FOLLOWER

Thursday, November 12, 2015

HAI NOVEMBER 2015

Untuk bulan november,
Ada 4 kali weekend.
Iaitu : ‎7/14/21/28


Tak disangka, kesibukkan akan menghantui diri,
Baru plan nak ambil kakak dan adik. Tapi, apakan daya. Huhu.


14hb :
Adik ipar nak datang rumah, ajak cousin belah arwah mak kandung suami (mak fauziah).. so ofcz lah this weekend memang busy melayan tetamu.‎


20hb :
My lovely cousin khwin. Ofcz wajib hadir. Cousin okeh. Masa saya kahwin, dia datang memeriahkan majlis. Dan saya mestilah join rombongan belah perempuan.


28hb :
Best friend masa sekolah rendah pula kahwin. Wajib lah hadir. Best friend ni. Gile tak datang. Kena maki bertahun nanti. Haha


So InsyaAllah,
Bulan 12 baru bawa kakak adik datang melaka. Masa kakak adik dtg melaka. Saya dh pun 8 bulan mengandung. Banyak tempat saya usulkan pada incik lalan untuk bawa anak2. Tapi kena marah "ishhh, ingat sikit awak tu dah boyot" ‎


-nak ajak gi pantai pun dia bising kata "sana panas, nanti awak rasa nak pitam"‎
-nak ajak gi waterpark dia bising kata "sana tempat semua tinggi-tinggi, jatuh nanti"
-nak ajak gi pulau-pulau dia bising kata "dibuatnya nak bersalin nanti, tk kan nak bersalin dalam feri"


(-_-")


So lepas dia bising-bising kata mengandung tak boleh jalan. Saya pun kata lah :
"Lepas bersalin, 1st anniversary next year, bawa saya ke ****** nak. Jom lah!"


Dia balas pula :
"Baby baru 3/4bulan. Mana boleh nak bawa naik flight‎.. tak baik untuk gegendang telinga dia.."


Adeee jeee laaa alasannnn (-_-)
Baru nak ber baby-moon..


So, maybe akan ke tempat yang anak2 boleh bermain berseronok. Untuk saya pula, kalau penat, naik bilik. Syok-syok. hai disember, be nice to me ye.  ‎


Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, November 10, 2015

MY BEST FRIEND PREGNANT


Ingat lagi pagi saya nikah,
Saya kata :
"Anak kita mesti kena sebaya, kena sepasang, tau"


Masa tu my bff dengar dia kata "InsyaAllah"
Lepastu mak bff balas "ekin berjanji dalam waktu lepas lafaz nikah. Masin nanti mulut tu"


Dan last month,
Dapat good news
Dia tunjukkan UPT test dia! 
Allhamdulillah! :)


I'm too happy too much,
2 tahun dia tunggu, dn Allhamdulillah,
Allah makbulkan doa kami.
Dan paling best, anak kami akan sebaya! :)


Geng macam saya dan dia,
Puas saya pesan :
-jangan naik tangga selalu
-jangan angkat barang berat
-jangan berdiri lama
-jangan kerap bersama utk awal ni. Hahaha.


Semoga segalanya selamat,
Happy for her! 
Saya nak anak perempuan,
So dia mesti anak lelaki okeh ;p


Lady faizal,
FatinFashiekin

‎‎

Sunday, November 8, 2015

7 BULAN MENGANDUNG

Cepatnyaaa dah 7 bulan mengandung!! Saya sendiri macam tak percaya. Rasa macam baru je turun dari pelamin. Rasa macam baru je buat UPT test. Rasa macam baru je buat buku pink. Tak sangka dah 7 bulan berlalu *senyum malu*


