FOLLOWER

Saturday, January 10, 2015

COWBOY MELAKA


Saya yang beria bebenar nak datang sini,
Semua orang kata kat cowboy melaka ada macam-macam. Segala jenis barangan ada.


Bila menjejakkan kaki kesana,
Penuh orang, parking pun susah sebab orang ramai dan kebanykkan dieorang borong barang, so troli semuaaaa penuh.


Tempatnya mmg banyak barang,
Cuma tak organize, dsebabkan terlalu banyak, so berhabuk dan bersepah. Tapi uols jangan kerut kening pula bila saya kata berhabuk dan sepah ye, sbb tempat ni besar dan macam2 ada, kalau pekerja dia kemas pun ofcz lah memenatkan je sbb orang akan punggah.


Cuma yang saya kurang suka,
Sebab tak ada aircond,
Tempat besar, dsebbkan penuh barang ianya jd sempit, akan bersesak dengan troli orang lain, so suasana jadi panas dan rimas. So makesure uols pakai deodrant lebih hehe.


Serius tempat ni macam2 ada wey,
Peralatan kahwin, permainan kanak2, perlatan berkebun, peralatan memasak, uih, boleh rabun lah mata, kipas ada, generator ada, cangkul segala jenis pun ada, tikar pun ada, saya sepanjang dlm cowboy asyik terpelik dan kata "la! Ni pun ada jual kat sini. La! Ni pun ada. Laa ! Ni pun adaaa" tk henti2 iols tercengang.


Incik lalan pula setiap kali jalan 1 section, ayat dia "ha ni lah yang saya cari ni".. lpastu "ha ni lah yang saya cari" tak sudah2.. bila masuk part barangan memasak, sampaikan konon memudah kan pagi2 nk goreng telur, dia beli bekas mengoreng telur..nk beli punya pasal.. memula dia ambil yang bentuk bulat je, lpastu saya kata bentuk LOVE tu comel. Nnti kwin, pagi2 goreng telur bentuk hati, cinta dipagi hari gituh. Hahaaha. Sanggup dia ambil yg bentuk love.


2jam kami dalam cowboy,
Tapi kami x habis round.
Sbb besar, next time incik lalan janji nk datang lagi, kalini dtg makesure ada list, kalau x, benda merepek je akan dicapai. 


So uols, yang nak kahwin ke,
Datang lah cowboy,
Macam2 ada :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Thursday, January 8, 2015

PISANG


Seronok nya kerja dalam masyrkat,
Pelanggan hargai kita.

Dapat je makanan,
Ni dapat pisang 3kg.

Thats y I love my job
:)


Lady Faizal,
Fatinfashiekin


Wednesday, January 7, 2015

NAK KAHWIN DENGAN SAYA TAK?


Mama dan abah asyik ingatkan
"Bila nak pergi? Nanti kelam kabut?"
"Bila nk pergi? Org tu kata skg hampir full"
"Bila nk pergi? Sebulan cuma ada 2 kali"


Haih. Tension saya.
Ingt kan nak tunda ke bulan de‎pan,
Tapi bulan depan saya kena ke batu bahat,
Hadiri ‎ulangtahun farmasi ke 10 (-_-)


Takutnyaaa,
Masa cepat berlalu..


Sekarang, segala borang ke,
Segala copy dokumen ke, saya yang hanlde.
Incik lalan, busy dengan projek kanan.


Incik lalan kata
"Awak kan pembantu peribadi kesayangn saya, menguruskan semua apa yg patut saya buat, saya cuma perlu tandatangan je"


Saya balas
"Kalau saya pembantu peribadi awak, konon kesayangan, Dan sepatutnya. Dalam nama FS tu ada lagi satu abjad FFS. Sepatutnya "double-F" mewakili saya, 20% saya punya, ala, x bnyak" haha


Kidding k. 
Hanya gurauan semata.


________________________________________

Perbualan pertama :

Saya : yang, nak no ic yang tengah apa? Lupa lah. 02 ke 03 ke 04? 

Dia : nak buat apa?

Saya : tak kan nk rompak akaun bank awak, nk isi borang kawin laaaa..

________________________________________

Perbualan kedua :

Saya : yang, nak gambar berukuran pasport, kursus kawin kena ada gambar.

Dia : ok, gambar ada, nanti ambil dalam wallet saya, ada gambr mase renew pasport haritu.

Saya : hello, bukan semudah tu, nk gambar awak pakai songkok okey dengan t-shirt kolar @ kemeja. Lain xkan dterima, ingat, johor leceh sikit prosudernya. Dan ingat, no to kopiah, nti awk nampak tua. Hahaah


Dia : ala, masa bila nak ambil gambr bersongkok ni? Busy lah.


Saya : AWAK NAK KAWIN DENGAN SAYA TAK?? 


Dia : *ketawa mengekek* 


Emosi betul saya bila dengar dia gelak dengan pertanyaan "nk kawin dengan saya tak" dia punya gelak tahap guling2. Rasa macam saya buat pementasan maharaja lawak mega je.

