FOLLOWER

Thursday, April 30, 2015

Wednesday, April 29, 2015

3 HARI SEBELUM MAJLIS KAHWIN

Allhamdulillah,
Settle part barangan hantaran! 
*sengih lebar-lebar*
Incik lalan punya hantaran je belum siap,
Sebab dia ada oder cupcake + fresh flower
*sengih lagi lebar*


Lepas ambil barang hantaran,
Cari pula pasar borong,
Sebab nak beli apple 300biji.
Nasib baik saya tak beli kat jusco,
1 biji apple kat jusco RM2.50
1 biji apple kat pasar borong RM1.40.
Berbeza okeh bila didarabkan den 300biji! 
Peh! 


Lepas settle beli apple kat pasar borong,
Pergi pula jusco,
Cari tembikai,
Cari buah-buahan hantaran,
Cari buah-buahan meja makan beradab.


Masa cari buah-buahan,
Tiba-tiba ada supplyer call nak jumpa incik lalan,
Chinese, nama nya mrs chin,
Saya panik juga lah. Yela. Kena behave.


Saya :
Alamak, dia nak jumpa saya sekali ke? Saya ni dah lah tak tahu behave. Awak tahu lah, saya ni jenis gila sikit, mulut tak reti berhenti bunyi. ‎


Incik lalan :
Haaa, baru tahu ke yang awak punye perangai ni gile sikit, lepastu memang jenis tak behave, lepastu kalau cakap memang tak berhenti.. so belajar-belajar lah untuk behave.‎



Kami jumpa di macD malim,
Ada 4 kerusi, saya duduk berhadapan dengan incik lalan. Incik lalan kata "habis dia nak duk mana".. saya kata "ala x kisah, yg penting saya kena duduk bertentang muka dengan awak, tk puas lah duduk kalau x pandang muka awak"..


Lepastu incik lalan pesan lagi :‎
"Dah makan dulu, awak tu kalau makan comot"‎


Everything smooth,
Tahu lah mulut saya ni kan,
Tapis macammana pun memang banyak cakap,
Haha. 


Last incik lalan kata :
"Haih, habis rahsia saya harini semua dibongkar"


Mrs chin kata :‎
"I tgk since u dgan dr faizal, dr faizal nampak happy dan banyak cakap tau, tak macam dulu, npk berbeza"‎


*terus saya rasa saiz pinggang melebar*
Hahahahah


Ok. Nk basuh telur.
Bye


Lady faizal,
Fatinfashiekin




Tuesday, April 28, 2015

BAJU KE RUMAH MAK MERTUA


Tengah jalan-jalan dalam shopping complex,
Santai-santai tolak troli untuk balik,
Tiba-tiba dia capai 1 baju.
Dia tengk saiz "SS"
Dia ambil, dia bayar.
Saya tercengang. 
Dia bagi pada saya dan kata :
"Baju ni nak balik kedah minggu depan awak pakai ye. Macam sweet pula saya tengk. Pakai tau. Mesti gegelish"


Saya :
**tercengang** lepastu terfikir, saiz SS, muat ke aku? Haha. Kurung moden. Muat lah. Kan? :)‎


Lady faizal,
Fatin fashiekin‎


‎‎

PENUNJUK ARAH MAJLIS PERKAHWINAN

Kepada sesiapa yang musykil jalan ke "rumah pengantin".. di sini saya bagi petunjuk jalan. Paling senang dan confirm sampai! Tapi jangan risau juga, sebab dari tol pagoh saya ada letak arrow "fashiekin&faizal"


Saya bagi jalan dari exit TOL PAGOH (ni arah paling senang dan semua orang tahu) 


okey lets begin--

1) Dari exit TOL PAGOH, belok kanan.
2) Terus lagi dalam 5km (pandang kanan sehingga nampak signboard KG PANJANG SARI) belok ke kanan.‎
3)straight sehingga anda jumpa kawasan kelapa sawit sime darby, kemudian belok kiri, sehi‎ngga jambatan.
4)tiba dijambatan, belok kiri, straight dalam 1km, akan jumpa simpang 4.
5) bila dah jumpa simpang 4, belok kanan dan tadaaaaaaaa, sampai rumah pengantin! :)


