FOLLOWER

Sunday, September 20, 2015

5 BULAN PREGNANT


My baby dah mula mnendang,
Dah timbul-timbul diperut,
Happy sangat..


Masa 1st time rasa, 2.30pagi,
Tengah tidur tetiba macam ada benda bergerak dalam perut. Saya letak tangan saya, lepastu ada respon, kena kick 2kali. 


Terus saya capai tangan incik lalan yg tgh tidur, saya letak diperut saya. Incik lalan terpingge, saya pula dah celik mata masa tu, sambil sengih lebar saya kata "baby dah mula tendang sampai timbul-timbul!!!" incik lalan sengih lebar je, dia sambung tdr sambil tangan letak kat perut saya, lepastu saya alihkn tgan incik lalan. eh, feeling pertama, haruslah iols nikmati keindahan ni, daddy nak rasa nanti dulu k :)


5bulan pregnnt, baby dh mula mendengar, saya dari awal tahu pregnnt memang kerap berborak dengan baby. Tengah mandi pun saya borak, saya kata "sorry baby, dah pukul 11 baru mummy nak mandi, mesti baby sejuk".. lalu tetibe saya dengar jeritan dari luar bilik air "oiiiii,... borak dengan sape dalam bilik air...... dengan hantu keeeeee....." incik lalan jerit. saya pun balas "saya borak dengan baby laaaa, takut baby sejuk mandi malam-malam".. incik lalan balas "habislah, cnfirm anak pun banyak cakap macam awak nanti.." hahahahah


Sekarang, bila dah rasa pergerakkan baby dengan lebih kuat, lagi lah sangat berhati-hati makan. Kalau nak makan perkara bukan2 tu, ttbe baby tendang, so saya cepat2 behave.. kalau x, sebelum ni, smuaaa saya balon dalam perut.


Ok lah, apa2 nanti saya share lagi dengan korang ye-- ‎ bye! Muah! 



Lady faizal,
FatinFashiekin

GAMBAR KAHWIN FATIN FASHIEKIN


Lepas kahwin terus bunting pelamin,
Terus lupa dengan tittle "pengantin baru" sebab over excited memikirkan ada someone dalam perut.


Bila orang dah mula tanya,
"Kin, nk tgk gambr kahwin."
Baru teringat yg saya still x upload hehe


Nanti saya upload full ok :)


Lady faizal,
FatinFashiekin

Tuesday, September 15, 2015

BAHAYA KUCING PADA WANITA HAMIL


Dilema betul,
Saya sangat sayang kucing saya.
Tapi incik lalan sangat marah bila saya sentuh kucing saya. Marah incik lalan tu marah bersungguh sampai tepis2 tangan saya bila saya pegang kucing. sampai iols pn ketap2 gigi dan kerut2 kening marah bila incik lalan marah iols. Sebab bagi iols, kucing saya tu sangat baik, tak kan lah dia nak apa2kan saya.


Incik lalan kata kucing ada bawa sejenis parasit,
Yang boleh buatkan ibu mengandung keguguran dan baby bermasalah. Tapi naluri saya kuat mengatakan "my cat akan jaga saya.." lepastu incik lalan marah saya lagiii, tapi saya tetap tak nak percaya..


Terus saya kata pada dia :
"Tak caya cakap awak laaaaaaa, ye ye je awak ni, jeleouse lah tu, nnti nak tny doktor"


Lalu incik lalan pandang saya,
Tarik telinga saya dan pulas kuat sambil kata :
"Habisss, apa pekerjaan suami awak ni? Yang tengah nasihatkan awak ni?cakap saya awak tak nak dengar, cakap orang lain baru nk dengr"...


So sekaranggggg,
Saya dilema, antara suami, baby dan zoro (kucing saya), suami saya saya‎ng.. zoro sayang..baby lagi lah sayangggg... cuma tak tahan bila zoro datang tetiba panjat peha saya, gigit2 manja, jilat2 saya..
Dia manja sangat, saya suka cium kepala dia. Geletek dia.


