FOLLOWER

Thursday, December 10, 2015

DIA BALIK KEDAH



Orang sebelah balik kedah ambil anak-anak,
Alaaaa-- asyik kena tinggal. Nak ikut balik kedah.. since kahwin, baru sekali balik kedah, tu pun raya, lepastu terus mengandung, then masalah uri kat bawah, bila masalah uri dah settle, saya pula dah sarat.. syok nya kalau dapat ikut! 


Rindu bendang--
Rindu mak ayah--
Rindu kakak, ita, dikmat--
Eceh------
Padahal rindu somi.
Haha.


Bila nak balik melakaaaa? 
Dah rindu bau ni,



Entah camna ea,
Anak2 incik lalan panggil incik lalan "abah/ibu".
Saya nk train anak saya "mommy/daddy"
Bukan apa, nk guna abah,
Saya dah ada abah dah pun,
Mama pun dah ada..
So 25 tahun hidup dah biase bebenar dengan sebutan mama / abah,
Nak ler jugak tukar ;p



Nak sebut abi/umi,
Eh! Nama ex aku tu,
Gile ko. Hahahaha.



Lady faizal,
FatinFashiekin



AIR KETUBAN BANYAK


Harini appointment dengan pakar,
Allhamdulillah, uri dah naikkk..
No wonder lah this month tak ade bleeding macam last month. Rupanya uri dah totally naik. Allhamdulillah. Rezeki nak bersalin normel terbuka luas nampaknya.


CUMA,
Doctor kata air ketuban banyak.. tapi bukan dalam kadar merisaukan. Air ketuban berlebihan pada bacaan 20++.. air ketuban normel 8-20.. air ketuban kurang bacaan 8 kebawah.. saya punya bacaan 20.. doc kata still normel dan kena follow up kat klinik kesihatan. Selagi belum 36minggu, boleh bertambah doc kata (-_-)


Camna boleh banyak air ketuban? 
Doc sendiri tak ada jawapannya. 


Saya rasa perut kecik je, macammana boleh air ketuban banyak ea? So disebabkan air ketuban banyak, doc suruh saya continue dengan kk dan minum air gula.


Next appointment saya masa 36minggu pregnant, dah 36 minggu perlu ke minum air gula? (-_-) dah nak bersalin kan, tak yah lah..... nanti nak pujuk doc kk lah.. haha..



Bila saya tidur dan tukar posisi, incik lalan terjaga dan kata "ishhhh.. tidur betul2.. jangan ubah2 posisi.. air ketuban awak banyak, kesian baby tengah sedap tidur tetibe terapung-apung".. hahahah. Rase nk debik je dia tau dengar dia cakap macamtu. 


Lady faizal,
FatinFashiekin



Wednesday, December 9, 2015

8 BULAN MENGANDUNG

Allhamdulillah, sekarang dah 8bulan pregnant,
InsyaAllah bersalin hujung bulan depan atau awal bulan 2. saya dah ambil suntikan ke2 untuk kancing gigi. Allhamdulillah sengal sikit je tangan ni.


Sekarang, semua persiapan dah pun settle. KECUALI tilam baby dan bath tub, nak tunggu supplyer datang farmasi. Oder je dengan supplyer, lagi senang. Saya ni cerewet sikit, lagisatu, malas nak berjalan lah. Better dengan supplyer. Senang dan mudah. Segalanya dihujung jari, pilih je dari katalog, 


Persediaan beg bersalin utk dibawa ke hospital pun dah siap. Mama saya siapkan. Untung still balik rumah family, semua mama settle kan. Tu pun mama dah suruh standby letak dalam kereta saya asyik hang kan je. Macammana agaknya orang yang kat perantauan jauh dari keluarga kan. Kalau saya, cnfirm nangis.



Nak share simptom2 sepanjang mengandung 8 bulan ni :

1) kaki mudah lenguh :
Last week pergi wedding kawan, rumah dia atas bukit yang tinggi, so kena jalan kaki naik ke atas, parking kereta dah lah jauh kat bawah. Gigih kaki menapak, sampai lenguh dan rasa kebas kaki + tercungap. Macammana next week nak jalan2 dengan family dan anak2 ni.. 