Sampai je, makan terus ye,‎
Kesian korang jenuh mencari rumah pengantin--


**Kalau serius korang tak jumpa juga,‎Berhenti tepi jalan dan tanya orang.‎"Cik, rumah ekin farmasi yang kahwin harini kat mana" ‎Ha, nanti dieorg bagitahu.‎ Sebab pada 2/5/15 ni, saya sorang je kahwin disitu.. hehe**



Lady faizal,
Fatinfashiekin

HONEYMOON


3 hari lagi menjelang hari berbahagia kami :)
Banyak yang dirisaukan,
Banyak yang digundahkan,
Hati rasa berdebar,.


Serius,
Risau pada cuaca,
Risau betul ke segalanya mengikut flow yang ditetapkan...


Esok saya dah start cuti,
Esok pelamin dah mula dipasang
*gigit bibir*
*sengih*


Aku dah nak jadi bini org hoi! Haha
Gile nervouse!
Saya siap google kot cara nak jadi bini perfect!


Incik lalan? 
Dia manusia paling slumber kat dunia ni.
Cool je dia. 


Part honeymoon,
Saya bukan sejenis manusia yang mementingkan "honeymoon" seriously, dapat berkepit kat sebelah dia. Setakat tgk tv bersama pun dah okey sangat dah, asalkan berkepit bersama sentiasa.


Saya bukan jenis kaki berjalan, mendaki bukit, menikmati keindahan lautan, menjelajah, bukan, itu bukan saya. Cukup untuk saya, dia ada. ‎


Berbeza situasi nya dengan incik lalan,
Jenis dia, kalau berjalan dia berjalan betul2. Dan dia tahu sifat dan perangai saya yang tak berapa suka berjalan tapi suka berkepit je, incik lalan kata "untung saya dapat bini macam awak ni, jimat duit saya"


Semalam dia usik :
"Nanti saya bawa awak pergi honeymoon, awak nak ke mana?"


Saya balas :
"Serius sanggup tinggalkan kebun ke? " -sambil angkat kening pandang dia.


Terus dia kata
"Eh x boleh-x boleh-x boleh, susah hati oiiii... rindu oii.. walaupun ada orang tolong handle, tak samaaa dengan belaian dan perhatian sayaaaa"


Ha, tahu punnnnn, hehe.
Lepas majlis di kedah, kami akan ke penang, so jalan-jalan penang lah dengan incik lalan. Checkin penang sehari lah alang2 dah ke utara. Jadi lah. Asalkan berkepit. Kan :)



Lady faizal,
Fatinfashiekin


Thursday, April 23, 2015

ATURCARA PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN DETAIL

 
-Nota buat Bakal Raja Sehari -

Tips untuk Perancangan Majlis.


1. Berikan ahli keluarga anda button badge atau sekurang-kurangnya reben untuk dipakai, jadi OP akan dapat betul2 pasti siapakah secondary target yang harus diberi perhatian selain daripada pasangan pengantin itu sendiri. Lebih elok juga, jika mereka memakai pakaian dengan warna tema yang sama. Ini semua orang tau :D




 2. Warna tema/utama atau secondary paling sesuai/ selamat/ elegan:


Putih Backdrop putih : Glowing light dari belakang pengantin akan lebih cantik
Alas meja putih : Pantulan cahaya natural akan ‘menerangkan’ sedikit wajah/subjek-subjek di atas meja.
Payung putih : Malaysia selalunya mendapat cahaya yang sangat terang pada waktu tengahari. Payung putih akan menjadikan cahaya terang lebih soft di muka. Kalau payung merah, dah tentu merah sedikit la muka kan.. Jadi tak perlu nak fikir kalau tema merah, semua mesti nak merah. Itu tak berapa sesuai untuk keadaan tertentu.