Kesimpulannya,
Entah. Blur lagi lah nak bagi result.
Haha.


Lady faizal,
FatinFashiekin






Sunday, September 13, 2015

BUKU NOTA UNTUK BABY

Menjelang 5 bulan pregnnt ni,
Saya menyediakan 1 notebook untuk dihadapkan kepada suami tercinta Ahmad Faizal Bin Sulaiman.


Sebanyak 85item disenaraikan untuk keperluan baby. Item-item dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
-Diapering
-Baby care/grooming
-Nursering
-Feeding
-Travelling
-Bathing
-Extra Dan lain2.


Saya bab2 ni memang bersemangat, macam persiapan kahwin tu, memang complete lah kan A-Z. Ni mengandung, memang saya nantikan 5bulan saya pregnnt, sebab saya plan, 5bulan ni kemas kini senarai pembelian, dah boleh calculate bajet untuk barangan bby. *saya dh pk sampai ke majlis akikah bby sebenarnya*hahaah


Semalam, lepas lunch, tengah tengk2 tv. Sengih-sengih lah sebelah incik lalan, sambil hulur buku. Saya kata lah, "semuanya 85item tapi belum campur barang2 untuk pantang nanti.. ni baru barang baby.."


Incik lalan baring sambil pegang pen dan selak 1persatu helaian, dia baca kuat2. Dah macam buku gores dan menang dah, banyak benda saya tulis incik lalan tak suka. Paling dia rasa aneh, saya tulis "mainan mandian"..


Incik lalan : mainan mandian?? Ape tu! 

Saya : alaaa, dalam bath tub nanti nak mandikan baby kita letak lah itik terapung.. kan comellll... kura-kura terapung, letak bubble.. hehe


Incik lalan : Ya Allah yangggg, baby lagiiii, manethu nak tengk itik terapunggg.. aduh, parah dia ni, fatinovela betullaaa...


Saya : biarlaaaa-- nk juga itik terapung tu! 

Incik lalan : tak boleh *sambil pangkah apa sy tulis*

Saya : T_T



Semua benda yang incik lalan pangkah,
Semua berkaitan dengan mainan. Haha.
Saya memang cukup excited part mainan ni,
Kalau boleh nk ada 1 bilik mainan khas untuk baby,
Tapi macam biase lah, saya part berangan memang hebat, part cantas anganan saya pun hebat, incik lalan tu kalau dia bagi ayat "yang penting kena pk apa untuk minda baby"...saya mmg buat muke toye bile dia bagi ayat camtu.. uh, daddy ni BOORINGGGGG..... daddy tak cool lah...‎ kids kan kena have fun laa daddyyyyy--


Lepas saya cakap je "kids kena havefun"
Terus, incik lalan cerita hal dia masa dia kecik. Rasanya dah lebih puluh puluh puluh kali dia cerita. Cerita yang dia best student masa PMR SPM dn lain2 lah. Cerita kepayahan dia macammana dia study. Sambil tu dia berdoa agar bby tak ikut otak saya. Siot betul mamat ni! Hahaahahah‎


Lady faizal,
FatinFashiekin



Friday, September 11, 2015

MIMPI BURUK

Saya jenis sentiasa real kalau bermimpi,
Tiap kali bermimpi bila bangun pagi saya ingat setiap apa yang saya mimpikan.


Kalau mimpi sedih,
Saya akan menangis,
Jelas menangis sedu dan terjaga.


Nasib baik dikurnia suami yang mudah terjaga,
Kalau saya mimpi buruk menangis,
Dia akan rapat dan dakap.


Tapi, 
Kalau saya mimpi dia curang,
bangun tidur terus tduduk dan cubit dia,
Saya salahkan dia kenapa saya mimpi begitu,
Jenuh incik lalan menjawab "kan mimpiiiii.. maneade saya macamtuuuu"... 
Siap saya warning lagi "awak buat macamtu, saya simbah awak dengan asid + toreh perut dengan pisau + bakar kereta dan rumah awak + paling penting saya akan bakar kebun2 awak"..


