FOLLOWER

Tuesday, May 10, 2016

BILA DADDY JAGA BABY


Ahad lepas incik lalan jaga B,
Sebab mama ke KL,
Saya pula tak nak lah kacau hujung minggu pengasuh, saya pula kerja.
(actually pengasuh suruh je hantar kat rumah dia, tapi saya tak mau. Hehe)


Saya :
Yang, awak je lah harapan saya nusa dan bangsa, tak ada sapa lagi boleh tolong, tak kan nak letak baby pada orang kita tak kenal (tipu sunat haha)


Incik lalan :
Kalau B da besar ok la, ni newborn lagi. Caneeee niiiiiii. Tak pernah x de mummy.... caneee niiiiiiiii........ caneeeeeeeeeee" 


Dn at last incik lalan terpaksa redha utk jaga B,
Ala, okey je 2 beranak tu,
Cuma tiap jam incik lalan mms gambar B kat saya.


Sikit2 caption :
"B da mandi"
"B tgh tidur"
"B beyak"
Semua benda dia report.


Dan bila dtinggal 2 beranak camni,
Barulah si daddy tahu penat jerih jge budak,
Selama ni dia kata "klu dia ngis, bia je nt mesti diam" 
Skg bile kt rmh b2, kencing pn incik lalan panik huhu.


Keadaan rumah jgn cerita lh kn,
Mcm tsunami,
Pampers sane sini,
Baju B dipunggah.
Daddy oo daddy.
Saya tk marah pun, 
da mmg tu hakikat seorg lelaki, ye tak :)


Ingt kn incik lalan panik, x sangke,
Dua beranak ni siap ke jusco,
Siap mkn kt nsi lemak special jasin,
Hebat2.


Oleh kerana daddy hebat,
Ahad ni dia kena jaga B lagiiiii,
Sbb rumah tok knduri,
Mama nk rewang.
Tq daddy!!,


Daddy terus buat "muke berpeloh"
Hahahaha


Mummy,
Ladu faizal



SELAMAT HARI IBU



Happy mothers day buat my mom!!
Terima kasih jaga akak dari akak dilahir tak cukup bulan sampai da akak dah beranak‎ pinak ni hehe


Terime kasih sebab sabar layan karenah kakak dan adik beradik, sentiasa ada bila diperlukan, sentiasa menjadi penyelesai masalah bila bermasalah.


Terima kasih juga sebab sentiasa sharing and caring shawl2 / tudung / maxi skirt dan baju-baju. Hahaha.


Terime kasih sebab mama ajar akak memasak, dari akak tak tahu masak sekarang akak dah tahu semua walaupun bila tiap kali balik rumah pagoh akak malas masak sebab akak suke makan masakan mama.


Terime kasih sebab pasal mama lah akak boleh jadi isteri yang baik pada lan, tahu nk uruskan suami sebaik mungkin, sentiasa pastikan suami dalam keadaan terbaik.


Terime kasih atas segala-galanya,
Kalau nk cerita lagi. Panjang.
Semoga mama halalkan segala susu dan apa jua pemberian mama pada akak.
Semoga mama dikurniakan kesihatan yg baik, panjang umur dan sejahtera dunia akhirat.



Terime kasih mama!!!


Kepada mak mertua pula
(semalam dah call)
"Terima kasih sebab jaga suami ekin,
Dari kecik sampai besar sebaiknya"
:)



Selamat hari ibu buat mama dan mak mertua! 
Ekin sayangggg dua2!!
:)



Lady faizal,
Fatinfashiekin



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, May 8, 2016

JIRAN SAYA BAIK HATI

Bagus jiran2 kat jasin ni,
Ade je juadah nak bagi,
Bertimbun mangkuk kat rumahbx terbalas balas lagi.


Yela, mane sempat,
Kalau sempat pun weekend,
Tapi biasenye weekend saya masak x sempat ketepikan dah habis.
Haha


Bukan jiran yang sama tau bagi,
Berasingan. Bagus betul semangat kejiranan orang jasin ni ea.
Kalau kt kg saya,
Tukar2 juadah bila ramadhan je.


So mcm biase,
Ke jusco..
Cari brang dapur,
Bersemangat waja mbalas juadah lauk pauk jiran tetangga.


Dalam masa yang sama masakkan lauk utk abah dn adik,
Mama gi kl balik lambat,
Rumah pakcik ada kenduri.