3. Warna-warna lain yang sedap mata memandang:
Warna pastel, tidak berkilat. Dinding rumah atau langsir dengan warna2 pastel memberikan impak luas, kalau merah pekat ke biru gelap ke rumah nampak sempit. Dinding putih atau warna2 lembut akan membias lebih banyak cahaya ke dalam rumah. Jurufoto perlukan cahaya untuk menangkap gambar.




4. Hantaran : Janganlah suruh makcik simpan henfon tu, kamera tu, cincin tu, kalau jenis nikah di masjid yang masa terhad, OP (official photographer) tak sempat nak mintak2 “mana kamera ni, kotak je.. Mana henfon, ni sarung je..” Nanti kalau takde gambar, OP la yang kena.. padahal makcik awak yang simpan takut nak letak takut kena curi katanya.. Lagi satu kalau bahan makanan misalnya buah, tak payahlah balut. Apa yang kilat contohnya balutan plastik lutsinar pada hantaran buah-buahan tu akan memantulkan cahaya, jadi, apa yang ada dalam tu kamera tak nampak. Tolonglah faham.. Rasa nak nangis ni.. Ataupun tak payahla nak bagi buah2 nenas ke nangka ke durian ke.. (Dah la berat) Bagi saja gula2 beli di kedai, lebih menarik packaging-nya .. Hantaran hanyalah adat, sebagai tanda. Yang wajib maskahwin.


5. Bunga telur depan pelamin : nanti masa bergambar dengan keluarga mesti ada yang tersepak, terduduk.. pada aku bunga telur depan pelamin tak perlu rasanya.. Pelamin punyala moden.. tiba2 ada pulak telur2 bergantungan. Selalunya pengapit bagi bunga telur tu lepas salam pengantin, dan SELALUNYA OP akan ter-miss gambar bersalaman sebab pengapit yang depan OP ni sibuk nak hulur2 bunga telur.. bunga telur tu masa diorang makan kan boleh bagi juga.. pendapat peribadi je, jangan ambik hati, saya tak pernah paksa..




6. Guestbook : Elok juga kalau ada, anda tahu la sapa yang datang ke tak datang ke nanti. Nanti masa dah tua2 nanti, boleh selak2 guestbook ni. Boleh la refresh sikit baca wish kawan2 dalam tu yang apa-apa entah diorang tulis masa muda2 dulu. Guestbook mahal atau murah tak penting, asalkan ada. Pastikan kedudukan guestbook tu berada di tempat yang mudah tetamu singgah. Bukan di celah2 sini atau di tempat2 yang menyukarkan laluan keluar masuk tetamu. Pastikan ada ruang yang selesa untuk tetamu lalu lalang. Sebab kalau photobooh awesome selalunya ramai yang akan berkerumun.


7. Hari untuk mengadakan majlis : Sabtu pada awal bulan. Sebab tetamu yang jauh tak risau untuk datang, esok penat kena kerja, etc. Umumnya, esok hari hari Ahad, boleh rehat, jadi tiada alasan untuk tidak hadir hehe.. Dan buat pada awal bulan sebab kebanyakannya sudah bergaji, jadi lebih la sikit hadiah yang anda dapat (harapan lol)


8. Nikah pagi atau malam? Rasanya lagi best kalau buat majlis nikah berasingan dengan hari sanding. Nanti takut penat sangat start A Z sehari je. Maybe elok Nikah Jumaat petang atau malam, then reception sabtu esoknya.