LOL


Lady faizal,
FatinFashiekin


Tuesday, January 6, 2015

Monday, January 5, 2015

BANTUAN MANGSA BANJIR


Saya ambil inisiatif untuk menderma kan pakaian yang 80% ada perasaan sayang dalam hati, seperti jeans2 kesayangan, baju kurung, blause2 dan seluar track suit. Dan saya dengan redha dan rela memberikan nya pada yang memerlukan.


Semoga sumbangan tak seberapa dan sumbangan pakaian ini dapat meringankan beban mangsa banjir dipantai timur.


Kita tolak mengenai permusuhan kita di pandang bola, dari sisi politik dan lain2 perbalahan. Tapi kita ambil apa yg tjadi ni sebagai 1 hikmah untuk kita bersatu padu.


Gadis selatan,
FatinFashiekin


JAWATAN KOSONG


Sedang mencari staff bru di farmasi,
Oh, disaat saya akan busy terkejar sana sini,
Masa ni lah ada staff minta bhenti mengejut.


Sebelum ni kak sue berhenti,
Ni ada berhenti lagi,
Dah lah dah train dan gilap dengan kilatnya,
Segala liku2 dah di curahkan ilmu,
‎Segala macam ubat pun dia dah pandai handle.
Tapi, apa kan daya.


Saya bincang dengan incik lalan :

Saya :
Pelik lah dengan orang melayu kita, fresh graduate ke, tak fresh graduate ke. Imaginasi diaorg dlm dunia kerjaya ni tinggi sangat. Yg graduate, demand part gaji lpstu performnce poyo. Yang plain non graduate, hati x kental, performance hambar.


Incik lalan :
Itu lah orang melayu kita, nk kerja senang, nk gaji banyak, tak nak usaha.


Saya :
Susah nak cari pelapis saya dengan kak ani, saya sendiri bkerja, niat saya bukan gaji semata, tapi saya cinta tiap apa saya buat, so saya tak rasa penat. Saya suka pkerjaan bermasyrkat macam saya sekarang. Saya suka bila masyrkat kenal saya. Bila masyrkt berterima kasih kerana ubat yg kita bg sesuai dengan mereka. Ada yg dtg, bg makanan lah atas dasar berterima ksih. Saya suka dengan kerja ni. Kenapa org melayu muda kita ni tak buka minda? Kenalah balance antara gaji dan niat dalam cari rezeki. Lgisatu, kerja ni mudah dapat pahala.


Incik lalan :
Orang lain tak macam awak. Awak memang hebat dalam bab bermasyarakat. Awak punya mulut memang jenis tak berhenti bercakap, jenis awak memang dicampak ke mana pun, awak boleh bawa diri. Macam orang lain, ada yang lebih suka bkerja depan komputer dan menaip, tak berborak dengan orang sekeliling. Awak tak boleh samakan minat orang dengan minat awak.


Bila dah kena basuh akal dengan incik lalan, fine, baru lah tersedar. Betul. Tak boleh nak paksa orang masuk dalam bidang yang kita suka tp orang lain tak suka. Macam saya, kalau ttiba masuk dalam bidang yang memerlukan saya menaip 24jam, minta maaf, kerja saya guna mulut, untuk consult, untuk explain, kerja guna tangan menaip2 memang bukan saya. Mahu2 tertidur depan komputer. Haha


Apapun, semoga akan berjumpa jodoh dengan staff yg mmiliki minat yg sama macam saya dan kk ani! Saya mencari "team" saya tak mencari junior. 


Jangan risau, saya bukan kaki buli.
Jangan risau, saya ajar lemah lembut.
Yang saya risau, 
Saya dh train lpastu awak resign (-_-")



Sekarang incik lalan pn ada train staff baru dbwah dia, Perempuan. Sebaya saya. Incik lalan kata "budak lagi lah, 25tahun" lepastu saya jeling dia "hello, saya pun 25tahun tau, saya budak ke?".. then dia tarik tudung saya "awk tu umur je 25tahun, tapi lifestyle awak mcm 28tahun dah. Orang tak kan pk umur awak 25tahun, x caya, cubalah suruh orang teka umur awak,." 


suke betul sakitkan hati kite.


Tapi tak pa,
Saya suka matang2 ni.
Yang saya tk suka adalah "tua"
Hehe



Lady faizal,
Fatinfashiekin

Saturday, January 3, 2015

SELEPAS NEW YEAR



Harini,
Bangun pagi senyum2,
Cari baju, Cari shawl, iron.


Ambil hp,
Mesej incik lalan kata rindu,
Ececece.


Biarkan perut lapar,
Sebab nak lunch sesama.
Ececece.


*ngada*
Saya memang ngada,
Bak bait lagu 150juta
"Sayang mungkin baran tak kira masa,
Tapi sayang tahan kalau yg salah saya,
Sayang mungkin saja keras kepala,
Tapi sayang manja bila kita berdua,
Saya kenal sayang saya"

-ok cuma part
"Sayang mungkin baran tk kira masa"
Tu bukan saya, kita tukar
"Sayang kuat bebel tak kira masa"
Ha baru ok. Haha


Apa kami buat,
Saya dah rangkum kan mengikut gambar,
Ala, rutin je.

