FOLLOWER

Tuesday, February 10, 2015

PEREMPUAN DAN KERETA


Allhamdulillah,
Khamis ni tak perlu ke rengit.
Syukur ke hadrat ilahi.

Yela,
Training 2 jam.
Perjalanan pergi balik 3jam.
Belum campur "sesat"
Mesti haru.

Lepasni training berdasarkan skype,
Zaman kan dah maju ;p

‎Dan harini benda lengai terjadi pada saya,
Haih, beteri kereta kong! 
Saya lupa nak off lampu kereta selama 8 jam,
Dan ni buka pertama kali.

See, nampak tak perangai saya bab membabitkan kereta ni? Nasib baik lah saya duduk 1 kawsan dengn mama abah, kalau merantau jauh ke selangor ke, siapa nak tolong? Menangis tepi jalan lah. Sambil menangis tu tunggu abah datang dari pagoh ke selangor. Hahaha

________________________________________


Bila betri kereta kong terus kol abah--

Me : abah akk lupe off lampu kereta, betri kereta konggg. Kereta akak tak hidup.

Abah : ala abah kat muar niii. Kol zaki bengkel, suruh dia datang farmasi

Me : ‎akak tak tahu laaa. Akak takutttt. Akak maluuuu. Macammane niiiiiiiiiiiii.............

Abah : tunggu abah, abah kat muar lagi.

_______________________________________

Lepastu dengan riang ria, saya masuk farmasi semula, x kisah lah abah mama datang lambat pun sebab saya mmg shift petang. So masuk farmasi, santai2 tetiba terfikir nak kol mama, tanya anggaran masa boleh sampai pagoh--


Me : mama sampai pagoh pukul berapa? 

Mama : abah dah gerak, kejap lagi sampai lah

Me : gerak??? Kata kat muar???

Mama : abah saje temberang keling, sebab malas melayan..

Me : (-__________-") *tipuu rupenyeeeee*‎ hahha



Ye, ni bukan kes pertama saya.
Agaknya memang nak kena tampal note kat dashboard dn tulis 
"SILA OFF LAMPU! INGATTT!"


Lady faizal,
FatinFashiekin


Monday, February 9, 2015

BIDADARI FARMASI

We're one team :

-beautifull
-good looking
-professional
-can communicate well with others
-friendly
-personable

"Dulu cita2 nak jadi pramugari tak menjadi.. so kami jadi pramugari a.k.a bidadari untuk farmasi, sentiasa melayani orang dengan penuh gaya dan profesionl." hahaha


Lady faizal,
FatinFashiekin




LAKONAN DEMO KESELAMATAN KEBAKARAN

 
 
‎Saya terlibat dalam lakonan ni sebagai "mangsa kebakaran".. okeh ini adalah bidang terjun tiba2. Telah diberitahu awal juga tapi tiada sebarang latihan. Macam yg lain mereka ada latihan. Saya sekadar datang dan terus lakonkan.


Watak saya senang,
Conteng wajah konon bleeding,
Kena bdarah dikaki, tangan dan muka.
Saya kena berada di tingkat atas,
Ecah dibawah meminta pertolongan menyatakan sahabatnya (saya) terperangkap.


Kemudian abang bomba datang membantu kami,
Seorang demi seorang.


‎Puas lah saya menjerit :
-"Tolong.... tolonggggg...... tolong selamatkan sayaaaa"
-"tolonggggg apiiiiiiiiii.....panassssssssssssss"
-"Tolong sayaaaaa....kol kan bombaaa...."
-"Tolonggggggggggg....."
-"tolonggggggg...... sakit sangat ni........"


Over gila aku.
Bab berdrama, bukan main.‎ Haha.


Bila dah jerit2 tu,
Lepas 4 minit baru abg bomba muncul,
Pehhh tak punctual, bengkak anak tekak saya wei,
Kalau terbakar betul2 confirm dah rentung jd abu.