9. Nikah di rumah atau dewan/masjid? Kalau rumah sempit, buatlah di masjid/surau/dewan. OP perlukan ruang untuk mendapatkan shot2 kreatif. Tak sesuai lah nak melangkah2 tetamu. Pengantin ni kalau boleh gambar dia nak dari semua angle.. Kalau tempat sempit macam mana OP nak bergerak? Lepas tu kata OP tak kreatif.. (OMG….) Sekiranya tiada pilihan, buatlah saja di rumah tiada masalah. Mungkin boleh kurangkan sedikit bilangan jemputan tetamu masa nikah, masa sanding esok kan boleh datang lagi yang lain2 tu..


10. Gambar masa bersiap. - Sejujurnya, fasa mula2 masa bermekap tu tiada cantiknya. Calit sana sini. Kalau snap pun hanya untuk rekod saja “inilah muka anda kalau tak mekap”. Jadi harapnya janganlah expect OP akan shoot gambar anda dari A to Z masa anda mekap. Lagi lama coverage hours OP, lagi banyak anda kena keluar kos kan?




11. Portrait session (orang melayu sebut ‘outdoor’) - percayalah pada OP anda. Diorang lebih banyak kali keluar bergambar dengan pengantin berbanding korang yang baru 1st time. Mereka pasti lebih arif tentang venue yang macam mana yang sesuai untuk anda pada hari itu bergantung kepada cuaca dan jaraknya. Tak semestinya Putrajayaaaaaaaaaaaaaaaaaa je… tempat yang simple depan rumah pun kadang2 cantik, tak perlu nak pergi taman jogging yang 45km dari dewan.. Jangan lupa sila beri guide kepada OP untuk location berdekatan sebab dalam kepala mereka tiada GoogleMaps nak hafal semua location dalam Malaysia.




12. Subjek dan environment memainkan peranan penting untuk gambar kelihatan cantik. Bukan sebab OP tak tau amik gambar.. Jangan mengharap gambar kereta kancil nak nampak macam Audi A5 siap ada lampu LED tiba2 dalam kamera. Begitulah perumpamaannya, sudi2lah memahami…


[ Tips untuk Majlis Nikah ]


1. Nikah : Kalau jurunikah tanya nak test dulu, cakap je ok nak test dulu.. kalau test, so OP ada banyak angle boleh snap. Lagi2 untuk yang hire seorang OP saja.


2. Sarung cincin di jari manis tangan kiri(simbolik bahawa ia satu-satunya jari yang ada salur darah terus ke hati.) Wiki > http://en.wikipedia.org/wiki/Ring_finger




3. Cium dahi, cium pipi, blablabla… buat saja ikut cakap makcik/pakcik.. bagi chance diorang snap gambar. Kalau dalam masjid selalunya jurunikah suruh cepatkan. OP boleh redo semula action tu selepas event (kalau sempat) dengan closed-shot yang kurang menampakkan background. Nanti dalam album, boleh susun semula.




4. TISU : Letak tepi, bukan genggam 24jam. Berdoa nak aminkan doa, bukan nak tadah tisu. Tak lawa gambar berdoa, tapi ada tisu. Tau la touching.. letak tepi je, nak lap pakai amik letak balik.


5. Bersalaman/laga pipi : tak perlu herotkan mulut, muncungkan mulut. SENYUM sahaja. Lebih cantik. Kalau dah nak nangis, susah nak tahan.. so, just carry on..




[ Tips untuk Reception ]
(Rujukan ini dibuat mengikut aturcara biasa : 11am >5pm)


1. Aturcara secara umum : Berkumpul > bergerak ke pelamin > salam > makan > potong kek > bergambar dengan keluarga pelawat > bergambar dengan rakan > bersalaman dengan tetamu > bergambar dengan keluarga tuan rumah > sesi portrait


2. Kedudukan : Bersanding atau berjalan menuju ke pentas pelamin - Lelaki sebelah kanan, perempuan kiri. ( simbolik perempuan lahir dari tulang rusuk kiri lelaki)


3. Tangan kanan pengantin perempuan memegang/memaut tangan lelaki. Tangan kiri pegang hand-bouquet.






4. Semasa berjalan menuju ke pelamin, pandang tetamu atau kamera, senyum atau lambai pada mereka. Elakkan pandang ke bawah selalu.


