FOLLOWER

Sunday, August 30, 2015

MENGADA


Kite nak ketip kuku,
Tetbe ade tangan menjalar,
Suruh ketipkan kuku dia.


Sekarang dia ni,
Manja kemain..
Minta potong kuku lah,
Saya tengah tidur pun dia suka cuit2 hidung saya,
Mula-mula dulu terkejut lah juga,
Ingatkan ada ular patuk ke apa.


Sekarang,
Bila dia cuit2,
Sengaja je buat-buat tidur,
Haha



Malam tadi incik lalan kata dia mimpi,
Dia kata : "saya mimpi awak banyak darah, saya bawa jumpa doktor dan saya kata awak mengandung kenapa banyak darah keluar, tapi doktor kata awak sihat je, mana ada banyak darah keluar.." aneh betul incik lalan, suke bebenar mimpi saya ni dah nak bersalin, tak menyabar agaknya. Haha‎ha 



Saya pula balas :
"Saya pun mimpi, tapi saya mimpi awak jadi askar mungkin taksub sebab kemerdekaan‎ lah.." lepastu incik lalan toleh saya, jentik dahi saya, jeling dan kata "mengarut, dh lh nk sambung tdr" dia ingatkan saya menganjing mimpi dia hahahahahaahaa


Dah betul lah,
Tak bohongg--
Memang mimpi dia jadi askar ;p


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Saturday, August 29, 2015

RESEPI AYAM KUKUS HALIA MUDAH



Resepi ayam kukus halia pun senang! 
Korang jangan lah nak bagi alasan "ala rumah xde pengukus" saya jentik dahi nanti.
Guna kuali pun boleh.
Kau isi air dalam kuali didihkan,
Kemudian kecikkn api,
Then letakkan pinggan / tupperware yg boleh tahan dengan suhu mikrowave. Tutup guna apa2 penutup sbb kalau x tutup macammana ayam nak masak.


Ok. Meh nak share
"Resepi ayam kukus halia"
Simple tapi sedap weh.
Pertama kali suami saya makan juga,
Actually payah dapat suami bbeza selera,
Dia kedah, saya johor.
Dia dh bosan dengan asam pedas + masak lemak cili api, so pening nak rolling masakan.


Dn saya nk minta ampun,
Ayam kukus halia saya mmg tanpa sayur-sayuran,
Sepatutnya letak carrot ke + cendawan,
Tapi saya ni bukan pengemar sayur :)


RESEPI AYAM KUKUS HALIA MUDAH

BAHAN-BAHAN KISAR
-halia saiz 2 ibujari ( bg korg seng fhm haha)
-bawang putih 2biji


BAHAN-BAHAN LAIN
-ayam separuh (kalau x cincng lg cun, ala mcm kenny rogers tu)
-bawang besar 1biji (hiris)
-sos tiram 3 sudu
-garam secukup rasa



CARA-CARANYA
-lumur bahan‎ kisar pada ayam bersama sos tiram, biarkan 10 minit
-didihkan pengukus
-tabur bawang besar dihiris diatas ayam yg telah diperap tadi
-mula mengukus 40minit


SIAPPP‎ !!!
Laki iols sukeeeee....
Sengih-sengih dia :)
Sampai tak cukup nasi tau,


Lady faizal,
FatinFashiekin



RESEPI SUP KETAM MUDAH


Saya sangat suka sup ketam! 
Kesegaran menghirup sup ketam susah nak gambarkan. Orang kata sup ketam elok untuk penghidap denggi. Tapi untuk yg sihat walafiat pun tak salah. Tak ramai yang pernah makan sup ketam termasuk suami saya "incik lalan" (-_-) jakun nye. Haha.


So semalam saya ada buat masakan untuk incik lalan iaitu sup ketam dan ayam kukus halia. Yang lain-lain tu lauk campak2 lah macam sayur goreng.