2) rasa nak pitam kalau duduk / berdiri lama :
Bayangkan, duduk diam kat klinik kesihatan dengan selesa pun saya boleh rasa tetiba pandangan kelam, rasa nak pitam. ‎Terpaksalah kejap bangun kejap duduk. Rase peluh sejuk tu basah kat muke. Tapi HB saya cun, 13 tau! 


3) sentiasa rasa panas :
kalau nak tidur, saya orang paling banyak merungut, panas-panas-panas, terpaksa mandi berulang kali. Kat farmasi, saya tukar air cond kepada 17 sebab tak puas dengan suhu yang tinggi. Bila rasa panas, tu pun jadi punce saya rasa nak pitam.


4) susah tidur :
Malam susah tidur -- siang susah bangun.. serius kualiti tidur jatuh menjunam. Tidur tak selesa, bila tidur telentang incik lalan bising sebab saya akan ngadu sakit tulang belakang. So saya tidur mengiring kiri dan kanan. Bila tidur mengiring, baby pula menendang macam tak setuju dengan corak tidur saya walau saya dah sendal perut dengan bantal. At last, tidurlah saya dengan gelisah. Asyik2 "ehek.. ehekkk.. ehekkk..." minta perhatian suami. Nanti suami pun urutkan badan, padahal bukan sakit badan pun, saje je suh suami urutkan sampai khayal tertidur.


5) tulang pelvic sakit :
Pelvic atau kangkang sakit. Bila nak alih tidur dari kiri ke kanan, atau kanan ke kiri. Peh dia punya sakittttt... sampai kerut-kerut muka menahan sakit. cara saya buat kalau nak tukar arah, tolak punggung guna tangan.. tak boleh bagi tekanan pada otot pelvic..


6) rambut dah tak gugur :
Baru perasan, since pregnant, saya tak ada rambut gugurrrr. Terperasan pun sebab incik lalan shave misai dia. Tengah perhati-perhati, baru terperasan, dah lama tak jumpa rambut gugur! Waaa, suka-suka-sukaaaa. Sebut pasal rambut, incik lalan dah kata "nak bersalin ni, tak nak potong rambut ke? Dah panjang sampai pinggang, awak tu, tak pantang, masuk wad haritupun lorat saya yang kena sikat rambut awak, sepitlah, baik trimm awal, mudah kan awak nanti" saya kata "tak boleh-- pantang jawa, tak boleh kena kan apa2 pemotongan pada rambut, orang tua2 kata takut bersalin bedah pula nanti.." haha. ‎


7) saya benci lelaki dewasa yg banyak songeh :
Ye, tak suka lelaki dewasa. Aneh kan? Tapi xde lah tak suka semua lelaki. Just yang annoying laa..


8) mudah letih / tercungap ketika bernafas :
Sekarang kat farmasi sempena hujung tahun, ada cek stok, saya ni mengira pun cungap-cungap. Contoh kiraan 1-52 kan, sampai 30 saya dah mengah-mengah. Sangat orang tua ;p



Ok, apapun, semua yg saya share ni bukan keluhan ye. Hanya menceritakan apa terjadi. Saya tahu, mesti ada juga yang cari simptom2 perubahan kehamilan bulan ke bulan. Sebab saya pun cari, nak bandingkan, normel atau tak.




Lady faizal,
FatinFashiekin

Tuesday, December 8, 2015

PUTERA JOHOR

Satu2nya anak raja yang akan dikenang sepanjang zaman, Anak raja yang penuh rapat dengan rakyatnya, Tanpa mengira status darah yang mengalir dalam tubuhnya. 



Patik turut berdukacita atas kemangkatan Almarhum YAM Tunku Laksamana Abdul Jalil. Tiada yang dapat diungkapkan bagi mengambarkan dukacita sebagai anak jati johor.



Al‎lahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu
"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"‎



A good heart has stopped beating. A good soul ascended to heaven. We part with our beloved Young Prince in Pain. We will never forget you YAM Tunku Abdul Jalil.‎


Alfatihah

Saturday, December 5, 2015

MOVIE WITH LOVE



Semalam kat melaka, hujan lebat sangat lebat,
Jiran rumah kami yang saya cerita ( http://fatinovela.blogspot.my/2015/11/alkisah-tentang-jiran.html?m=1 ) yang meninggal tu, ingat tak? Semalam ada penyewa baru masuk. Cepat betul melaka ni kalau bab2 rumah kosong. ade je yang masuk.


