FOLLOWER

Saturday, October 31, 2015

SERONOK MENGANDUNG

Rindu suami so hntar gambar ni dengan caption :
"Yang, tahun depan hujung tahun nak mengandung lagi boleh?" hahahah


Aim : 6 orang ;p


Lady faizal,
Fatinfasheiekin‎


MASUK WAD LAGI (27 MINGGU)

Macam biase! Kene tahan wad lagi.
Haha. Sebulan sekali mesti masuk wad.


Dan benda paling ngeri,
Saat suami tk da disisi. Jauh di Jerman sana.
Rasa nak nangisss (T_T)
Nasib baik lah x degil nak ikut dia outstation,
Kalau x, sure kelam kabut cari hospital.


Kalini sebelum masuk wad saya dah siap2 cari novel dulu lah, cari makanan minuman. Almaklumlah, hospital tu dah macam rumah ke2. 


Cuma, xblh nk tmbah data internt kt phone,
Sbb no sy kn atas nama incik lalan. Kejam betullah. So tbaring kt wad dlm keadaan online smbil bsbar dgn kljuan internet di hp ni.



Soalan wajib doktor :
"Minta maaf nk tnye, ade bsme suami x mlm td"

Sy jwb :
"Suami outstation doctr, tk sempt lagi mak buyong ni nk gode suami.. kne thn wad lg pulak"

Hahaha



Bila laaaa dapat balik,
Semoga bby tk keluar awal,
Sabar bby ye, ada 2bulan je lagii.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, October 28, 2015

TERSAYU HATI

11.50malam,


Semua yang kenal aku akan kata "sayang betul kau pada suami kau ya".. pada yang tak kenal akan kata "sebab laki kau berharta".. selalu aku ngadu pada suami "yang,dieorang kata sayang mengikis abang"..dan suami aku ketawa sambil peluk pinggang aku mesra.


Sebagai isteri,
Keperluan dia lagi penting berbanding aku,
Abah ada pesan "jaga pakai makan suami kak, sediakan semuanya, semua tanggungjawab isteri"
Ye, aku dengar.


Bila incik lalan bagi duit bulan-bulan, yang aku fikirkan bukan baju aku, bukan diri aku. Tak. Suami nmbr 1. Bila pergi shopping cmplx, bukan baju aku yg aku dahulukan, tapi suami. Bila memasak, bukan selera aku yg aku dahulukan, tapi suami. Yang untuk aku, aku lebihkan pada keperluan rumah dn minyak kereta untuk aku berulang alik. Tapi, jujur, aku bahagia, rasa mcm kat syurga. Sebab semua cukup. Tambahan pula aku sendiri ada kerjaya. Allhamdulillah.



Entah, aku pun tak tahu kenapa aku begini,
Mungkin naluri aku sebagai isteri. Mungkin juga sebab aku terlalu ingin dia rasa dihargai. Mungkin kerana aku berasa berterima kasih atas segala dia curah. Mungkin atas usaha yang suami tunjukkan tak jemu dan tak letih mencari rezeki sehingga ke larut malam. Oleh itu, aku balas jasanya dengan jadi sebaik-baik isteri.



Aku pelik,
Perhatikan sekeliling orang yang mudah untuk menyusahkan pasangan mereka. ‎Inginkan sesuatu diluar kemampuan pasangan. Sungguh, aku pelik. Dan terkadang aku bersyukur tak dijadikan sedemikian. Dalam hati aku selalu ada rasa "jangan menjadi beban". ‎



Aku ingat lagi masa belum berkahwin, suami bagi hadiah jam mahal pada aku, bersungguh aku menangis kerana rasa meny‎usahkan dia. Entah, aku sendiri rasa aneh dengan diri aku. Terlalu takut kalau diri ni menyusahkan sesiapa. Sampai dia pujuk agar aku terima hadiahnya.



Sekarang,
Suami jauh. Dengar perkataan "suami" dh boleh buat aku rasa nak menangis. Apatah lagi bila orang tanya "bila suami balik".. lagi rasa sayu menghantui diri. Tak pernah terpisah sejauh ni sejak berkahwin. 
Bertambah pula, sejak mengandung lagi terasa mudah tersayu hati.



Mana aku yg dulu jiwanya kuat,
Sekarang hanya kerana "suami" aku jadi seperti anak kecil kehilangan ibunya..


"Suami, anje rindu"
*lap air mata*‎


-serius aku tabik pada isteri yg berjauhan atas faktor pekerjaan. Contohnya suami bkerja sbgai tentera di lubnan ke. Kalau aku lah, menangis merayu minta tak ditinggalkan sendiri.  Rasanya, aku pn turut pindah ke lubnan.



Lady faizal,
FatinFashiekin

IBU HAMIL KEMALANGAN


Harini saya accident langgar kerete orang sampai bumper tcabut. Kerete saya calar je. Power tak kereta saya? Haha.


Dia pau saya RM200.00
Saya bagi je lah.


Nasib sebelum ke jerman suami ada bagi duit poket pada saya utk saya jaga diri sepanjang ketiadaan dia. Macam tahu-tahu je. But actually duit yg suami bagi 1stly saya tfikir nak bt pi specialist untuk cek baby + scan 4D. Nk bagi kejutan pd dia lah gambar baby.


Tak sangka ‎ada bnda nk blaku,
Ralat mmg ralat, tp pk balik,
InsyaAllah ada rezki lain :)


Lps accident,
Semua saya inform.
Tapi semua kata " tu laaa, bawak krta tk betul"
Haha


Ralat, bazir je bagi RM200 kt org free2.
But, bila pk semula, nasib baik bby tak ape2.
Suami dah pesan sblum gi jerman "jagakan baby elok-elok".


But now,
I think I miss my hubby so much,
Bila something happen, tp dia tak ada, rasa sedih sangat-sangat. Nasib baik mama abah dekat. Boleh ngadu. 


Incik lalan,
Balik laaa cepatttt--


Lady faizal,
FatinFashiekin


Saturday, October 24, 2015

BABY OLIVIA



Comel sungguh! 
Rasa nk cium erat2.


Lady faizal,
FatinFashiekin

JANTUNG HATI DIKEJAUHAN

Apa khabar jantung hati aku dikejauhan?  
Apakah dia rindukan aku?
Apakah dia rindu pada nakal isterinya yang sentiasa mencomot menggangu dia setiap pagi dia?


Atau,
Apakah dia sedang tidur lena kerana tak perlu mempok-pok aku sehingga lena seperti kebiasaannya.



Buat suami kesayangan,
Anje rindu T_T‎



Lady faizal,
FatinFashiekin

Friday, October 23, 2015

TUTORIAL BUN RAMBUT (PERSEDIAAN BERPANTANG)



Dari segala perkara untuk berpantang,
Tang tatarias rambut yang duk saya godek2 sekarang, Bukan apa, nak juga lah feeling2 macam che ta, nak bersalin pn makeup, lepas bersalin pn cun melecun.. masa pantang pun stylo..


Haritu saya siap buat muka dan ngorat2 suami minta izin nak pi salon buat rambut sebelum sarat mengandung. Bagi rambut nampak sihat, bermaya, tersusun rapi dan bergaya haha. Macam biasalah, mana suami saya bagi, dia sebut lah konon bahaya lah, ada bahan kimia lah nanti meresap dalam kepala tak baik untuk baby. Hmm..


Ok lah.
Demi baby tersayang,‎
Tak bagi tak pa lah,
Tutorial sendiri lah,
‎Sapu ubat rambut sendiri laa--


Haha
*pang*‎


Lady faizal,‎
FatinFashiekin




DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...