Saya masak :
-asam pedas ayam
-sambal udang
-bawal goreng
-kangkung goreng belacan


Pukul 11pagi sebelum g kerja,
Jalan kaki dari 1 rumah ke 1 rumah,
Pas dah siap, tepuk bahu suami dan kata "nasib bini pndai masak" sambil mata keatas hahhaah


Kejiranan kami serius bagus,
Cuma, kawasan kami banyakkk cicak,
Mungkin faktor warna rumah iaitu kuning. Huhu

Friday, May 6, 2016

KASEH ANEEQA FARZANA





Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah anakanda beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah anakanda beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela


Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah anakanda beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah anakanda beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa



mummy,
fatinfashiekin


ULANGTAHUN PERKAHWINAN


ok nak share tentang perjalanan menyambut anniversary,
actually seminggu diri dihantui ketidaksabaran untuk myambutnya,
gileee tak happy,
bukan selalu suami nak sosuwit sosuwit ni haha


puas ler iols dok cerita anganan iols
puas ler iols dok cakap
"bestnya klu ade bunga ros tabur2 atas lantai"
"bestnya klu ada bunga ros atas katil"
"bestnya klu ada bunga ros kat bath tub"


tak sangka !
incik lalan melayan permintaan saya ni,haha
hotel bagi free decoration utk our anniversary
*sengih lebar-lebarrrr*



sampai je hotel saya dah tak sabar2
nak masuk bilik,
masuk je bilikkkkk..
bau harum mewangi semerbak !
tgk kaki, yeay ! ada kelopak red roses !
terus ke toilet, yeay ! ada red roses dlm bath tub siap ada lilin aromaterapi !
atas katil pula, yeay ! ada angsa dan kelopak red roses jugaaa !
happy tahap terkinje kinje,
tetibe laki iols jerit
"yanggg, baby beyakk. baby beyakkkkkk.. busukkkkkk"
hmm, potong betul lah, haha


dah settle part bby,
terus lah bergambar romantic '


terus kata pada suami I love you,
terus kiss pipi suami,
suami sengih2 sambal kata 'jgn upload gmbr saya'
that's y saya upload sipi2 je muka dia,
konon misteri hahhahah





hadiah anniversary untuk suami adalahhhhhhhhh--
"kaseh aneeqa farzana"

saya : hadiah utk abg saya bagi baby tau

incik lalan : ngelat, tu hadiah dari saya juga !

saya : eh penat saya bersalinkn dia tau, nk push.

incik lalan : tipu, awak kata bsalin x sakit pastu 10minit je pula tu.
kalau macamtu, nak tambah lagi sorang ! nnti msti dia lahir 27januari juga kan,
best tu tarikh sama


saya : ********blur**********



I love my daughter and I love my husband !!!!!!


lady faizal,
fatinfashiekin












Wednesday, May 4, 2016

NIKMAT APA LAGI NAK DIDUSTAKAN ?

Nanti saya update entry honeymoon ye :)



Selepas balik myambut anniversary,
I duduk, relax, tengk sekeliling,
Tenung suami yang tengah tidur,
Tenung anak yang tengah tidur,
Tenung segala kebendaan disekeliling.


Perkahwinan yang bahagia.
Suami yang sangat sempurna.
Anak yang comel dan cantik.
Rezeki yang sentiasa mencukupi.


Then hati i kata :
"Nikmat apa lagi harus didustakan"


Allhamdulillah
SubhanaAllah
Allahuakbar


Thankyou Allah for everything,
Selama ni i nangis bila ditimpa masalah, but now i'm crying atas segala nikmat disekeliling.


Masa incik lalan dah g kerja,
I mesej dia,
I kata terima kasih atas segalanya.
I kata yg i akan jd isteri untuk sama2 ke syurga.


*aku tak baik, tapi Allah selalu tunaikan semua permintaan aku. Aku jadi sangat malu*


Lady faizal,
FtinFashiekin


Sent from my iPhone

Sunday, May 1, 2016

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Indah saya tidak pernah akan ada makna tanpa awak.


awak kawan baik saya.
teman ketawa saya.
teman menangis saya.
teman bergaduh saya.


Ribut, Petir, Guruh, Hujan, Kemarau, apa jua, tetap kekal bersama hingga ke akhirnya, ok?‎
‎‎

kekasih,
jangan berhenti cinta saya.
selamat tahun pertama.


*entry penuh nnti ye,
Tgh bbulan madu ni, sempt upload kt instgram dgn fb je :)

Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...