Saya dah ambil suntikan kancing gigi pertama. Allhamdulillah. Kalau tgk review kat blog semua kata sakit lah, tak boleh buat kerja lah, kebas lah tangan, nak demam lah, mcam-mmacam review yang menakutkan. Tapi, berdasarkan pengalaman saya, tak sakit mana pun. Rasa suspen je. Yela, sebelum inject nurse kata "masa jarum masuk tak sakit ye" (masa ni jarum dh masuk so saya pn kept positive) tetibe nurse sambung ayat "masa ubat masuk je sakit sikit" (masa ni rasa panik lah).. but then, eh, xde sakit mana punnnn... maybe juga sebab dah niatkan nak yang terbaik untuk kandungan.. so segala onak ranjau ke atas diri ku sanggup ku tempuhi asalkan baby sihat sejahtera.. cewah! haha.‎


Untuk minum air gula pula, Allhamdulillah, masih tak disuruh. Kerana berat badan saya naik secara cantik dan menarik + HB saya pun cantik. Ada juga review kat blog mengatakan nanti akan kena juga minum air gula, saya pn tertunggu-tunggu juga. TAPI, selamat. Risau juga sebab pregnant ni i'm craving for choclate, ais krim dn minuman bergas.


Dan sekarang dah mula kena kira pergerakkan baby dalam perut. Berapa kali dia tendang :) dn lepasni, appointment dengan KK setiap 2 minggu. 




Antara simptom 7 bulan yang saya alami :

1) baby semakin kuat menendang :
Sebelum ni baby aktif malam je, sekaranggggg... asyik tendang-tendang-tendang.. dan i'm happy.. tendang lah baby, mommy suka :) 


2) masalah susah tidur :
Masalah ni memang berat bagi saya, sebab tanpa tidur yang lena, saya akan bertambah letih. Susah sgt nak tidur. Bila suami urut pn saya still rasa tak selesa. Rasa posisi tidur serba tak kena. Rasa rimas + rasa sakit badan + rasa lenguh + tak mengantuk. 


3) ‎tampalan gigi pecah :
Haih. Dah masuk 3rd trimester ni la gigi jadi rapuh (-_-") dh refer doctr gigi, semua tak mau buat. Dia minta saya "bertahan" sahaja sebab lubang tak serius. Kalau sakit baru jumpa doctr gigi semula.‎


4) kaki kejang ketika lena tidur :
Part ni memang boleh buat mnangis. Tengah-tengah syok tidur, tetiba terjaga sambil jerit "kaki kejangggggggg".. incik lalan akan bangun terkejut dan cepat2 cari kaki saya, dn lepastu kena marah "jangan bengkokkn, jangan bengkokkan".. lepastu saya tak nak bengkokkan, pastu incik lalan marah "ni kalau saya tak ada macammana? ".. lpas 1 minute dh ok, saya kata "dh ok, nak sambung tidur" haha.


5) Pening bila banyak berjalan / situasi panas :
Bila kat shopping complex, sementara tunggu incik lalan belek barang. Kadang2 saya bersila je kat atas lantai supermarket. Mula2 incik lalan bising. Tapi saya kata "klu bdiri lama-lama nanti pening dn penat, nnti saya ajak balikkk je, awak yang rimas".. pastu dia balas "betul juga tu, ha, tak pe, bersila lah.. jangan ganggu saya" 


‎6) sembelit :
Serius rasa tak selesa, nk meneran sangat, takut. Sbb saya kan ada kes uri kat bawah. Pastu kerap bleeding. Risau..  


Semoga dipermudahkan perjalanan kandungan saya, dipermudahkan bersalin, di beri kesejahteraan kesihatan kepada saya dan baby dalam kandungan. Amin.



Lady faizal,
FatinFashiekin

BANCA'AN SELAMETAN ( DOA SELAMAT HAMIL 7 BULAN)


Sebagai masyarakat javanese yang pekat. Haha.
Adalah menjadi suatu adat untuk membuat doa selamat sempena kandungan mencecah 7 bulan. Dengan niat dipermudahkan bersalin, sihat sejahtera si ibu dan anak. Senang kata, semua dipermudahkan lah.