5. Kalau ada flower girl, seelok2nya mereka berjalan di tepi kiri dan kanan, kosongkan ruang tengah, jadi OP akan dapat angle dari depan muka pengantin. Tetamu/OP nak tengok pengantin bukan flower girl sahaja. Elakkan dari menyuruh kanak2 sebab walaupun nampak comel tapi bila tiba masanya nati mula la nak nangis lah, berpeluh2, yang terjatuh, yang mak dia pun kelam kabut tarik anak dia nak bagi lurus.. Dah tak nampak langsung pengantin nampak makcik pengantin je.. Itu tak masuk lagi dengan iPad, iPhone, Samsung dan segala jenis handphone yang dah beratur keliling…


6. Semasa sesi renjis/salam di atas pelamin, pengapit kalau boleh berhenti sebentar dari ‘mengipas’ pengantin untuk bagi ruang pada OP semasa tetamu naik ke pelamin. Sekejap saja, masa ada tetamu atas pelamin, lepas diorang turun, sambung kipas semula. (selalunya jurugambar akan berada di sebelah tepi untuk mendapat shot yang menampakkan kedua2 muka tetamu dan  pengantin dalam satu shot.)


7. Gambar bersuap. - Gambar suap menganga tiada yang cantiknya. Jadi jangan gelabah masa makcik anda kelam kabut suruh suap2 dan jerit2 kat OP. Suap je depan2 dia laju2 bagi dia puas hati. Gambar bersuap tu boleh diulang lagi nanti. Sesetengah OP tak masukkan shot bersuap tu dalam album pun, sebab mostly anggap itu moment yang agak tak berapa sopan. Tahukah anda jika ada VIP, OP selalunya tidak digalakkan untuk mengambil gambar ketika acara makan?


8. Semasa bersalaman ucapkan terima kasih. Berbual la lama sikit… tanya la dah makan ke (padahal kau dah nampak dia tengah makan kan?), dah lama ke sampai, keja mana sekarang, anak dah berapa, kau bawak hadiah tak harini :P ini sebenarnya untuk memberi moment beberapa saat kepada OP untuk mendapat shot yang natural. Then pengantin ajakla diorang bergambar (kalau dah habis makan) sekeping dua, kat mana2 pun takpe tepi meja makan tu boleh je kalau pelamin jauh sangat, janji ada gambar.


9. Potong kek. Masa potong pandang je kek, jangan nak tengok kamera je selalu okay.




10. [ Photobooth / Guestbook / Candybuffet ] Kedudukan : perlulah strategik, bukan di tempat sempit, betul2 di sebelah pintu, jauh paling hujung, atau terlalu dekat dengan kawasan hidangan makanan utama. Ini akan menyebabkan tetamu kurang bersemangat untuk ke photobooth itu. - Setup dan deko tersebut seeloknya disiapkan sebelum tetamu sampai untuk membolehkan jurufoto/video menangkap gambar dengan susunan yang kemas dan cantik. - Jurufoto/video TIDAK akan berada di photobooth anda dari mula sampai habis majlis. Kami akan berlegar di serata tempat. Jika anda harapkan semua gambar tetamu di photobooth kami snap, sila upah servis tersebut dari syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Atau upah servis dari syarikat CCTV.


11. Hantaran - Seeloknya set hantaran disiapkan sebelum majlis berlangsung. Ini untuk membolehkan jurufoto/video mengambil gambar details seberapa yang perlu selagi masa mengizinkan. Product shot yang cantik perlu dilakukan dengan rapian dan pencahayaan yang seberapa perlu untuk kelihatan lebih cantik, selagi masa mengizinkan.