Lepastu abang bomba datang selamatkan saya,
Datang selamatkan ecah,
Saya mula lah berlakon lagi yela nk npk real,
Saya cakap lah
"Sakit-- sakitt-- sakit"


Then abg bomba tu gelak kata
"Sakit ea? Tahan sikit." sambil gelak.
Kurang asam betul. 
Hello, berlakon okey. Serius. 
Hahahahah


Tu kes kat atas,
Kes dah diangkat ke bawah,
Silauuuu gila mata saya, dibaringkan pada terik matahari. Mampu? 


Saya dah bisik2 pada ecah
"Dah boleh bangun lum cah? Dh boleh bangun lum?"

Ecah pula steady 
"sakit-sakit-sakit"
Saya terkebil-kebil


Kemudian paramedik sampai balutkan luka lakonan kami. Ecah "sakit-sakit-sakit"

Dah last tu baru saya tahu,
Rupanya ecah memang betul2 terjatuh masa tengah diangkat. Tu dia mengerang "sakit-sakit-sakit"..


Apapun, pengalaman ni best! 
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin









Sunday, February 8, 2015

MENCARI JALAN KE RENGIT


Khamis ni saya mendapat amanat untuk ke farmasi rengit sekali lagi. Habis lah. Saya tak hafal jalan sane okey. Memang dah banyak kali pergi, tapi jalan sana bercabang-cabang, bengkang bengkok, banyak gila parit. 18kali pergi, 18kali lupa. Acane niiiiii (-_-) sabtu haritu pi pun dengan kk ani, balik pula follow kereta zaza, mereka pula bawa saya melalui 2 jalan berbeza, lagi lah haram saya nak ingat *nangis*


Terus kol incik lalan :

Me : yang, khamis ni kena gi rengit, tapi tak tahu jalannnn... hp tak ada waze, tak ada gps.

Incik lalan : hello, saya bukan beli kan awak hp 3310 okey. Saya beli kan latest blackberry tau. Awak tu yang tak tahu gune,...

Me : ea? Ada ea dalam hp? Alaaaaaaaa, tak tahu guneeeeee... sane bukan ada line pun, haritu follow zaza pun ttbe kami hang tepi jalan sbb internet tak adeeee *nangis*

Incik lalan : haha. Nasib awak ler, saya pun tak tahu rengit kat mana.

Me : alaaaaaaaa, kesian kan lah saya, kalau kekasih awak ni sesat macammaneeeeeee..... alaaaaaa......, temankan saya jommmmm.. awak tunggu dalam kereteee

Incik lalan : takde-takde, jauh kot... jangan risau, kalau sesat pun masih dalam malaysia.. kalau sesat terus ke indonesia ke, thailand ke, singapore ke lepastu kena tgkap, bbaloi juga lah saya nak tolong, ni setakat ke batu pahat.

Me : *seramsejuk*


Habis lah saya, sumpah tak ingat jalan kot (-_-") 
Saya ni jenis lembab sikit bab menghafal jalan,
Habislaaaaaaaaa akuuuuuuuuuuuuu. Nangis tepi jalan lah nampaknya.



‎Lady faizal,
FatinFashiekin


STICKER #fashiekinfaizal


I ni bute bab2 editing,
Segala dalam kepala I ni "zero"

Tapi ada niat dihati nak buat sendiri,
Untuk ada kepuasan,
Yela kahwin hanya sekali,
So nak lah ada rasa kepuasan sambil mjerit dalam hati "I did it!!!!!!" hehe


So sticker ni I akan tampal pada goodie bag seperti air mineral / mug ke. Ok, brg goodie bag tak cari lagi. Last weekend busy, next weekend InsyaAllah akan usahakan masa untuk settlekan perkara yang masih tak settle.