Bagi masyrkat jawa johor macam saya ni, tak pelik sebenarnya dengan adat sedemikian. TAPI, suami saya dia pelik, ‎dia‎ nama je duda anak 2, tapi sometimes saya rasa macam kahwin dengan orang bujang. Tapi maybe sebab dia orang utara, adatnya bbeza dengan saya. Tambahan pula, doa selamat utk hamil 7 bulan ni tak wajib pun. Ikut kemampuan. 


Pada mulanya my mama nak buat kenduri besar-besaran. Tapi bila dengar perkataan "‎kenduri"dn besar-besaran, menjemput sekalian orang kampung + ada aktiviti munjung makanan dari rumah ke rumah, saya rasa tak syok buat bsar2. Sebab niat saya hanya ingin buat yasin doa selamat menjemput jemaah masjid, jamu mereka dengan makanan, dn minta didoakan dipermudahkan bersalin dn sihat sejahtera si ibu dn anak.


Tambahan pula sekarang saya 7 bulan mengandung, belum bersalin pun.. so thaty nak buat simple je. TETAPI saya dah plan, sebulan selepas saya bersalin, majlis aqiqah dn potong jambul akan terus dibuat! Hehe. Masatu, nak buat besar-besaran dah dapat green light dah dari suami. Baru lah boleh meraikan :) tapi suami still kata "no pelamin-pelamin ye" isshhh, tak fun lah daddy ni. Haha.‎


Persiapan majlis doa selamat hamil 7 bulan ni, banyak diseliakan oleh mama dan abah. Thanks to them. Kalau menunggu saya ni, memang tak menjadilah. Mama abah dan suami banyak sponser. Saya lebih kepada tukang tengk. Eh, saya kan ibu hamil ;p


Menunya adalah : nasi keluban (makanan adat jawa), kalau kenduri buat nasi ambeng. So nasi keluban ni lebih kepada majlis kecil / doa selamat / meraikan sesuatu. ‎Dan mama buat bubur merah (juga makanan adat jawa)..


Allhamdulillah majlis berjalan lancar.
:)


Lady faizal,
FatinFashiekin







Sent from my BlackBerry 10 smartphone.‎

Thursday, November 5, 2015

PERLU KE CEK HANDPHONE SUAMI?



Tengahari tadi,
Tengah scroll2 fb, terbaca status OH BULAN,
Mengenai "perlu ke check hp suami"..


Perlu ke check hp suami? 
Jawapan saya : PERLU.


Bagi saya yang telah mempunyai suami,
Sejujurnya saya selalu check email / whatsapp dan mesej suami saya. Yes, selalu.

Dan,
Suami saya tak heran pun.


Bahkan,
Suami saya ada perangai,
Dia cukup malas untuk buka email / whatsapp dan mesej yang dia terima. Kadang kala saya yang bising.


_______________________________________

CONTOH 1


Saya : ni encik khairi mesej nak minta awak bagi copy dokumen ni. Dia mesej 2 hari lepas tau. Sian dia tunggu, mane tahu urgent.

Incik lalan : hah! 2hari lepas, alamak, tak siap apapun dokumen tu lagi

2hari kemudian,.

Saya : dah siapkan dokumen yg incik khairi nak ?

Incik lalan : ala lupe! Malamni-malamni baru balas mesej dia.


Saya : (-_-")
________________________________________

CONTOH 2 :

Saya : ni sham mesej cuaca mendung, nak kena gi kebun tak. Skg dah pukul 9malam dah. Awak kat rumah, kesian sham‎ agaknye sorang-sorang kat kebun.

Incik lalan : hah! Yeke! Balas kan kata tak yah gi kebun

Saya : (-_-")

_______________________________________

Kadang2 kalau saya hantar whatsapp pada incik lalan, saya kena call dahulu dan kata "tengk whtsapp".. ha, baru lah dia buka. Kalau tak. Seminggu lepastu baru dibuka, tu pun saya yang buka sendiri guna hp dia. Haha. Apalah nasib aku.