Dah lama rasanya tak share resepi,
So, jom tengk ye.
Senang gile buat sup ketam ni.
Kalau perempuan tak tahu buat sup,
Saya jentik dahi korang ye! 
Kacang goreng tau! Nk buat kacang goreng lagi leceh bbnding sup ;p



SUP KETAM

BAHAN KISAR :
-bawang merah 3biji
-bawang putih 1 biji
-halia 1 ibu jari‎
-lada putih dalam 15biji
(tumbuk semua bahan diatas)


Bahan lain :‎
-Ketam 4 ekor‎
-minyak masak 3sudu
-air 5 cawan‎
-daun sup
-garam secukup rasa‎



CARA-CARANYA‎
1) panas kn kuali dengan minyak 3sudu, 
Masukkan bahan kisar dn kacau sehingga naik bau
2) masukkan air
3) masukkan ketam dn biar mendidih‎
4) garam secukup rasa‎
5) taburkan daun sup yang telah dcincang


SIAPPPP
Sangat mudah,
Sup ketam jangan letak sup bunjut,
Hilang asli rasa ketam tu nanti :)


Sekian,


Lady faizal,
Fatinfashiekin


‎‎

Wednesday, August 26, 2015

PENJAGAAN ISTERI HAMIL



Since kes saya keluar wad,
Incik lalan memang anti kalau saya buat kerja berat,
Incik lalan memang anti kalau saya jln laju,
Incik lalan memang anti kalau saya mencangkung,
Incik lalan lagi anti bila saya drive sebab dia tahu isteri dia ni kalau bawa kereta mengalahkan pelumba formula1. Hahaha.


So semalam balik kerja,
Dia dah tunggu saya awal-awal,
Dia follow saya balik sampai rumah melaka,
Dia nak makesure yang saya tak merempit masa memandu, kalau saya tekan laju sikit terus dia call "bawa kereta laju-laju nak ke mana? ".. padahal saya bawa 80kmj kot, perlahan gila.. boleh dia kata saya bawa laju??


Bukan part drive je,
Part makan pun dia alert,
Saya suka sup2 @ tomyam sekarang,
Saya suka hirup kuah,
Incik lalan marahhhhh bila sy tak makan nasi,
Dia kata : "baby nak makan nasi, skg makan nasi"
So terkulat-kulat iols paksa diri menelah.


aha, tadi ada appointmnt dgn doktr,
Saya infom doktor ttg masalah kerap kencing,
Saya kata :
"Doktor tiap 10minit saya nk ke toilet, sampaikan dah tak larat, tenaga dh hilang, rasa seram sejuk nak demam, saya ada sakit buah pinggang ke! "


Doktor tu gelak tgk saya panik,
"Tak lah puan, warna urine pun cantik ni, baby dah membesar, memang normel perkara ni"


Legaaa dengar,
Sepanjang hari laa saya duk pikir
"Sakit buah pinggang ke ni"
Hahahah


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Monday, August 24, 2015

KERAP KENCING KETIKA HAMIL

Simptom kerap kencing melanda diri,
Nak kata dsbabkan simptom2 mengandung,
Tak selalu kena.
Tiba-tiba je kena, nnti tiba-tiba je baik.


Saya syak,
Baby suka main kat pundi kencing (-_-")
Saya perasan, setiap kali masalh kerap kencing ni datang, perkara pertama yang saya buat sblm ni. adalah duduk dalam keadaan terbongkok diatas lantai.‎


Before this saya degil,
Degil nk iron semua baju dn seluar incik lalan,
Saya iron atas lantai, incik lalan dh pujuk suruh duduk atas kerusi. Dia offer nk ambil kn board iron, tapi saya degil, dengan alasan nk relax2 sambil tengk tv. Dalam keadaan perut dh kehadapan gigih saya mengiron walaupun mengah dan tak selesa. Kalau sehelai xpa. Ni banyak baju + sluar.