Prop photobooth pun gigih saya buat! Hehe.
Next entry okehhhh ;p


Lady faizal,
Fatinfashiekin




Friday, February 6, 2015

MY BRIDESMAID @ DULANG GIRL


saya tak terfikir nak adakan "dayang-dayang" ni,
nieza lah tanye "tak buat dayang2 ke?"
so setelah berbincang dengan incik lalan,
at last, incik lalan pun setuju *sengih lebar*
yelaa, kena minta izin dia, incik lalan kan pemalu ;)
 
 


dan harini, saya dah dapat shortlist kan,
siapa dayang2 saya
1) NIEZA
2) AISYAH
3) ZAZA
4) FIKA
5) PIPIK
6) JUA
7) KAWAN JUA
 
 
mereka yang saya pilih sangat havoc,
saya mencari dulang girl yang gila glamour mcm saya,
bab bergambar memang diva
dan boleh bagi pose terbaik. hahahaha
 
disebabkan majlis saya dirumah,
bukan di dewan,
dulang girl ditugaskan utk mengangkat hantran lelaki.
 
so bila incik lalan dah get ready nk berarak,
mereka bidari2 akan mengiringi incik lalan.
7 dayang bermaksud 7 dulang
 
siapa pengapit saya ?
next enty okey :)
 
 
lady faizal,
fatinfashiekin
 

 


Wednesday, February 4, 2015

CHECKLIST


This weekend kami tak dapat berjumpa,
So harini (rabu) kami sempat kan diri untuk berjumpa. Even tak lama, tapi puas hati dapat jumpa :)


Kami makan sama2 dsebuah kedai tomyam, confirm brader tu ingatkan saya nak ajak incik lalan join MLM / Jual Insuren. Yela penuh atas meja dengan kertas2, buku, borang, handphone, kamera, dah macam direct selling. Dah lah kami kalau berborak selalu tak sejiwa, bile lalu kat meja kami, serius kami bborak mmg x boleh diganggu, tapi kalau dah gelak, memang semua orang terkejut.

Incik lalan dia pandai,
Makin hampir tarikh,
Jam dia pula rosakkkkkk--
Pandai taktik dia,
Lepastu buat suara manja2 "jam kite rosak lah, 1 dulang letak jam boleh tak" lepastu saya malas melayan dia ungkit "dlu saya hadiahkan awak tissot mahal tau" peh dia main kasar. Saya pula balas, boleh, tapi saya nak gopro4. Ha baru dia tercengang. Haha. Bukan apa, boleh lah guna gopro4 untuk outdoor wedding nntikan. I kan suka selfie.


Apapun, perbincangan harini menarik,
Allhamdulillah dikurniakan pasangan yang tak 100% harapkan saya sorang, dia sudi teman, sudi bagi idea, sudi menolong. Walaupun kadang2 part menolong dia agak lambat settle (contoh dalam persediaan borang). But at least effort yang dia tunjuk, sangat mengharukan.


Me : nak kahwin dengan saya tak? Nak saya jadi isteri awak tak?

Dia : nak-nak-nak *sambil buat muka perli* 


Hahaha


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Monday, February 2, 2015

PROJEK #fashiekinfaizal


Sekarang,
Projek mengumpul semua gambar-gambar candid incik lalan.


Apa i nak buat? 
Haaaa, ada lah..........
Follow up je,
Akan diupdate :p


Lady faizal,
FatinFashiekin


Sunday, February 1, 2015

PROSUDER KURSUS KAHWIN JOHOR


Salam,
Sahabat handai taulan mesej saya,
Tanya mengenai prosuder kursus kahwin di johor.


Lokasi kursus kahwin saya di :
Masjid jamek, Muar
(kawasan tanjung)
Tak kan tak tahu,
Masjid besar ditepian sungai yang indah :p


Prosuder nya macamni,
Sebulan sebelum uols nak confirmkan tarikh kursus kahwin tu.


