FOLLOWER

Monday, October 30, 2017

MASALAH DALAM BISNES

Rutin hari2 masih ke sana sini,
Terkejar sana, terkejar sini,
Plan nak banyak kan lg kedai yg letak kerepek lalan food.

Plan next year nk buka kilang kecil, tapi masih i berbahas dengan incik lalan,mana keperluan, mana kehendak, sbb tak nak la melabur pada somethg yang tak memberi pulangan semula pada bisnes.

Yela, bisnes kmi kecil dn baru bermula, apa jua modal yg kami nak labur, kena calculate semula, adakah akan mengembangkan bisnes atau statik.

Yang i buat,
Senaraikan masalah,
Apa jua plam nak kembangkan bisnes, i kena settlekan dulu masalah,
Antara masalah yg i hadapi, semua bnda i nak buat sendiri sebab i kurang ada rasa percaya pada orang huhu.


Dan lagisatu masalah besar,
Bila ada orang nak mula bisnes, seriously i sangat suka, TAPI hakikat sebenar, yg bnyk terjadi, orang kite nak kaye cepat tapi malas nak usaha. Huish pening2.


Tp i suka masalah,
Bila masalah datang means utk next masalah i boleh handle. Utk masalah org nk bniage hangat tahi ayam ni, i ingat semula macammna sifu i (ex bos) i handle masalah bile bdepan dgn masalah mcari rakan kongsi / pharmacist.

Ye, sama. So apa yg i buat, 1st ketatkn undang2, this is my product, beli borong boleh tp jenamakan semula, teringat bila kak lai tarik semula nama farmasi sihat dari rakan kongsinya sbb takut andai apa yg blaku, nama Farmasi Sihat yg rosak (almaklumla zaman viral) si i

Dan, apa jua urusan, hitam dan putih ada, yes, i agak tegas sikit ye. I pun tak sangka, hahaha, kedai yg nk produk i secara konsigment boleh, TAPI kalau i tgk tak jalan, i akan ambil balik, dan rak i tak boleh letak produk orang lain, dn mcm2 lagi lah. Hahaha.

Kkadang ada juga pening kepala nk handle masalah penghantaran kepada customer ke, TAPI ! I syukur la pernah bkerje under kak lai, kak lai part handle masalah mmg terbaik !! Walaupun dia senyum, mudah berurusan tp tegas, vivvy yusof versi batu pahat 😇

Tq kklai ❤️

Sunday, October 29, 2017

TAKUT JADI MOMMY

Dulu bile dah nak jadi seorg mommy (mase doktr suruh paksa bersalin) i sangatttt takut, sampaikan i kata kat doktor, if lagi seminggu i still tak bersalin baru i akan serahdiri.

Actually, masa doc kata "jom la bawa baby keluar" (i da rapat dgn doc sbb setiap bulan i masuk wad dsebabkan bleeding huhu)

Minda i rase takut,
Lepasni dapat ke i jd mak yg baik?
Is it my husband akan sayang i even i dah ade anak.

I sangat takut,
Sekarang,
Dah hampir 2 tahun,
I SANGAT SUKA JADI SEORANG MAK!!

I dapat lalui dgn sangat baik,
Berbangga tau dgn diri sendiri 😆

Saturday, October 28, 2017

27 TAHUN

Wah ! Saya officially 27 tahun !
Oh My God
Fuhh

Lagi 3 tahun,
I akan ke 30-an
Oh My God

Apapun, Allhamdulillah,
Diusia 27 tahun ni,
I tarik nafas dalam-dalam,
I hembus perlahan-perlahan,
Dan saya sangat bersyukur dengan setiap apa yang saya ada pada hari ini, takdir dan ketentuan Allah itu Maha Besar dan Maha Hebat.

Allhamdulillah,
Diusia 27 tahun ni,
I ada my own family iaitu my husband dan my daughter yang sangat lah menyempurnakan setiap cela pada diri i. Seriously! Incik lalan, terime kasih sbb sudi terima i sebagai isteri yg kelam kabut ni, sentiasa menyokong, sentiasa mbantu, sentiasa jd peneman isteri. Yes i pernah dgar "perempuan yg malang adalah perempuan yg salah memilih suami" tiap kali i dgr ayat tu, i sangat rasa lega dan bahagia sbb u're so so perfect sayang..

And then, oh my beautiful daughter Kaseh Aneeqa Farzana, if u read this, mommy beruntung ada awak dalam hidup mommy, u sangat bijak, everyday and everynight mommy akan kiss u dan sebut "anak yang baik dan solehah kesayangan mommy dunia akhirat" if B tak caye, tanye daddy,

My family, mama abah dan adik2, kitr dah lalui macam2 fasa, and what ever happen, i love you guys so much ! Terime kasih sbb mjd family paling awesome 👏🏻

Eh, birthday sendiri tapi bagi speech pula kan ahhaha. Bukan apa, yg menyempurnakan birthday i, hari lahir i ni ofcz la mereke yg disisi i,, mereka buat i rasa bahagia, thanku sooo much !!

