tau, nk booking da, hampir2!
.
Awal april,
I buat upt test, jawapannya "upt samar", uish, apa i pk akan terjadi, macammana nak holiday bulan 12 niiiiii, i bersalin masatu πŸ˜‘
.
Incik lalan duk sebut je plan holiday, i pula terkuis kuis dan kata "kite pi sebelum cuti sekolah tak boleh ke?" Tapiii, kesian kakak adik 😭
.
Incik lalan da pelik da i ulang-ulang cakap bulan 12 tak dapat join, dia asyik tanye "kenape-kenape-kenape"
.
Bila upt da betul2 pekat,
Masatu incik lalan balik kerja,
I get ready makan petang,
I letak upt kat bawah tudung saji,
Bila incik lalan bukaaa je,
Dia terkejut πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Dia kata "Plan bulan 12 cancel lh nampaknya" hahahahahha.
.
Maka, bulan 12 adalah waktu i berpantang, alaa kesian kakak adik, tahun lepas no holiday, this year pun sama,
.
Nampaknya,
Mereka bercuti area melaka je laaa,
Maafkan ibu wahai alisya dan akila,
Salah kan abah korang, ibu tak bersalah dalam hal ini πŸ˜†πŸ˜†

Wednesday, May 2, 2018

TAHUN KE 3

Allhamdulillah tahun ke 3 yg indah,
Orang kata sebuah rumahtangga bermula dengan :
5tahun pertama untuk membina
5tahun seterusnya untuk menikmatinya jika kita bjaya mbina dn harung dgn sabar.
,
Maksudnya,
Dalam 5tahun awal perkahwinan,
Pembinaan sebuah rumahtangga,
Pelaburan utk masa depan byk dikeluarkan, masani pasangan kena saling myokong.. seleps berjaya harung 5tahun perkahwinan dalam membina, seterusnya adalah mengutip hasil pelaburan ❤️
.
Betul ! I setuju,
Sekarang kami tahun ke3,
Banyak kami rancang,
Dan berharap penat ini, pelaburan ini membuahkan hasil.
.
Untuk tahun ke 3 berumahtangga,
I rasa i pun da matang (ceh ceh),
I kan 9tahun lagi muda berbanding incik lalan, so sebagai remaja (ehem!), kalau masa bercinta dulu i spesis kuat merajuk, sekarang tidak lagi, i da matang tau.. hahahaah,
.
Mungkin orang yg kenal kegilaan i akan pk yg i jenis macam kanak2 sikit, but percayalah, bila melibatkan suami dan anak, walaupun i mmg manje2 lagi, tapi i lebih rasional,
.
kalau i ade perkara tak berkenan, i direct kat incik lalan, i x simpan, sbb i tahu laki bukan jenis memahami.
Kalau ada perkara yg i merajuk pun, i tak kan panjangkan isu, i akan pk "aku nak jadi isteri solehah Ya Allah" perempuan mmg ada kedegilan yg tinggi even kkdg dia yg salah, so mmndangkan i tahu mulut i kuat bebel, Allhamdulillah untuk tahun ke3 ni i da x bebel dah.
.
Cara i handle mood i kalau tgh marah dan Kalau i merajuk, i akan kemas rumah hahaha. Ye, pernah i merajuk sbb incik lalan tak belikan char kuew tiaw, pukul 12malam i basuh baju, mop lantai, ubah sofa, incik lalan th i marah, so dia pn tlg mgemas. Haha. Hello, perempuan kalau lapar mmg boleh naik hantu tau, so i alihkan marah i jadi kepenatan, berbaloi πŸ‘πŸ»rumah kilat HAHAHAH
.
Allhamdulillah untuk 3tahun ini,
Perjalanan masih jauh sbb cita2 i nak sampai syurga dgn incik lalan?
Semoga Allah memberkati rumahtangga kami sehingga syurga.
.
==========================
Surprise dari incik lalan :

I ingat dia lupe, so i diam la,
Tapi malam anniversary,
Dia kata nk kelua,
I bia je sbb i tgh mabuk skg,
I da get ready nak tidur, matikan lampu,.. tetibe je incik lalan masuk sambil nyni "happy anniversary— happy anniversaryyyy" hehe,
Allhamdulillah dia ingat,
.
This year no holiday,
Plan semua out,
I mabuk agak teruk, sgt teruk bbanding masa pregnant kan kaseh,
Pening loya 24jam πŸ˜‘naik kerete sket je muntah, Allahuakbar.... semoga dpermudahkan.
.
Apapun,
Ayang sayang abang !!!!

Sunday, April 22, 2018

ANAK SULUNGKU KASEH ANEEQA FARZANA

Kaseh aneeqa farzana,
Anak sulung kesayangan mommy,
Anak sulung kebanggaan mommy,
Anak sulung penyejuk hati mommy.

Tak lama lagi kaseh akan jadi kakak,
Tapi mommy nak kaseh tahu,
Kaseh tetap kesayangan mommy,

Mommy ada perasaan takut,
Mommy ada perasaan gementar,

Mommy takut kalau mommy terabaikan kaseh,
Mommy gementar kalau dalam diam rupanya kaseh ada memendam cemburu.

Tapi, kaseh jgn risau,
Sebab mommy pun anak sulung,
Mommy akan makesure kaseh tak terkurang apa-apa pun,
Mommy janji kaseh akan sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang mommy.


Mommy nak kaseh jd kakak sulung kuat macam mommy,
Ingat, bertanggungjawab,
Bersedia mengantikan mommy dan daddy kalau mommy dan daddy tak ada, itu tanggungjawab seorang kakak. Memang penat, tapi percayalah, anak sulung ada kekuatan tersendiri, kuat macam mommy okey.


Untuk kaseh,
Mommy da prepare segalanya terbaik, terim kasih sebab sentiasa menjadi anak yang menyejuk hati mommy, mengembirakan mommy, mommy bangga ada anak macam kaseh.

Janji mommy,
Akan adil pada kaseh dan adik,
Tak akn sekali-kali bersikap tidak adil, andai ada kekurangan dari mommy,
Mommy harap kaseh ingatkn mommy ye,


Anak mommy kaseh aneeqa farzana,
Bersalin kan kaseh, amat mudah,
Mommy tak rasa sakit,
Menjaga kaseh pun bagaikan rahmat, sangat-sangat mudah dijaga.


Kaseh anak sulung yg byk mengajar mommy, diharap, kaseh tahu sampai bila-bila, kaseh adalah tanda kasih sayang mommy betapa kasihnya mommy pada kaseh, thats y nama kaseh adalah "kaseh"


Kaseh sentiasa menjadi manja dihati mommy. Anak sulung kebanggaan mommy.


Mommy,
Fatin fashiekin bt anuar

DEK KERANA ANAK πŸ˜…

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...