Ye, dia aneh sikit. Tambahan pula skg whatsapp ada macam-macam group. Dia rimas. So dia ambil iniseatif untuk "silent 1 year" semua group whtsapp. Haha. So kepada sesiapa yg invite incik lalan dalam group whtsapp, dont worry, anggap je dia tak wujud ;p


So, apabila incik lalan jarang buka mesej / whatsapp dan email. Maka, saya lah setiausahanya utk balas mesej2 yg dia dapat. Kadang2 dia cakap, saya jadi tukang taip.


Bila baca komen2 kat OH BULAN mengatakan si isteri yang kerap cek hp suami adalah mengongkong. Bagi saya, bergantung kepada siapa suami anda. mcm saya, suami saya balik kerja hp dia slumber je letak merata. Yela, bukan kaki tgk whtsapp / email / mesej. Dn dia lgsg tak heran, saya pula bila balik rumah mmg melekat dgn Hp suami, sbb kamera hp dia cantik wooo, mmg sy slu pinjam hp dia utk update gambr di blog / facebook dan instagram.‎ 


TAPI, saya thu, ada sesetengah‎ suami yg jns melekat 24jm dengan hp, so bbincg lah, terangkan kenapa awak kena tgk hp dia. Yela, tak berbincang lah boleh buat gaduh. Korang je tahu perangai suami korang.


Tapi part hp saya, suami memang tak amik port. Dia tak heran, sebab dia tahu isteri dia ni histeria dengan dia. Depan mata pun saya boleh kata "rindu kat awak laaaa" hahaha. Ada juga lah saya kawan-kawan lelaki. Tapi saya akan ceritakan seorang demi seorang demi sorang. Almaklumlah iols ni kepoh, so kalau dalam kereta tu kuat bergosip dengan suami. Suami iols pn dh bjangkit juga lah perangai iols.

pesanan :
"Sayangi suami anda, ia hak anda, kenapa perlu ada tembok antara suami isteri? Sepatutnya adanya pkongsian, dh namanya rumahtangga. Kan"


Ok lah,
Tu je pandangan saya.
Bye


Monday, November 2, 2015

TAK NAK AJAR ANAK TIDUR GUNAKAN BUAI

Harini mama kata dah jumpa bidan yang nak mengurut saya masa pantang. Bidan kata tak perlu beli set bersalin kerana barangan dia siapkan. Antara yang dia siapkan (yg saya sempat alert) 1)pilis 2)mengurut 3)mandikan saya 4)mandikan baby 5)mknn/minuman jamu 6)buaian kan bby tidur


Dengar statement "buaikan baby",
Saya rasa terkejut. Saya kata lah "akak tak nak ajarkan baby buai nak tidur".. my mama bit marah dan kata macammana pengasuh nak jaga (T_T) dan i'm bit kecewa, patutnya as mama and future grandma, my mom akan faham.


Banyak situasi depan mata saya yang saya rasa "saya tak kan ajar anak saya tidur buai"... contoh raya, orang lain sibuk beraya, tapi ada baby yang mengamuk nak kan buaian, dah kelam kabut saudara mara nak mencari buaian, nak ikat tali lah. Yang lagi parah, baby yang diajar dengan buaian elektrik, baby dah terbiasa dengan henjutan selari buaian, bila dapat buai biasa, baby tak nak dan mengamuk. Kesian dan scary saya tengk (T_T)


Kenapa saya tak nak ajar anak tidur dengan buaian? Jawapan saya :
I'm travel mommy--


faham maksud saya? 