Tuhan, terima kasih untuk segalanya. Sungguh sempurna.

Thursday, October 12, 2017

MULA BERNIAGA

12.30 pagi die mesej i
"Kin ajar aku bniaga"

Masatu i tgh tidur tp i terus bangun dr tidur dn bborak dgn dia,
I tahu mayb dia rungsing,
12.30pagi memikirkan untuk mula bniaga, i yakin dia tgh bmasalah, tp i tak tanya pun kenapa, i kata i sgt boleh tolong 😇kami msj sampai 2 pagi, then tiba2 dia senyap mgkin ttidur, baru lah i sambung tidur.

Kawan i ni surirumah,
Ada 2 orang anak.
Bila dia kata nak bniaga,
I sokong dia ! Mcm awak semua serba tahu, i mmg sgt nak surirmh semua ada duit poket sendiri.
Walaupun dari rumah,boleh buat duit.


Mula2 i explain apa patt dia buat,
Kelebihan dia, apa perlu dia mulakan, segalanya i ajar.

Tapi dia kata
"Suami tak sokong aku nak mula niaga kin" kawan i ni mcm da sedih dn pts harap.

Dan i kata,
"Pecayalah, nanti da ada pelanggan, oder selalu masuk, suami org paling happy dn dia akan rasa bbangga"

Then kawan i mula niaga,
Sampai sekarang, laku wei !
Dn dia pn kata suami dia sgt bangga dn siap inform org2 ofis lg 😇

Allhamdulillah,
I pn tumpg bbangga dgn pniagaan dia skg, i pesan juga
"Bila ada masalah dlm bisnes, tu bmkna ada peluang utk lebarkn lg bisnes"

Kepada surirmh yg tgh baca blog i,
Jom mula ada income sdri even dari rmh ! Seronok tau, sambil main hp sambil duit masuk 😘


Tips mula bisnes :
Muka tebal, poket tebal

Tuesday, October 10, 2017

AKAN DATANG BIRTHDAYKU

Harini kaseh tak sekolah,
I ajak dia pi COD dan pos kerepek haha. Actually bukan sesaje memonteng, tapi pagi tadi serius busy, i nak siap kan pek dn bgkus sebelum tengahari, non stop i buat, 12.30tghari settle, tetibe incik lalan call ajak lunch same 😅

Incik lalan kalau ade anak dia,
Ajak lunch laa, itu laa, ini laa,
Cube kalau waktu lunch tu i yang ajak dia pi makan kedai tetibe, idok ler die mahu tau, ni siap dukong2 si B tu, nak suap makan ler, ishhh, sian i diketepikan hahahaahah


Apapun !
26 oktober ni besday i
This year i tak de nak buat2 lupe okeh, i direct cakap kt incik lalan "yang, 26oktober bitthday ayang, nk hadiah ! Bw ayang holiday"

Yes. I sangat perlukan holiday.
Ye i tahu tak mungkin la dapat cuti lama sbb oder kerepek sentiasa menimbun, so dapat 2hari1malam pn jadi lah.


Incik lalan bagi i pilih hotel dn dah pilih nnti dia bayar,
1st i nak pi grand lexis, hotel siap pool tu, best nye kalau i dapat jadi ikan duyong kat situ tnp tatapan sesiapa,
(Wpun hakikat sebnar i ni mcm ikan dugong huhu)

Ye plan tu mcm da 99% la confirm,
But then, customer mesej tnya bila nak pi KL, nak oder kerepek. Bukan sorang tapi ramai sbb dieorg niaga kerepek i.

Then laki i kata,
"Why not holiday kt KL, pilih hotel yg best lah, ada byk kelebihan, walaupun kelua duit tp akan masyuk bkali ganda" 🤔

Hmm, logik2,
Seronok juga ni,
So i pilih hotel di KLCC,
Yeay ! Boleh shopping2 yeay !


So uols yg nk jumpe i,
Area kl dn selangor,
Whatsapp i 019-6529329,
Free delivery uols !
Boleh la kalau uols nk selit hadiah utk i hahahaha

Saturday, September 30, 2017

TAHNIAH BOY

2minggu lepas, hadirkan diri dmajlis perkhwinab cousin incik lalan di the atmosphere sri kembangan.