12. LED berwarna warni sememangnya kelihatan cantik di pelamin. Tetapi jika warna-warni itu ia menyuluh muka, ia akan merumitkan jurufoto, malah paling susah adalah juruvideo untuk post-processing footage mereka nanti. - Jika LED berwarna digunakan, pastikan ia menghala ke deko2 pelamin SAHAJA, bukan ke arah pengantin. - Hanya cahaya lampu putih sahaja yang sesuai disuluhkan di muka. Tak guna anda mekap beratus ringgit tapi di pelamin muka anda berwarna biru lepas tu hijau berbelang-belang.


13. [ Kerusi Pelamin] Ketinggian kerusi yang kurang sesuai akan menyebabkan pengantin nampak tenggelam dan janggal. Ketinggian duduk yang sesuai adalah apabila lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang. Dinasihatkan supaya mencuba ketinggian kerusi. Jika tidak cukup tinggi, sila alaskan kaki kerusi dengan apa saja alas yang perlu.


Ada masa nanti saya sambung lagi. Terimakasih.
—————————————
Sekian.


Shagrasyiid.com.

 

Tuesday, April 21, 2015

HANTARAN SEJAMBAK BUNGA


Tadi incik lalan hantar barang-barang hantaran kami ke butik. Masa ontheway ke butik, incik lalan kata "dah cukup k barang hantaran, ade yang tk puas hati lagi tak?"


Bila dengar incik lalan tanya macamtu,
Terus saya kerahkan otak saya untuk berfikir mencari sesuatu. Tiba-tiba TINGGGGGG!!!!!


Suara cebik bibir :
"Dah lama kite couple, tiap tahun saya minta awak bagi saya sejambak bunga, tapi awak tak pernah bagi, yang saya dapat bunga pun dari orang lain,, awak tak deeeee punnnnnn" -cebik bibir lagi dasyat..


Incik lalan :
"Bunga kan cepat mati.. bazir tau.. ala, biarlah siapa pun nak bagi awak bunga, saya yang tak pernah bagi awak bunga juga yang awak pilih haha"


Saya : (-_-") sambung cebik bibir "tahunn lepas masa tunangg awak dah janji nak bagi saya red roses tau... so saya nak1 dulang special just untuk sejambak bunga, significant menandakan cinta awak untuk saya, dan significant menunjukkan selepas lama saya menunggu dan cinta kita bersatu"


Masa saya kata saya nak sejambak red roses di reka khas pada salah 1 dulang hantaran, Saya gurau je sebenarnya. Yes, incik lalan tak pernah bagi saya bunga, yang saya ada dapat pun from my mom, from lelaki-lelaki gatai diluar. Incik lalan tahu kalau ada lelaki lain bagi saya bunga, dia langsung tak marah dan heran. Saya pula tiap tahun terkinja minta bunga dia tak bagi.


Oleh kerana dia tak pernah heran dengan permintaan saya, so saya sengaja lah kata nak bunga as hantaran. Not gubahan bunga. Sejambak bunga yang grand. So kalau orang tanya untuk apa bunga tu, saya boleh lah terangkan "selepas bertahun minta, this day, dihari perkahwinan kami, dia tunaikan apa saya nak dan significant sejambak bunga ini menunjukkan rasa sayang dia pada saya, harini hari amat bermakna dan termanis untuk saya" -sambil tu tangan kanan pegang bunga, tangan kiri pgang lengan incik lalan, kepala lentok kat bahu dia,. ececece HAHAHA


Dan dia setuju.
Saya pun kata "kalau tahu tadi, tak minta bunga, minta pandora platinum lah kalau tahu" ;p


Apapun, saya suka sangat! 
Dia yang hantarkan barang hantaran ke butik. Dia yang handle mengenai perbincangan. Semua dia settle. Saya cuma bagi gambar je pada incik lalan, saya nak hantaran dalam box kaca. Dan tentang permintaan saya nak sejambak bunga pun dia yang discuss pada owner butik violet tu.


6.45petang, dia call, kata settle.
:)



Kurang lagi 2 minggu
*sengih jelir lidah*

Lady faizal,
Fatinfashiekin




DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...