Macam biasa lah setiap awal bulan,
Incik lalan ajk teman gi mydin,
Beli barang dapur dan snek2 makann dlm kereta,
Dan minuman dia.


Pergi tgk pameran perabt,
‎Ala2 ikea gituh.
Cuma nak ambil gmbr byak2,
Incik lalan bebel dia kata "behave, org pndg"
Eleeehhhh.


Petang tu,
Boring, ajak incik lalan makan satey.
Ha lah, baru saya perasan,
Bandar melaka tak ada port santai petang,
Yang banyak western food je,
X ada pun kedai roti canai melayu + satey melayu.
Semua mamak yang take over,
Ok. Maybe ada di kawasan kampung.
Tapi dikawasan bandar tak ada.
Ada pun 1-2 sahaja.
Kalau ada, confirm orang ramai,
Dh bosan lh piza / kenny rogers / macD.


So nasib saya baik,
Incik lalan ringan hati bawa saya ke 1 kwsan ni,
Gerai mustafa, satey dia memang best! 
Tapi selalu full! Gerai mcm pondok je,
Tapi orang ramai.
Maaf ler xda gambar ye,
Incik lalan bebel saya asyik bgambar 24jam,
So masa makan dia suruh letak hp. Hehe.
Tk bagi bergambar T_T
Gambar satey tu pun puas mrengek iols kata
"Nak 1 kepingggg je, nk update blog"


Nk bercinta dengan blogger,
Kena hati kering.
Kerana blogger akan ambil gambar tak kira masa, kawasan dan persekitaran.
Kerana blogger akan update even sekecil semut punya story.


Saya ni blogger suam kuku,
Saya anggap blog saya ni diari,
Iols memang suka tulis diari,
Since diari dh hilang zaman,
Blog ni lah diari saya.
Orang suke ke, x suke ke, iols tk peduli.
Yang penting, iols suka share cerita seharian.


Nanti iols nk tunjuk pada cucu,
Nak kata pada cucu :
Nenek sayangg kat atok tau dulu,
#fatinovelablogspot tu rentetan cerita cinta nenek dan atok‎. Cucu filemkan ye? Hahahah


Lady faizal,
Fatinfashiekin









Thursday, January 1, 2015

ADIK INCIK LALAN



Throwback :

Adik2 incik lalan sangat baik,
Kakak nadzirah, ita dan dikmat.


Nadzirah, 
Kami banyak kali dh pernah jumpa,
Masa kak belajar kat UPM dn praktikel,
Kerap juga lah kami jumpa.
So bila nk balik kedah,
X rasa kekok lah dah ada geng.


Ita,
Kali pertama saya jumpa masa saya tunang,
Tetapi actually even xpernah berjumpa,
Kami sangat ngam. Selalu contact.
Melalui fb lah, instagrm lh, whtsapp lah.
Sama citarasa, almaklumlah, sebaya :)
Bila jmpa kami terus blh ngam,
Bukan tu je, masa wedding ita,
Saya sendiri boleh ngam dengan kawan2 ita,
Mula2 mereka ingtkn saya ni kakak2,
Ita pn kenalkn saya ni kakak ipar. 
Masa ita bz ats pelamin dn saya duduk dgn kawan2 dia, sy tanya"eh, korang ni umur berapa? Sebaya ita kan?" dieorang angguk, 
Dann saya kata "eh, kita sebaya okeyyy!" lepastu dgn kawan2 ita pn saya boleh ngam.
Almaklumlah, sebayaaa. Hehe


Dikmat,
Adk bongsu dalam keluarga incik lalan,
Even bongsu tapi palinggg tinggi,
Sama mcm ita,
Tk pernah berjumpa,
Tapi kami selalu berhubung.
Dia yg drive bawa jalan2,
Pun sama juga, walau ptme kali jmp x kekok,
Boleh ngam.



Terime kasih semua atas layanan yg sangat baik,
Sangat-sangat happy...
Langsung tak rasa kekok,
Rasa happy je!!


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Wednesday, December 31, 2014

HADIAH UNTUK SAHABAT



Walau dimana berada,
Jaga diri - kuatkan hati

Lady faizal,
Fatinfashiekin


SCHOOL HOLIDAY


Throwback apa yg blaku minggu lepas,
Sangat happening !

Saya bawa bsama my siblings,
So boleh lah mereka havefun dengan alisya dan akila sambil mndi manda, boleh lah iols bercinta dengan incik lalan. Haha.


Apapun, sangt seronok,
Seronok sehinggakan my siblings (awal),
Menangis bila incik lalan nk htr alisya dgn akila balik kedah. Sayu hati sangat dia. Saya sendiri terkejut.


See u next school holiday princess,
Kite ajak abah gi jalan2 lagi ye! 
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin



.

HAPPY NEW YEAR 2015


No one can go back in time to change what has happened. So work on your present to make yourself a wonderful future. 

Happy New Year !!!!


Lady faizal,
Fatinfashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...