Paling best kerepek lalan food menjadi goodies perkahwinan boy. Huhu. I rasa sangat berbesar hati dan nervous, biasa handle goodies pelanggan yang tak dikenali, tapi kalini dikenali, sangat tertib goodies yang i buat 😆


Dan paling best, sebelum sampai ke majlis boy, berduyun pelanggan nak minta COD kerepek, penuh oi kereta, syok ! Alang2 lalu dapat jugak duit, thats y kalau nk kemana mana i suka announce kat lalanfood sesapa nk kerepek, sambil makan angin, poket tak keluar angin haha

Majlis bermula pukul 8.30malam, ngam2 kami datang tengah bersanding, majlis yang sangat lah menawan, kalini i da cam siapa mak lang,sapa makanjang, haha kalau tak 55kli i salah menyahut 😆

Kalini bawa kaseh ke majlis, dia da pandai jalan berlari, peh, nasib baik i pakai tudung bawal, kalau i pakai shawl rasenye confirm dah compang camping. Fuh kaseh since sekolah, since da ramah ni, dia punya aktif kemain. Incik lalan kata "perangai mommy,muka ikut daddy" ceh 😒

Ok lah,
Nk wish, Semoga pak anjang cepat2 dapat cucu baru, semoga perkhwinan yg dbina bkekalan sampai syurga ❤️

YOU ARE MY FLASHLIGHT


I got all I need when I got you and I
I look around me, and see a sweet life
.
I'm stuck in the dark but you're my flashlight. You're getting me through the night
.
Kick start my heart when you shine it in my eyes.. Can't lie, it's a sweet life
.
Stuck in the dark but you're my flashlight
.
You're my flashlight


❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


Friday, September 8, 2017

SKILL BERCAKAP

Berkembangnya bisnes lalan food,
Semua orang tak terkejut 😆
Dieorang kata "ah ekin pandaiy bercakap"

Bile dengar statement tu, i rasa kelakar hahahah. I reti bercakap ke? Yela th bercakap tp kbiasaan apa i cakap semua benda merapu raban habis, i mengaku i banyak cakap tapi part "reti atau profesional i memang out"

Macam incik lalan dia tak banyak cakap, tak reti ramah tamah, TAPI dia ada kebolehan komunikasi secara profesionl (sbb faktor kerja),

So kami berdua selalu tak spendapat,
Contoh : pi petronas, tandas lelaki bkunci, tapi incik lalan nak terkucil, i suruh dia tany kaunter, tapi dia kata maluu la, segan la, nanti la, i bebel pksa baru dia masuk kedai petronas tu, tu pn dri kereta i tgk dia terpusing pusing konon nak cari barang. I geram, i buka pintu petronas dgn suara lantang i kata "DIK, TANDAS LELAKI KENAPA BERKUNCI? SUAMI AKAK NAK GUNA TOILET" then staff petronas bagi kunci toilet lain, tsumbat katanya, lalu slumber i kata kuat "YANG, NAH KUNCI,AYANG DA MINTAKKAN NI" hahahahahahahaha masatu incik lalan bebel kata i kurng asam ahhahahahaha padan muke, tu pun nak malu

Saya pula,
Part profesionl contoh nak bentang paper work ke, peh gile merapu, lain ditanya, lain i jawab, then laki i akan memintas dan explain 😆😆

Bukan apa, i takut salah cakap,
I memang banyak cakap tp banyak cakap macammana pun, i hati2 bila keluar statememt, i tak nak ade yg terasa hati, tak pun i merapu 😆


Kalau balik kedah lepak2 borak dengan saudara mara incik lalan, i lebih kepada sengih, almaklumla orang banyak mulut mcm i, i takut i terbuat lawak tak sepatutnya dan kemudian dalam otak i akan berkata "pebende hang cakap ni kin" 😆

Contoh, kat kedah, i selalu konfius antare mak lang dan mak anjang, dah lebih 5kali i berborak dgn mak anjang dan ingatkan tu mal lang. 😂😂😂 da borak2 rupenye salah orang HAHAHAHA. rase nak menyorok dalam bonet kerete 😆


Pastu klu gi kedah, i tak faham bahase utara, lain ditanya, lain dijawab, so better i diam 😆sbb kalau i buka mulut, i akan merapu 😜


Kat sekolah, i dn geng (kina,nab,maya,fendi) kiteorg mmg laaa banyak cakap, tapi since da dwse, mulut still laser jgak cume sblm apa i ucap, i pk perasaan kawan i.


