FOLLOWER

Wednesday, May 13, 2015

MY OFFICIAL PHOTOGRAPHER #fashiekinfaizal


Terima kasih team momapixel  http://www.marosazwan.com/ atas segala kesempurnaan, Antara semua yang berlangsung,
My photographer no 1! Juara bagi kesempurnaan sepanjang majlis.


Terima kasih 3 photographer yang sangat disayangi, dikasihi, disukai. 
1)maros azwan
2)rizal jamaludiin
3)rizal rahim
Korang kahwin nanti ekin dengan doc bagi hadiah best2 ea. Hehe


Tak sabar tunggu gambar siap,
Korang dah lah best, korang fun, korang slumber, korang berjaya buat doc yang kaku bergambar sudi untuk bertentang mata dengan ekin. Malahan lagi serius berbanding ekin. Ekin pula yang asyik2 gelak sebab tak serius ;p

jangan lupa add boss besar momapixel : facebook MAROS AZWAN
jangan lupa like fanpage momapixel : FANPAGE MOMAPIXEL
jangan lupe stalker website momapixel : http://www.marosazwan.com/

 

Lady faizal,
Fatinfashiekin




INDAH PERKAHWINAN


Banyak perkara saya nak update,
Serius banyak.
Tapi saya busy.
Bile terfikir nk update blog,
Godek-godek hp baru teringat,
Gambar-gambar semua kat hp incik lalan.
So asyik hang-hang-hang nk upload story.


Ok atas kesempatan harini,
Saya nak share lah cerite perjalanan saya ke rumah mak mertua untuk majlis dibelah lelaki.


Part perjalanan majlis saya share kemudian,
Saya share keseronokkan kesana sebagai seorang isteri dulu ye :)


Tahun lepas saya ke kedah sebagai "tunang" incik lalan. Kalini sebagai "isteri". Kalini boleh berkepit 24jam hehe.


Sampai kedah dalam pukul 2petang,
Makan-makan kat rumah mertua, then hantar my family ke homestay. Tapi saya stay kat rumah mertua lah. Pukul 6, tgk incik lalan belek-belek pelam depan rumah dia. Sambil tu borak-borak dengan mak ayah mertua. Then incik lalan kata "jom naik motor".


Saya? Terkejut! Haha.
Bertahun-tahun incik lalan mane pernah bawa motor. Tetibe nak bawa saya pula. Ofcz lah iols seriau kan. Lepastu incik lalan kata "jom, kita pusing bendang, nak tunjuk kat orang kampung isteri saya"..


Perasaan saya,
Sangat seronok. Rasa bahagia gile.
Tak payah pergi honeymoon. Round kampung suami kat kedah naik motor pun dah cukup membahagiakan. Peluk dia erat. Dia bawa motor perlahan. Dia tunjukkan sekolah dia kat mana. Dia bawa saya ketempat kenangan dia waktu kecil. Apa dia buat. Kat mana dia bermain. Indah. Cukup indah.


Kebetulan pula,
Masa round kampung, ada pasar malam. Kami singgah. Pi pasar malam sambil saya paut tangan dia. ‎Berpegangan tangan berdua. Tangan kiri pegang tangan dia. Tangan kanan makan tongkeng ayam. Naik motor, suap kn dia dari belakang. Haha. Serius seronok, dengan persekitaran berbeza dengan johor. Serius lah indah! Best wei! Haha.


Incik lalan :
"Orang kalau tengk awak, tak kata awak isteri saya, mesti akan kata awak ni awek saya"

Saya :
"Sebabtu saya selalu pesan, bawa surat pink tu. Haha"


Islam tu indah.
Sebelum sah. Ada banyak perkara harus dipatuh. Harus dijauhi segala larangan. Sebab bila ia nya sah, sememangnya indah :)


Sebelum kahwin,
Incik lalan tak romantik langsung,
Sekarang, saya yang terkejut selalu dengan perubahan dia. Incik lalan kata "abang sayang bini abang, sayang isteri tercinta abang".. so benda-benda ni buatkan saya asyik ternganga. Best wei kahwin! Haha.


Lady faizal,
FatinFashiekin



Wednesday, May 6, 2015

RUTIN ISTERI

Allhamdulillah,
Sekarang dah duduk rumah suami.
So dari melaka ke pagoh.‎
Semuanya berjalan lancar.


Dulu sebelum nak kahwin saya selalu risau,
Boleh ke saya ni jadi isteri yang macam mama? 
Yela, pagi-pagi dah bangun tidur,
Pagi-pagi dah basuh baju,
Pagi-pagi kemas rumah,
Pagi-pagi siram bunga.


Sekarang, bila dah kahwin.
Semuanya ada flow sendiri,
Automatik tugas "isteri" terus meresap dalam diri tanpa paksaan. Tanpa rasa penat.


RUTIN :

‎5.30 pagi. Bangun.‎
Pandang suami.‎
Kucup ubun-ubun suami.
Bangkit.‎ 


Pergi bilik air,
Gosok gigi. Basuh muka.

Pergi dapur,
Masak air.

‎Angkat baju dari ampaian.
Sidai baju dari mesin basuh.‎

Pergi dapur semula,
Siapkan breakfast.

Pergi bilik air,
Mandi.‎

Kejutkan suami,
suruh dia mandi dan solat sama.
Kemas bilik tidur.‎

Sama-sama bersiap untuk ke tempat kerja,
Breakfast bersama.

Sebelum pergi kerja,
Cuci pinggan dan cawan breakfast,

Masuk bilik.‎‎
Sapu losyen tangan.
Pakai jam.
Pakai cincin.
Pakai gelang.


