FOLLOWER

Friday, January 26, 2018

HAPPY BIRTHDAY KASEH ANEEQA FARZANA YANG KE2

KASEH DAH 2 TAHUN

27januari,
Daddy kerja,
I baring kat bilik dengan B,
I nyanyikan birthday song,
Tibe2 i menangis teresak-esak.

Entah. Sebak. Anak dah 2 tahun.
Kaseh senyap je perhatikan i.

I mmg jenis mnjakan anak,
Sangat manjakan. 
Sangt lindungi anak.
Tapi semua masih dalam batas,
Kalau dia buat salah, i still marah juga.


Macammana i sayang kat daddy dia,
Macamtulah i sayang kat B,

Macammana ea nk explain,hmm,
Senang kata, hari2 nampak still rindu.
Peluk tiap malam, cium tiap hari,
Tapi masih tak puas nak pandang.
Camtulah.


Sekarang B da 2 tahun,
Dia da mula sekolah,
Dan since dia sekolah,
Kalini manja dia lebih kepada i,
Bukan lagi incik lalan,
Sampaikan incik lalan pn annoying gile tgk kiteorang πŸ˜†

Kalau incik lalan bw kaseh klua kekedai ke, kaseh akan sedih kalau i x ikut, dalam kerete dia akan merayu kat daddy die "mommy-mommy-mommy" (tapi 10minit lepas sampai mini market dan dapat candy, dia lupe la kat mommy dia ) huh whatever πŸ˜‘

Kalau tidur malam pula,
Kalau i nak siap kan tempahan pelanggan, B akan menangis kalau x nampak i, so tpksa la i buat kerja kat hujung katil sambil nyanyi dodoi utk dia πŸ˜†

B bukan lah dalam kategori mengada manja merengek. Tak. Dia pn x heran sangat kat mak dia. Cume kadang2 tgh bmain dia akan sebut "mommy" dan lari peluk kaki i. Oh sangat menyentuh hati. Dan incik lalan akan jeles dan kata "elehhhhhhhh" hehe


I sangat manjakan anak dn lindungi anak, sbb i nak dia tahu yg i sayangkan dia. 


Dari bersalin kan kaseh,
Tak sakit langsung.
Menjaga dia pun sangat mudah,
Tak banyak karenah langsung.


Dear kaseh,
Mommy really love you,

















MEETING IN BED

Da 11.45malam,
Dalam bilik, still berbincang ttg bisnes dengan incik lalan.
.
Kami serumah,
Tapi nak fokus selalu agak susah,
Bab bisnes banyak berbincang dalam phone, kalau nak tunjuk kire2 pun tengah malam. Tu pun kalau anak tak tidur lagi,
.
Sebb incik lalan lepas kerja terus melawat kebun, balik kebun fokus pada anak dan kami tgk movie bsama ke (tapi paling banyak, malam je kami keluar hantar kerepek hehe)
.
Ni incik lalan da baring, i usulkan segala idea. Tak pa, asalkan ada peluang dan ruang, i mencelah la.. minta izin suami, minta redha suami, minta pendapat yg tbaik dari suami, bila suami restu, suami setuju pun da buat i happy. Dn lagi bsemangat nk ada target dalam bisnes
.
#iloveudaddy
#tengahbodek
#nakbonus
#nakrantaiboleh?
#ohmaybehandbagtoo
#ohmaybeanakpunnakrantai
#HAHAHAHAHHAHAHAHA

Wednesday, January 24, 2018

SALE TERTINGGI LALAN FOOD

Dear blog,
Yey! Januari 2018 ni permulaan bulan yang sangat baik,
Sale lalanfood melebihi sale tertinggi masa raya2017 πŸ€— betul lah, kalau kite ada target, kite serius, then kite akan achieved,

Ingat lagi, i kata pada incik lalan :
"Sayang nak achieved sale RM******"
Tp incik lalan ketawakan tau, dia kata tu sale ttinggi masa raya, berapa malam tak tidur dn confirm tercabut tangan katanya.

TAPI skg i da achieved dn xde tcabut tangan pun πŸ˜†mungkin dah biasa, so tak terasa penatnya.

Bukan tu je berite gembire,
Incik lalan pn dapat bonus gaji 5bulan HAHAHAHAHAHAHA part ni i sebagai isteri paling happy sbb mgikut terma perjanjian kasih sayang cinta hakiki abadi hingga syurga, i akan dapt bonus sebulan dia PENUH.