1) Pergi ke Pejabat Kadi, Muar
-sediakan gambar berukuran pasport, yg perempuan WAJIB bertudung.. lelaki WAJIB bersongkok dan berkolar
-1 orang RM120.00 disemua kawasan johor, jangan kisahkan harga, ilmu yg uol dapat pd kursus kahwin tu lagi penting, sebelum kahwin dah berkira sangat harga duit kursus kahwin, dh kahwin nnti macamna? Korban sikit :)
-kalau uol datang wakilkn pasangan makesure tahu nama penuh, alamat penuh, no ic, pekerjaan, status pasangan sbb uol akan kena isi butiran peribadi disana, bawa gmbar pasangan. Mereka tak kisah andai diwakilkan, asal kan duit ado.


2) Booking tarikh uol free (valid 3bulan)
-bila dh bayar, simpan resit, dalam sebulan hanya ada 2 sesi kursus kebiasaannya awal bulan dan hujung bulan.
-bila dh dpt tarikh yang uol nak, call pejabat kadi muar.


3) dah bayar + dah tahu tarikh, datang ke masjid jamek. Pukul 8 kursus dah start.


4) lelaki WAJIB pakai baju melayu. Perempuan WAJIB berbaju kurung. 


5) kursus kebiasaannya pukul 8pagi hingga 5 petang sahaja


6) fokus dengan apa di bincangkan! Sekarang punya style x macam dulu, kalau dulu sukahati uol nak merokok, x masuk dewan, tidur ke. Style sekarang, uol merokok kena bayar RM500.00, kalau ttidur, persiapkn diri dgn kebijaksanaan mental kerana bila2 masa akan disuruh bangun menjawab soalan yg cnfirm uol terkedu. Mengenai kedatangan juga sangat ketat! Last kursus akan ada sesi soal jawab, so behave haha


7) bagi mereka 40an ke atas, tk perlu ambil kursus kahwin.

8) ‎tips. Jangan duduk depan sekali. Habis uols kena soal setiap sesi nanti. Haha



-bagi anda yang tak faham, apa yang jabatan agama islam johor nak. Contoh prosuder isi borang nikah secara online tu E-NCR ea? So pergi kursus kahwin, akan diterangkan. Sangat-sangat detail. Tapi kalau uols setakat nak study ke, nak tanya2, feel free to email me fatinfashiekin@yahoo.com saya 24jam online so jangan ragu utk btanya


Lady faizal,
Fatinfashiekin


LAUK UNTUK DIA


Rutin weekend! :)
Mee kari + ayam masak kicap + sayur goreng,
Simple tapiii lazatt.

Incik lalan dh blur
"Eh, nak makan mane 1 dulu ni"


Uols tengk x cerita "asam pedas untuk dia"
Ala kat tv3 tu,
I penah upload review novel tu,
I ada novel tu, nak pinjam tak? Haha
Cerita tu best sangat! 


So feeling2 drama "asam pedas utk dia"
I tukar sikit jadi,
"Lauk untuk dia"
Ok kan? ;p




Lady faizal,
Fatinfashiekin


PINK


Bangun pagi,
Pegang je iron tetiba blackout
(-_-")


Dah lah iols ni semua baju kebanyakkn nya jenis perlu di iron. Tak ada nya ready terus boleh dipakai, 


Nasib baik lah mama seorang yang rajin iron tudng awal, so iols tinggal sarung je hehe.
Kimono pink yg iols pakai ni pun actually mama lah rajin iron awal, nk kemana tinggal capai.


Actually iols really hate pink.
Tak sukaaa dengan pink (-_-)
Orang kata pink ni cute,
Bagi iols,
Senggugut = pink
Period = pink
Gugurl = pink


Harini bila dh blackout,
So nak tak nak,
Capai je apa yg dah digantung.

Harini I sangatttt pink,
Dan iols rasa tak seronok tgk cermin,
Rasa mendung je bila pandang diri sendiri,
Rasa gemuk macam hello kitty
(-_-)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...