FOLLOWER

Sunday, August 17, 2014

PLANNING TAK MENJADI

Semalam sangat happy dan haru,
Even banyakk plan x menjadi
Tapi still happening.

Subuh2 dah gerak ke melaka,
Incik lalan bt appointment utk saya htr kreta pukul 8pagi,
Kelam kabut pas subuh drive kmelaka,

Pagi2 dah whatsapp dia suh pakai bj warna purple,
Nak sedondon gituhh hehe.

Ok, nk straight forward cerita,
Nk dijadikan cerita, kn incik lalan beli kn monopod,
So saya da seminggu ajak incik lalan pi klebang,
Yela, nk feeling2 ambil gambar menghadap pantai..
Nk ke port dickson jauh sgt.
Orang dh bg monopod, so hrgaiii lah

Thatsy juga lah saya beria suruh incik lalan pakai bj purple,
Nk selfie secara sedondon mhadap pantai kononnya.
Tapi semalam dia lalu satu jalan saya x pernah lalu

Saya : ni bukan jalan nk ke klebang kan ?
Dia : klebang tu bukan besttt, ape je ade kat klebang tuu,
Kite gi pengkalan balak, lagiii best.
Saya : yeke ? Tapi klebang lg best lh, boleh main layang2
Dia : tak best, tak cantik ambil gmbr, kite gi pengkalan balak k.

Pelik. Dari nk ke klebang tetiba dia kata nak ke pengkalan balak.
Jauh pulak tuu. Pelik-pelik.

Lepastu, setelah 30minit perjalanan,
Dia membelok ke afamosa (-_-")
Nak jumpa kawan katanya, ada benda nk discuss,
Sekejap je katanya,

Dari 4.30 sampai 6.30 petang,
Kawan incik lalan tak muncul2,
Dalam waktu tu dah 4 kali kami round afamosa,
Keluar masuk gate afamosa
Selfie pun berpuluh-puluh keping,
8 kali incik lalan asyik ulang alik kereta dan lobi hotel.
Kami sempat pekena dn lepak kt warung roti canai,
Kawan incik lalan still tak muncul tiba.

So kesimpulannya,
Segala plan terbatal dsebabkan menunggu kawan incik lalan,
Dah dekat magrib baru kami gerak balik,
Tu pun mber incik lalan tk pick up phne,
Last dia pick up pukul 5ptg kata tgh drive ontheway,
Tapi dah 6.45 still tk muncul lagi, so kami give up.

Balik tu, kami direct pi mydin,
Incik lalan kata " jom teman saya cari minyak masak dn sabun cuci pinggan"
Huhu. Jadikkk lah. Dapat juga dating2 mesre2 sambil menolak trolley.

Tapi bagi saya,
Even berjam jam tunggu kwan incik lalan,
Happy juga sbb dapat lepak free dan santai dengan dia,
Dan kesian juga kalau saya tak teman dia,
Rasanya kalau incik lalan sorang2 tunggu kt lobi hotel
Dari 4.30 petang sampai 6.30petang,
Mesti dia dah berubah jadi TUGU PETINGATAN kat situ.
Hahhahaha.

Next week ada lagi,
Dont worry :)

7.50 mlm kawan incik lalan msj
"Sorry, saya terlupa"

Hmm, pukul 5 kata ontheway,
Ttiba tlupa pula.

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Saturday, August 16, 2014

UNTUK KAWAN


betapa mudah manusia menggantikan cinta.

seorang kawan aku sedang merana.
kawan2 semua kata "dia tak pernah menangis. entah bagaimana dia tanggung kesedihan dia itu"

tapi dia menangis di depan aku.
tidak apa, rahsia kita.
menangislah.

kadang2, kalau kau tunjuk sayu kau depan orang pun, mereka bukan boleh faham.

aku tak pernah memaksa kawan aku itu tinggalkan jejakanya. sebab aku terlalu mengerti rasa dipaksa melupakan sesuatu yang kita percaya.