Bagus kerja company chinese sbb tak kedekut, gaji doktor yg da bkhidmat 1dekad dia dpt bg bonus 5bulan, bukansorang doktor tau tp company incik lalan tu banyak gile doktr, pemurah nye la bos dia. Nanti i ada staff nk buat law mcm company incik lalan.serius !! So dri situ blh create loyal staff yg bkualiti contohnye husband i laaaa πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Ok back to main topic,
Mmndangkan sale sebulan lalanfood da melebihi 3kali ganda harga mesin kerepek i dgn incik lalan bercadang utk beli mesin kerepek supaya dpt mhasilkan kapasiti yg lebih banyak dan dapat jalankan marketing dgn lbh meluas πŸ€—

Malas nk minta jabatan2, lambat, beli sendiri duluu πŸ˜‡

Doakan sayeeee !

Thursday, January 11, 2018

MIMPI SUAMI TIADA

Tadi i mimpi,
Bangun tidur je tengk i berada dalam rumah mewah. Mewah gile lah dgn set sofa, tv semua mewah, pintu rumah pun mewah !
.
Tengah belek pintu i jengah keluar,
Peh kerete mewah bderet,
I tercari-cari incik lalan,
I pk oo mgkin belum balik kerje,
(Yg pelik ye, i mimpi tapi i tahu tu cume mimpi)
.
I siap plan "ok ingat baik2 mimpi ni, design nye,nanti sedar boleh tiru ni"
.
Tibe2 ade laki masuk rumah,
Dia kata dia suami i,
I terkejut tapi diam, i trs tutup pintu, lepastu kena marah dengan suami baru i tu, dia kata pintu tu mahal.
.
Then, pergi oversea,
Tak ada siapa nak ambil kan gambar i, macam incik lalan selalu buat, masatu i da mule sedih..
.
Kemudian, i terjaga,
Peh lega gileee sbb itu cume mimpi !
Pengajaran yg i dapat,
Adalah sgt myedihkan bile kite ade segala kekayaan tapi orang yg kite sayang tak ada. So camna sibuk cr duit pun, jaga kesihatan supaya dpt nikmati usaha kejayaan ni bsama.
.
Terus i citer mimpi kat incik lalan, tapi dia bukan ambil iktibar mimpi i, die sibuk tanya ttg "suami baru dlm mpi i tu" hahahaha
.
I rase sayu hatiiiii sgt lepas mimpi tu, serius, benda terbaik Allah bagi i adelah suami i. Incik lalan memang suami best gile ! Dia selalu support i, tak pernah nak marah, nk tgk die marah sgt susah, rajin gile cri rezki utk kami. Sbb i tgk dia rajin cr rzki la i pun workhard. So kami fair, i nak gembirakan die, die pn gembirekan i
.
Tapi perkara yang paling buat i sayu hati. Tadi i cakap kat incik lalan.
"Adelah sangat sedih, bile kite berjaya kumpul kekayaan, harung susah senang bersama tapi at last salah seorang antara kite x ade, walaupun dalam mimpi ayang tu ade suami lain, situasi tak sama sbb die tak faham nikmat yg kite harung bsame".
.
Incik lalan kata "tahu pun, kite cri rzki, kawin pulak dgn orang lain" huhu.
.
Sebabtu, berbuat baik dengan suami / keluarga / anak, mereke tu yg akan jaga kite andai kite tak ada upaya ❤️
.
#sayasayangsuamisaya
#dialagibestberbandingharta
#suamisampaisyurga

Monday, January 8, 2018

TAHUN BARU 2018


Sambutan new year tahun ni, i gigih ke putrajaya. Mula2 i tak hingin pun. I kan spesis memerap kat rumah, kalau holiday pn lbh suke lepak hotel (thats y i memilih sket bab hotel) nak berjalan tu mmg bukan lah kegemaran i.
.
Bile incik lalan ajak, i menolak sbb lewat malam sgt, sian kat B, tp at last dia kata "ok kite tdr kt putrjya" wah ! I suke laaa. I pilih hotel, incik lalan booking..dan kami pun gigih la mharungi jem kt putrjya tu.
.
Tapi kami tak kisah pun pada jem sbb kami da bt preparation awal. Penuh kunyah2 dalam kerete. I kopek kacang, suap incik lalan, kaseh nyenyak tdr.. heheh..
.
Checkin kat marriot putrajaya, then terus melepak kat presint3, pengalaman yg menarik. Walaupun jem tapi tak stress sbb waze ade bg info brpe lame kite kene harung jem tu, pkl brape sampai, so smuanya santai
.
TAPI dugaan bermula lepas habis sambutan tahun baru, jem tak gerak HAHAHAHA. Padan muke diri sendiri. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Saturday, December 30, 2017