Incik lalan pandang saya ketawa besar, dia kata saya psiko. Haha. Lepas rasa bertenang, baru saya sambung tidur semula.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Thursday, September 10, 2015

GELANG EMAS ANAK CHE TA



Me : yanggggggg--- 

Incik lalan : yang, yang, yang ni.. kenapee pulakk..

Me : nanti kalau baby girl, nak gelang emas kiri kanan macam anak che ta boleh takkkkk...

Incik lalan : tak boleh. Nk tebal-tebal macamtu, dah lah baby lagi, kalau anak kene culik? Anak kena apa-apakan nanti macammana????? Dah lah, niat tu salah‎

Me : T_T



Lady faizal,
FatinFashiekin


Friday, September 4, 2015

HUSBAND JAUH PADA BIRTHDAY SAYA

Every year,
Bulan oktober,
Mesti dia outstation.


Perkara paling tak best,
Mesti masa birthday saya
(T_T)


Sebelum ni tak lah heran sangat,
Sebb just couple kan. 
So memahami.


Skarang, dah husbandwife ni,
Bila tahu dia kena outstation jauh,
Sayu hati--‎
Dah lah on my birthday,


Saya :
"Saya baru lah nak sambut birthday dengan awak, kira detik 12 tengah malam dengan awakkkkk...,, baru je berangannnnnnnn....
1) berangan awak akan tulis kat kek "I love my wife"
2) berangan awak akan myorok belakang pintu bila saya balik kerja lepastu peluk saya dri belakang sambil kata "happy birthday isteri cantik"
3) berangan bila nak bangun subuh je tetiba atas buah dada saya ada sejambak bunga ros *hiks*‎
4) berangan bila buka tudung saji je ade coklat bentuk love dan teddy bear‎
5) berangan bila ke kereta je ada 1 kad manila besar kt cermin ttulis "happy birthday my anje"
...tapi rupanya masa my birthday awak jauh pulaaaaaa, sapa nak bagi kejutan pada sayaaaaaa........"


Incik lalan *dia ketawa besar bdekah mcm nk pengsan* dn dia kata :
"Ya Allahhhhhhh-- kuatnya berangannnnnnnnnn... memang kuat baca novel... memang kuat berfantasi... memang kuat tgk cerita korea...... HAHAHAHA"


Saya :
"Kalau orang lain, idamkan lelaki romantik, setakat idam je memang tak kan menjadi, kalau termakbul pun mesti that guy tu player, so disebabkan saya tahu awak ni bukan jenis romantik, saya terus teranglah apa yang saya nak, baru awak tahu.. nak tau! No 3 WAJIB. Hahahah"


Incik lalan :
"Kan pernah dapat sebelum ni bunga? Masa kahwin tu kan dah bagi sejambak bungaa... saya lebih rela bagi awak barang mahal berbanding segala senarai yang awak suruh saya buat tu"


Saya :
"Mama dah buang bunga tuuuu.. tak sempat nak bekukan, simpan cantik-cantik untuk tunjuk anak cucuuuuu..... nak laaaaaaaaaa"


_____________________________________


So disebabkan masa my birthday incik lalan sahih akan ke jerman dan holland, maknanya tk ada maknanya detik 12malam lah.. like everyear lah, cuma calling dari jauh, dia balik bawa balik coklat.. sooooo boringggggg T_T



Memang lah incik lalan kata nak celebrate awal, tapi lain dengan detik tepat, xpernah celebrate tepat masa dengan dia, mesti awal.. ingatkan this year lain macam sikit lah sambutan, sbb birthday as wife, tengah preggy lagi... tapi tak pa lah, as long husband ingat.. siap dia kalau tak kol 12tghmlm, mmg saya merajuk 2bulan. Haha




Lady faizal,
Fatinfashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...