Saya bukan lah wanita yang balik kerja terus sampai rumah. No. I'm PJJ mommy. Ulang alik pagoh-melaka.‎ Saya kena didik my baby tidur dengan keadaan lena tanpa buaian. Just letak dalam car seat dan sleep. Saya kena ajar baby macamtu. Agar sepanjang pemanduan saya baby tak meragam mencari buaian. Sama juga situasi kalau saya kerja, daddy dia kena jaga, i'm sure daddy dia akan bawa balik melaka. Dan ofcz juga, daddy dia nak drive secara aman. Can u imagine kalau ajar buaian? Ttiba baby nak tidur dan meragam dalam perjalanan dalam keadaan saya seorang drive. Kalau siang okey lah. Kalau malam? Tak ke panik (T_T)


Tambahan pula, keluarga mertua jauh di utara. Bukan dekat johor-kedah tau. Saya nak kan perjalanan yang mendamaikan. Baby senang tidur, mommy pun senang jaga. Saya tak nak jadi situasi macam saudara saya, sepanjang perjalanan terpaksa dodoi baby goyangkan tangan menjadi buaian, tu pn bby mengamuk lagi sebab dah terbiasa dengan rentak hayunan buaian. Oh, saya tak nak macamtu.


Dan, kalau ttiba suami ajak makan angin, nak kena naik flight. Mana ada buaian dalam flight (T_T) kesian baby. Kesian parent. Kesian orang yang terpaksa dengar tangisan baby. Kan? 


Saya buat keputusan bukan atas sebab "moden". Tapi atas dasar "memang kenaaa.. i'm travel mommy"...........


Baru part buaian saya dah terasa bahang-bahang panas isu akan belarutan kepada sanak saudara dan jiran tetangga,‎ Ni belum lagi part saya terfikir tak nak bagi baby susu formula, nak bagi breast feeding, so akan pam kan dan letak dalam freezer, so pengasuh akan kena panaskan sebelum nak bagi baby. Lagi leceh. Agaknya kena kecam tak ye? (-_-")


Ok. Part breastfeeding baby tu sedang difikirkan lah. Part buaian saya memang kena tegas. Hopefully orang sekeliling faham. Kalau tak faham dan kecam, iols kunci pintu, tak payah melawat iols dalam pantang. 


Sekarang baru faham, kenapa ibu dalam pantang meroyan dan sanggup terjun dari tingkat 10 bangunan (T_T) haha. ‎Dan sekarang faham istilah "semua mak nak yang terbaik untuk anaknya".. 


‎Klik link sebelah utk TIPS TIDURKAN ANAK TANPA BUAIAN : http://vic-mycerita.blogspot.my/2014/02/tips-tidurkan-bayi-tanpa-buaian-untuk.html?m=1


Tak pa, biar orang kecam sekarang setakat tak ajar anak tidur dalam buaian. Daripada orang kecam iols letak anak dalam buaian elektrik dan kata iols mak yang pemalas. Tak pun berjalan kerumah orang then anak menangis tak nak berhenti sebab nak kan buaian dan orang kecam iols tak tahu jaga anak. kan? 



Bakal mommy,
FatinFashiekin

Sunday, November 1, 2015

SURPRISE DARI JERMAN. KONON.


Ada orang tu,
Niat dihati nak buat kejutan tetibe muncul kt hospital. So tak cakap lah nak balik, hp pun dia off sebab dia kata ‎luar hotel xda wifi. Saya pun faham sbb roaming mahal. Kami bhubung through wifi/whatsapp. Cukuplah kes masa dia g jepun. Borak brpe minit je bill sampai RM700.


Sebelum ni dia kata dia balik next week, so start malam tadi, saya dah susah hati, kenapalah ‎x dapat call dia, Whtsapp tak masuk, saya nk inform yang saya dah keluar wad.


7.15 malam. Tetbe konon "surprise! Sayang kat mane".. saya mcm blur. Hello, tu lah, nk surprise tak kene tempat. Wife dah kat rumah, menjajau dia pi hospital wad12 ingtkn bini kat sana (T_T) rupanya konon nk bgi kejutan, konon biar bini gembira dan sembuh. Padahal bini tengah tersadai depan tv dengan hati gumbira. Dia pula kat hospital. LOL


Haha.
Apapun, effort tu I suke ye darling.
Hahahahahah.


Lady faizal,
FatinFashiekin






DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...