TERIME KASIH 2017




Terima kasih untuk segalanya 2017,
sungguh, 2017 banyak bagi perubahan pada i dn husband.
Allhamdulillah ;)


dapat bagi ganjaran pada mama abah,
dapat bagi imbuhan pada family mertua,
dapat meluaskan perniagaan,


untuk 2018,
i dengan incik lalan nak melangkah lagi kedepan ,
(tepuk tangannnn !!!!!)
apapun tahniah incik lalan sbb dia dah zero debts,
PTPTN dan semua dah settle lah, cash ;)
settle segalanya 100% kecuali tanah/rumah lah,
sebab benda tu termasuk dalam aset yg mgembangkan duit.


pada sesiapa ada buat side income,
daftarlah SSM dan buat akaun semasa syarikat,
banyak manafaat wei !
kerajaan pn byk bagi bantuan pd orang muda yg nk bniaga,
tak payah la takut sangat dengan cukai tu,
bila awak uruskan akaun dengan berdisiplin,
mereka lagi alu2kan nak bagi kite bantuan,
cume kite kene bijaklah, kalau xperlu, tolak la,
pilih yang terbaikk.


semoga 2018 lagi dipermudahkan,
nak bina aset,
nak bina perniagaan lbh pantas,
nak luaskn lgi tapak pertanian.


dan semoga,
diberi kesihatan yg baik,
kesejahteraan didunia dan akhirat.

yang lagi penting,
i bukan sahaja nak jadi jutawan dunia,
nak jadi jutawan akhirat yg dipenuhi banyak pahala



Friday, December 29, 2017

ANAK SEKOLAH

What ! Next week da januari 2018.
Hmm, kaseh akan mula sekolaaah,
Mommy hanya akan stay kat rumah uruskan bisnes tanpa gangguan kaseh lagi 😭😭


Memang lah tak ada gangguan tu best, tapi kadang2 bila tengah busy siapkan akaun then mate terjeling anak yang tengah bermain, ouh rasa bahagia sangat2.


Kaseh, if u read this,
Seriously mommy love u so much sayang ! But mommy kene hantar awak ke sekolah coz mommy kena fokus kat bisnes mommy, mommy nak cari duit untuk future kaseh.


Hehe
(Padahal anak sekolah, mak joget happy kat rumah hahahahaha)


Ok-ok,
No no, seriously mommy love u,
And daddy too..


πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Wednesday, December 27, 2017

ULANGTAHUN CINTA MAMA ABAH

Awal bulan disember,
Saya bawa mama abah berjalan,
Bawa adik2 berseronok,


Dan plan dirancang,
Kejutan anniversry utk mama abah,
πŸ˜‡


Terima kasih Allah sebab jadikan keduanya ini ibu bapaku, pasangan yang mengajar dan memberi contoh kepada aku, bahwa bila bersatu, akan kuat lalui segalany.


Mama,
Terime kasih sebab sentiasa jadi mama yang paling moden, memahami dan sekepala dengan kami adik beradik. Terime kasih kerana sentiasa bg layanan sempurna buat kami.

Abah,
Terime kasih kerana dulu abah tegas besarkan kami, ketegasan abah mgajar kami utk berani menempuhi apapun, dan terime kasih sebab biarkan kami berdikari utk berjaya tapi dengan penuh pengawasan.


Semoga kebahagiaan selamanya buat kita sekeluarga hingga ke syurga bersama ❤️

Sunday, December 24, 2017

LALAN FOOD KE RUMAH MENTERI MALAYSIA

Harini ke rumah salah seorang menteri malaysia, rasa nervous tpi still cool
.
Tak sangka,
Kerepek lalan food ade dalam rumah menteri malaysia wei, bukan bagi secara percuma tau tapi oder dan bukan pertama kali buat oder, dah banyak kali repeat cuma sebelum ni hnya hntar kat cafe dia je πŸ€—
.
Seronok sangat !
Yg tak seronok,
Orang lain mesti kaitkan dengan isu politik la, dan ad yg suruh minta macam2lah. Adui.
.
Dan paling menyedihkan,
Yang bercakap tu orang yang memang sedang berniaga.
.
Tak semestinya kita berdepan dengan orang politik terus bermakna dia jahat (hny kerana kita tak menyokong parti yg sama)
.
Tak semestinya kita berdepan dengan orang politik, terus kita boleh minta macam2. Ingat i ni tak ada air muka ka encik2 oiiiii.
.
I deal dengan mereka sama macam i deal dengan pelanggan lain. Siapa pun background pelanggan i, apapun attitude pelanggan i, i layan sama rata, dan ofcz semua buyer i tahu bahwa i seorang penjual yang peramah lebih hahahaha
.
I tahu, even taip panjang2 pun, orang hanya nak tahu apa yg mereke nak tahu sahaja.
.
So kesimpulannya,
-harini i happy pi rumh menteri malaysia
-harap semua peniaga dapat terime semua jenia customer yang mereka terima, wpun bbeza aliran politik tanpa libatkan emosi 🌸