So semalam bisik-bisik dengan incik lalan dan kata "confirm penyewa ni tak tahu tragedi 2 minggu lepas, kalau tahu, tak berani punye nk sewa".. incik lalan gelak2 je sambil kata "shhhh, perlahan kan suara, kantoi nanti" haha. Actually tak salah pun nak duduk rumah tu, daripada dibiarkan kosong, saya juga yang seram. Seronok! Ada juga jiran. Kalau incik lalan pi kebun, tak adalah saya takut :) 


Hujan lebat reda dalam lepas maghrib,
saya pun baring-baring lah depan tv, melepaskan kelelahan, sekarang saya cepat mengah, rase tak cukup nafas. Tengah-tengah baring, incik lalan ajak midnight movie (-_-") Allahuakbar. Kalau ikutkan rasa hati, malas sebenarnya hoi, sbb dah mengantuk dan letih, balik dah sah pukul 1pagi.


Tapi, memikirkan keinginan suami, kesian pula kat dia. Memang lah dia asyik kata "sayang letih tak? Kalau letih tak pa lah.. letih tak? Sian sayang..".. saya balas "tak.. jom lah..".. 


Bukan apa, sian kat incik lalan, InsyaAllah hujung bulan depan saya bersalin, lepas bersalin entah bile nak pi tgk movie, paling awal pun tunggu baby 5 bulan, tu yang gagahkan diri juga teman suami pi tgk movie. Walaupun hakikatnya, juta kali duk menguap masa bersiap. Haha.


Sampai je panggung wayang, saya ceria dah! Kemain lagi kan, tadi konon letih, boleh shopping, tenaga tu macam dicas-cas. Haha. Sementara tunggu waktu tayangan, pergi jalan-jalan dan beli barang. 


Cerita yang kami tengk "Hunger Game" memang best! 5/5 bintang.. sebab apa saya suka, sebab ending tak tergantung. Biaselah cerita omputeh, kebanyakkan mesti tergantung. Tapi utk hunger game ni, memang terbaik!!!!! 



Lady faizal,
FatinFashiekin


MENU JUDAH WEEKEND SIMPLE



Juadah weekend,
Memang simple, tapi saje nak share.
Hehe. Eh, bukan senang juga tau nk pikir juadah, saya ni kadang2 sampai tanya mama "esok nak masak ape ye".. dn macam yg saya pernah cerita, my suami bab makan bitt cerewet. Tak suka makan masak lemak cili api / tak suka makan asam pedas..
Senang kata, segala menu wajib yang ada kat kedai makan, dia tak suka..


Tapi, weekend ni, saya buat juga masak lemak cili api. Tapi, demi suami tercinta yang tak tahan pedas, saya letak lada cuma 2 biji sahaja..  haha.


Menu saya :
1) ikan masak lemak cili api
2) kailan udang
3) bawal goreng kegemaran suami


Incik lalan memang suka bawal goreng,
Kalau saya, suka masak berlada ke, sweet sour ke, 3 rasa ke.. dia suka goreng camtu je.. layan kan je lah.‎


‎Aha, ada menu lain juga petang tu,
"Bubur keledek"..
Tapi tak ambil gambr,
Dah kenyang makan nasi,
Hilang nafsu kat bubur hehe



Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, December 1, 2015

DOKTOR TANI



Saya ni konon lah jadi PA suami bahagian marketing, bincang2 dengan dia yg kite kene explore dunia online bab pertanian, bantu usahawan yang baru nak naik..


daddy cookies page yg saya buat untuk dia pun dh dapat 1300++ like tanpa buat apa-apa. So ni, saya saje je create page untuk pertanian suami tu.. kiranya, kami ni pembekal lah..


Tetibe,
Sambutan not bad,
Tapi maaf lah ye,
Stok orang dah booking untuk bulan 12 ni,
Bulan januari pun, sapa cepat, dia dapat ye.




Lady faizal,
FatinFashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...