"mamat itu syaitan. lupakan dia"
"mamat itu kejam. ramai lagi."
"mamat itu celaka. cari lain"

ingat senang, agaknya.
tak apa, selagi aku ada, aku akan layan hati kau. itu yang kau selesa, kan?
satu hari nanti bila kau dah penat, kau akan redha.

tapi sayang itu bukan sesuatu yang mudah2 dilupa.
dan untuk sesetengah perempuan, buatlah apa saja, rasa yang rasa ini payah sekali mau mati.

cumanya, ia sedikit2 membunuh.


seperti aku yang katakan "aku faham".
rasa itu milik kamu. cuma kamu yang tahu.


aku bisa mendengar, kawan.
kerana aku tahu bagaimana rasa sunyi itu.
tanpa sesiapa mengerti kamu.

kuat. kuat.

tidak apalah kalau kita diganti. harapnya gadis itu bisa menjaga cinta kita itu dengan manis, seolah kita tatang dia dulu.

kuat. kuat.

jangan diharap. cuma kuat.
tuhan itu adil.
SEMOGA PULIH YE KAWAN :)
 
 
 
 

Friday, August 15, 2014

BILA NAK KAHWIN

Kalau dulu,
Pi mana-mana orang tanya "bila nk kawin?"
Rase nk cubit2 lengan setiap orang yg tanya.

Lagi bit stress bila orang bertanya parent kita,
Dihadapan kita. Haih.
Sian mak ayah kita,

SEKARANG,
Terutama this raya,
Berkobar-kobar nak cakap tarikh khwin pd org yg dulu
Very the busy body tu
*kibas shawl*

Bitt sad,
Bila jumpa kawan lama yg still not couple,
Still tertanya bila agaknya akan khwin,
Then mereka mengluarkan statement
"Lain la kau kin, bahagia.. dh dilamar pun"

Hmm,
Entah. Bila orang keluarkn statement saya yg sekarang,
Saya akan menarik nafas dalam dan diam.
-menarik nafas dalam2 untuk rewind setiap kisah
-diam untuk menyusun kata.

So saya nk share pd uol yg still not couple,
Dan still tk tahu halatuju,
Asyik tertanya "bila giliran aku"

Saya dan incik lalan,
Sebelum kami bertemu,
Kami dh harung mcm2 dugaan.
Dia dengan dugaan hidup dia,
Mnakala saya dengan dugaan saya.

Tapi tuhan temukan kami dengan cara paling mudah,
Tuhan kenalkan kami dengan cara yg 1 dalam 1000,

Saya pernah duduk bercerita dgn incik lalan,
Cerita tntang kisah lepas,
Kami akan sama2 ketawa dan kata
"Ini hikmahnya kan,"

Dulu saya pun macam kalian,
Tertanya bila nak ada pasangan hidup,
Tengk orang ada boyfriend pyayang mula lah sedih,
Bandingkan diri sendiri dengan org lain

So saya nk uol yg give up,
Please sabar. Percaya pada janji Allah.
Saya pernah berada disituasi anda berada

Cuma,
Jgn disebabkan nak sgt ada psgan,
Terjadinya tersalah pilih orang yg salah.

Biarkan Allah yg bawa pasngan kita pd kita,
Dalam cara tk disangka sangka.

Contohnya, dalam cara :
1) rupanya kawan laki kita da 20tahun suka kita
2) pergi shopping cmplex tlangar trolley somebdy then rupanya jdh kita
3) tersalah hantar mesej then rupanya dia jodoh kita
4) Beli barang online pada somebdy rupanya tu jodoh kita
5) sakit perut gi klinik org sbelah kita sakit kaki, rupanya tu jodoh kita
6) ada kereta dh blok krte awk sbb nk ke tnds awam dn tgl kn no phne kt wiper krte awk, rupanya tu jdoh awak

So, persiapkn diri sebaiknya ye.
Biar lah kita pernah disakiti pasangan kita yg dulu teruk pun,
Hikmahnya, Allah nk kita menyayangi psgan kita yg skg.
Supaya kita tk seburuk prgai psgan kita yg lama.

Biarlah Allah bt kita ttunggu 10 thun xda boyfriend,
Hikmahnya, bila dpt suami / isteti je,
Terus kita taat setiaaaa..

Allah sebaik-baik perancang

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Thursday, August 14, 2014

TIPS SEMBUHKAN JERAWAT

Sekarang tiap malam sebelum tidur,
WAJIB !!!