8pagi.
Salam suami.
Dia kucup ubun-ubun saya.‎
Pergi kerja.


_____________________________________


Tu lah rutin tiap kali bangun tidur,
Rutin selepas balik kerja belum selaras lagi,
Sebab masih campur-campur.‎

Macam semalam,
Kami melawat rumah ayer keroh,‎
So aktiviti balik kerja masih x ade yg santai2 lagi buat masa sekarang. TV pn dah lama saya tak tengk. Hehe.‎


Lady faizal,
Fatinfashiekin

HADIAH PERKAHWINAN #fashiekinfaizal


Terima kasih untuk hadiah,
Terima kasih untuk salam keruk,
Hehe. Sayang korang.
Muah ciked! 


Actually bukan ni sahaja hadiah,
Bila dah masuk kerja pun still dapat hadiah,
Still dapat salam keruk,
Terime kasih sangat-sangat atas ingatan tulus ikhlas..


sebenarnya, semalam baru berkesempatan membuka hadiah kalian.
Sebelum ni sempat sebenarnya,
Tapi saya lebih suka buka dalam keadaan bertenang..


Saya simpan tau kad-kad ucapan korang,
Saya simpan tau sampul hadiah korang,
Saya siap catit di kertas nama-nama korang,
InsyaAllah. Ada kesempatan, kemanisan korang ni akan dibalas ye :)


‎Lady faizal,
FatinFashiekin


Monday, May 4, 2015

SINDROM PENGANTIN BARU


Hari ke3 menjadi isteri,
Harini kami dah mula kerja.
Semua tanya 
"pengantinnnnnn, kenapa kerja! "
Jenuh laaa nak menjawabbbb..
Haha. Tapi happy. Sebab semua ambil berat,
Rasa disayangi ;p


Sekarang bila jadi isteri,
Utamakan suami, baru lah diri sendiri.
Buatkan suami air bila nampak dia berehat,‎
Dia minta teh tarik, tinggi saya tarik teh tu.
Sampai incik lalan terkejut dn kata 
"Peh! Betul-betul teh tarik ni! "


Bangun pagi, bangun lebih awal dari suami,
Siapkan pakaian suami luar dalam,
Siapkan air kegemaran dia,
Siapkan breakfast dia,
Baru lah siapkan diri sendiri,
Dan kejut suami bangun tidur utk solat sama dan mandi sama. Eh! Hahahahaha. Ok2, aku gurau je. Maafkan pengantin baru ni ahahaha


Lepas dia siap makan,
Cepat-cepat kemas pinggan mangkuk,
Ke bilik tolong dia bersiap,
Yela, orang lelaki ni sikat depan mata pun dia akan tanya "sikat mana yang?" padahal kat tangan dia. 
Anje angat tau.‎ Kemudian, Kemas bilik cecantik supaya dia tak bosan masuk bilik.‎


Bile suami nak pergi kerja,
Salam dn cium tangan suami,
Dan suami cium dahi,
Pastu incik lalan kata :
"Cuti dah habis, dah mula kerja, ape perasaan sayang sekarang? Sedih tak abang kena pi kerja? jangan nangis tau"‎ 


Tengahari tadi dia mesej :
"Rindu abang tak"‎


Hahahahaha.
Sindrom pengantin baru.‎
‎*tampar diri sendiri*


Lady Faizal,
FatinFashiekin

PERNIKAHAN #FASHIEKINFAIZAL


Allhamdulillah,
Perkara paling indah dalam hidup,
Kami sah menjadi suami isteri.
Dengan sekali lafaz..

Majlis berjalan lancar,
Ramai kawan saya datang,
Ramai kawan incik lalan datang,
Ramai saudara mara datang,
Ramaiii lah. Terima kasih pada yg sudi datang! 


Pukul 5.30petang pun ada 30 orang kawan sekerja incik lalan datang, ada rasa awkward sendikit dalam hati, tapi lalui je lah. ‎Rasa seronok bila diperkenalkan, rasa sangat dihargai, dan kepala asyik berfikir "aku isteri orang hoiiiii, isteri oranggg" haha


Incik lalan :
"Sayang suka tak jadi isteri abang"

Saya balas :
"Suka, sayang memang nak jadi isteri abg pun"



Hari pertama sebagai suami isteri,
Seperti yang saya dah tahu lama,
Dia memang hormat orang tua,
Tahu bawa diri.
Dan saya sendiri tahu,
Mama abah sayang dia. 


Mengenai penjagaan incik lalan,
Dia mudah. Dia senang. Dia memahami.
Dia tak banyak karenah.
Dan saya rasa sangat lah bersyukur dia jadi suami saya ! Mudah dengan dia.



Hari pertama sebagai isteri,
Setelah siap menyental periuk,
Setelah siap menyusun periuk,
Incik lalan bawa saya balik melaka,
Tunjuk jalan nak ke rumah melaka,
Supaya saya senang nak balik melaka.
Serius, tak ingat pun. Haha.


Masa masuk rumah dia,
Saya kata :
"Yang, bawa x surat nikah?
Naya ni kang pengantin baru kena tangkap basah. Saya punya muka dah lah gugurl, orang mesti tak caya bini orang" hahaha


‎Ok. Nanti saya share pula mengenai persandingan saya ye :) 

Lady Faizal,
Fatinfashiekin



Friday, May 1, 2015

BERINAI #fashiekinfaizal


Thank-u kak honeyyyyy !
Bile nampak inai, 
Makin terasa debaran ;p

Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...