Kalau dulu kat sekolah, slumber gelar orang itik la, batang mancis la 😆(ko nampak tak aku py joyah hahaha ni semua sakinah la ni hahaha) tp sekarang, tak, more profesionl,


Bab bisnes pula, kelebihan i, i tak malu berckap cume skill bercakap secara profesionl, i kene minta tunjuk ajar incik lalan. Kepada awak yang nk berniaga tapi "malu", ala buat je tak tahu malu... poket tebal, muke tebal 🤣😂🤣😂🤣

Monday, September 4, 2017

SUAMI SAYA

Rindu,
Suami yang penyayang dgn anak ni,
Suami yang kuat kerja ni,
Suami yang manje bile tidur ni,
Suami yang suke bebel ni,
Suami yang tak suke makan pedas ni,
Suami yang sempurna 8/10 ni,

Eeeee !!
Bile nak balikkk,
Tak ada geng nak ajak gosip, membebel, menyakitkan hati dan dipaksa makan haha


Almaklumla i kan jenis sayang gile kat suami, yee sayanggg sangat, sampaikan suami nak hantar seluar untuk dipotong pun i bebel jeles 😆😆

Saya : kenapa abang tak bawa seluar contoh atau bagitahu panjang utk dipotong ?

Incik lalan : ala hantar then dia ukur kan senang.

Saya : manaboleh ! Nanti di sentuh abang. Manabolh !! Eee tak boleh !! Tak booolehhhhhh


Nasib baik incik lalan tu fahm isteri dia ni memang jenis gile2 sikit huhu. Ade dia kisah ? Idok lerrr, hahaha

Bile jauh dari suami,
Rase macam bercinte semule,
Dengar HP bunyi, lari kelam kabut angkat phone, saling bertukar gambar, bergayut kat phone, saling cakap rindu acececece 😆😆

Bile tukar2 gambar, i siap cakap "pandai lah ayang jage suami, makin segak" then suami balas "pandai abang jaga isteri makin tembun"
😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑


Part kesian, kat kaseh,
Nampak kereta incik lalan kat garaj asyik cakap "daddy, daddy, daddy" bila tgk gambar incik lalan dia sengih2, bila tgk video incik lalan dia gelak besar, rindu lettew **ok mak dia yang rindu. 😜

Saturday, September 2, 2017

KE KLIA


Incik lalan dah terbng ke london,
Kalau biasenye driver hantar ke airport, tp skg i kan tak bkerja, so i lah yang hantar dan jemput kat airport..

Incik lalan asyk cakap "nanti sayang keliru tak habis2" geram i. Actually senang je,


PARKING UMUM / SEBENTAR / SHORT TERM DI KLIA


Meh nak ajar awak semua,
Untuk parking "SHORT TERM" atau dalam bahasa melayu, parking sementara je, awak boleh pilih BLOK B atau C.. blok A boleh juga masuk tapi lebih kepada parking untuk long term. 

BLOK A : parking lame
BLOK B : parking umum 
BLOK C : parking umum 
BLOK D : parking staff

Antara parking blok B dan C, saya tak kan pergi parking blok C.. haha. Entah la, dok baca review fiksyen syasya tu, kecoh kate parking blok C berhantu, fuh lega tak masuk lot parking sana dah la 1pagi kot saye gerak balik dari hantar incik lalan 😅

Cara pembayaran, guna touchNgo boleh, guna tiket (coin) pn boleh. 

Saya parking di lot (B-B-2), Parking area bdekatan dgn liff then terus naik ke tingkat 5 untuk melantak makan2 dan tgu incik lalan checkin beg dulu sebelum incik lalan fly. 

=========================

Dear husband,
Bacakan ? Nak beg LV pelissss 🤣
Mommy janji naikkan sale kerepek 😋😋😋😋😋

Love u,
FatinFashiekin






Sent from my iPhone

Monday, August 28, 2017

SELAMAT PENGANTIN BARU BOY !

Allhamdulillah selamat pergi balik dari melaka ke kelantan, fuh,, walaupun agak busy, tapi ikatan tali persaudaraan tu lagi penting dari segalanya kan 😘


Gerak ke kelantan 2petang, sampai pukul 12.30malam.. sampai lambat sbb stuck di kuantan, konon nak makan sekejap, tp jalan jem, fuh, kebas laaa saraf badan.


Kami stay di hotel kota bahru, best gile ! Breakfast pagi2 kat rooftop, sambil hayati view kb, then sebelum checkout sambung tidur hahahaa.


Serius tak ada pusing2 KB pun,
Incik lalan ajak juga ke pasar siti khadijah, tp calculate masa, tak sempat, sebab sebelum zohor nak berkumpul di homestay. Nak ajak incik lalan stay lagi one night kat hotel pun mmg tak dapat juga, sbb oder kerepek bertimbun, nak raye haji kan hehe. Allhamdulillah.


Apapun, tahniah boy !
Boy ni sepupu incik lalan,
Anak kepada pak anjang.


Ha tahniah juga pada cak,
Kakak kepada boy,
Mr dan Mrs Pilot, tahniahhh ❤️


Semoga kekal bahagia sampai syurga ekin ucapkan pada kalian 😇😇 jumpa next month utk resepsi belah lelaki pula ye 😘

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...