Incik lalan tgk saya termengah dn kata,
"Saya dah kata tak yah iron, nanti saya yg buat, awak degil. Saya dh nak tolong ambilkan board, tapi awak tak nak, sakit pinggang tu nanti, terboyot dn terbongkok2 tu.."


Kesannya,
Sebelum tidur sakit pinggang


Kesannya,
5pagi terjaga dn kerap kencing setiap 10minit


Masa hari pertama kena,
Memang seksa, tapi dalam pukul 3 petang tetiba okey. Tetiba nafsu nk kencing hilang. So confirm baby memang main kat situ sblm ni.


2hari lepastu (harini),
Saya kena lagi,
Saya pk apa perkara last saya buat malam tadi,
Baru teringat, malam tadi nak cas hp, memandangkn charger kat depan tv, saya cas lah sambil baca blog. Dalam keadaan duduk dan tak bersandar, lenguh juga pinggang masa tu, tapi saya kan degil. Hahaha.


Bangun pagi,
Kena lagi penyakit ni.
Incik lalan bisinggg lagi atas kedegilan diri ni,
Dia kata tindakkan saya mendorong baby tu beralih ke kawasan pundi kencing.


YANG SAYA RISAUKAN,
Dah lah saya ada problem uri kat bawah,
Bila ada masalah kerap kencing ni, lagi saya risau,
Is it my uri dh naik ke atas? 
Is it my uri masih kat bawah dn baby menendang2 uri saya sehingga senak ke pundi kencing?


Oh baby,
Tolong mummy ye,
Main elok2 ye baby...


Lady faizal,
FatinFashiekin

BABY GIRL KEGEMARAN


Kak ekin rindu ayin,
Last jumpa ayin masa kak ekin kahwin,
Ekin dh promise pd ayin nak tunjuk baju elsa (my wedding dress) pada ayin,
Tapi, masa majlis tu, kak ekin busy dengan tetamu,


Acik kata, ayin tercari-cari kak ekin,
Acik kata, ayin nak makan dengan kak ekin,


Tapi,
Masatu kak ekin sibuk sangat.



Raya tahun ni kak ekin raya kat kedah,
Mama kak ekin kata, ayin datang rumah kk ekin,
Ayin cari kk ekin, tapi kk ekin tak ada.


Haritu ibu ayin datang rumah tok,
Tapi tak bawa ayin sbb ibu ayin kata ayin kat kelantan ikut tok kelantan.


Sekarang,
Kak ekin rindu sangat ayin.
Rindu bau strawbery ayin.
Rindu nak cium-cium ayin.


Friday, August 21, 2015

ANAK IDAMAN



Incik lalan tahu yang saya memang vote baby girl, sebab saya memang gila kalau nampak gaun baby dari tutu / lace.


Kalau shopping baju anak-anak incik lalan pn kebanyakkannya saya ada baju pilihan saya sendiri tetapi bila dh buat pilihan kena tunjuk pada incik lalan dulu. Dn incik lalan selalu x setuju dengan pemilihan saya, bagi incik lalan "blaus + t'shirt" dh ckup utk alisya dn akila. Saya tk boleh switch dress up mereka, incik lalan kata "macammana kita ambil mereka, pulangkan pun begitu"..


So, ofcz lah I idamkan nk ada baby girl,
Nak groom betul2. Haha.
Haritu cari baju maternity,ketap2 gigi saya geram tgk baju2 baby girl. 


Oleh sebab incik lalan tahu saya ni nk bby girl,
Haritu lalu kat kedai emas, incik lalan pelawa "nak beli emas tak? Kalau baby girl nanti kite tinggal bagi je, kalau boy kite boleh simpan emas tu".. iols ofcz lah menyeringai sengih sambil kata "nak3!"..


Incik lalan toleh saya,
Dia senyum dn kata
"Gurau je.."
Pastu dia jentik dahi saya.


Kurang asam.


Hahahahah

Lady faizal,
Fatinfashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...