PENIAGA YG BAIK,
Fatinfashiekin

Saturday, December 23, 2017

BLOG DAH NAK SEABAD



blog pun dan nak masuk sedekad

cepatnya masa brlalu.
blog yang i buat ni memang i dedicate utk org yg i sayang,
my husband, my daughter, my family,
i taip segala kenangan dan segala perkara yg berlaku.


even kadang2 apa yg i taip tu benda biase je,
tapi i tahu, one day if i tak ade,
my daughter will find this blog and read,
everytime dia tekan "Kaseh Aneeqa Farzana"
akan keluar segala bukti kasih sayang i pada dia


and ofcz if i x ade,
if my husband kawin lain,
dia akan jeles lah kan bila baca blog ni
cz wife incik lalan ni sangat lah perfect
HAHAHAHAH
(but actually i dah pesan pd incik lalan yg i akan jd ghost kalau dia kahwin lain,
dan menghantui hidup dia. hahahaha)


dulu blog ni wujud cz i suka berangan nak jd penulis novel,
thats y la blog ni dberi nama FATINOVELA,
orang terapat shje yg tahu ttg blog ni,
i menaip bukan utk kutip duit dri nuffnang ke,
tak. i xde daftar ape2 pun,
blog ni umpama diari i, 
i akan share semua perkara kat sini

dekat sedekad berblogging,
macam2 dah diluah,
dari bercinte dengan incik lalan sbgai dude,
kene tahan telinge org sebut psl kawin,
persiapan berkahwin,
mengandung dan bersalin,
sampai la da berubah kerjaya.


Allhamdulillah banyak sangat da berubah,
serius saya tak sangka dgn apa i ada sekarang,
dan incik lalan sendiri tk sangka dgn apa dia ada ;)


apapun, paling penting,
kebahagiaan yg paling membahagiakan antara segalan yg berlaku
dekat seabad ini adalah,
ada nya suami sebaik incik lalan
ada nya anak seindah kaseh
mereka nyawa i,


tiap malam i akan cium dahi kaseh dan kata
"kalau mommy tak ada, jaga daddy"

dan cium dahi incik lalan
"kalau mommy tak ada, jaga baby"


rasa sayang ni tak pernah hilang,
makin kuat. tidur malam suami sebelah pn masih rindu.
anak depan mata pun rasa nk peluk kuat.

ok.
sindrom emak dan isteri sangattttt
HAHAHA


well, my blog dah nak seabad,
hadiah utk blog, i tukar themed,
jadi la kannnnn huhu




FATIN FASHIEKIN BINTI ANUAR


Thursday, December 21, 2017

PLAN 2018

This month da start calculate keuntungan lalan food sepanjang 2017 sebelum hujung bulan disember ni.

Then i dengan incik lalan discuss,
Apa pelaburan yg perlu dbuat pada 2018 untuk melebarkan lagi sayap lalanfood.

Utk 2017,
Pencapaian membanggakan adalah kenaikan jualan yang amat membanggakan, Dan kami mempunyai pemborong tetap setiap minggu yg akan membuat tempahan.

Utk 2017,
Banyak penambahbaikkn nak dibuat, dan ofcz lah incik lalan sendiri kene luaskan hasil penanaman pisang dia.

Seronok tau menjadi isteri pelengkap suami dalam bisnes macamni. Suami tanam, i proses. Cukup tahun, kira untung sama2 πŸ˜†

Bab pelaburan utk aset syarikat mcm i kata td, kami tgh pk, samaada nak beli mesin sediri atau tgu jwpan jabatan pertanian. Dn utk plan "lagisatu" nantikan bulan 4 tahun 2018 ni, i tgh gile2 kumpul sale ni hahahahaha. Tunggu yeeee ❤️

DEK KERANA ANAK πŸ˜…

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...