1) Cuci muka sambil urutkan wajah selama 30saat
2) Tonyoh muka dengan sebiji limau sampai merah padam
3) Sapukan nixoderm diwasan muka yang berjerawat

I dont know why lah kulit naik jerawat pasir,
Tang dahi pula tu. Eeer, sakit hati.
Rasa sangat-sangat tak confident.

Dah 2 minggu pergi kerja tanpa bedak / pelembap muka
Apatah lagi blusher.
Disebabkn saya panik dengan apa terjadi diwajah saya,
Saya stop kn semua makeup !
Pi kerja cuma pakai eyeliner + lipstik merah mcm kucing mkn anak,
Dengan tujuan untuk cover muka tkpakai apa2,
Tapi konon nk tjuk ada bibir merah yg sweet. Haha

Tapi Allhamdulillah,
2minggu tonyoh nixoderm,
3hari tonyoh limau,
Npk bkurangan. I like !

Saya rasa jerawat naik sbb before this 2 kawan tny apa rhsia sy jaga kulit,
So iols pun macam terasa diri rupawan gituh,
Terlebih perasan sambil kongsi tips,
Minggu depan nya naik jerawat. Hampeh.
Donia balas donia.

So kepada uols yg ada jerawat,
Feel free to use this tips.
BUT REMEMBER ! setiap orang kulit blainan,
Macam kulit saya ni selama saya hidup,
Sapu apapun tk da masaa.
Kaau uols jenis kulit sensitif jgn tiru aksi saya.

Bila tonyoh limau pada kulit muka,
Uols akan rasa bit pedih,
Dah habis tonyoh,
Biarkan mengering then bilas.
Lepastu masuk bilik,
Ambil nixoderm,
Sapu pada jerawat,
Muka akan terasa sangat2 sejuk.

Kalau xtaham mesti akan bilas,
macam saya ni,
Makin pedih saya akan kata
"Padan muka kau jerawat ! Kuman ! Mati lh kau ! Mati !"
Hahahahh

Incik lalan : nk kite belikan awak kertas pasir tak ?
-- kurang asam mamat ni.

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, August 13, 2014

IDEA BAJU NIKAH

Sebenarnya saya blur dan confius,
Ada kah perlu menyewa baju nikah ?
Adakah perlu membeli baju nikah ready made ?
Adakah perlu membuat baju nikah dn htr ke tailor ?

Kalau sewa pun paling mahal RM500 ke 1K,
Kalau beli siap memang berpatutan tetapi dikhuatiri,
Baju yang dipakai sama dengan tetamu. Haha
Kalau nak custom made kat tailor,
Haih saya niiiii, tak pakar bab material baju,
Kalau sales girl tu tipu pun bukannya tahu,
Lepastu tak tahu nak buat jenis baju nikah macammna

Zaman sekarang,
Kat pasaran terlalu bersepah dengan lambakkan
Baju seperti baju pengantin.

So sekarang saya confius,
So sekarang saya rasa nk sewa je, senang,
Dah siap, tak pyah pikir2.

So sekarang incik lalan tak setuju,
Incik lalan kata
"Tak pa, saya tahu cari material kain utk wedding,
Awak ikut je saya" ---- ceh mamat ni. Haha

Ye dia mmg tahu,
Tp bb minat kami kontra,
Terutama pemilihan busana,
Almaklumlah, faktor umur. Huhu.

Kalau uols th mjahit ke,
Blh tlg saya utk bju nikah saya ni,
Atau share keserabutan persiapan,

Feel free to email me :
Fatinfashiekin@yahoo.com

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, August 10, 2014

SELFIE WITH MONOPOD

Dapat surprise dari incik lalan,
Memandangkan saya sangat suka ber"selfie",
Dia beli kan monopod.
Sebelum bagi tu dia sengih2 dah,
Pastu ulang2 kata
"mesti awak suka, mesti awak suka, mesti awakkk sukaa"

Masa dia hulur, saya pelik.
Saya pelik sebab,
Untuk pengetahuan uols semua,
Incik lalan paling menyampah tiap kali saya berselfie,
Yelah, dalam 5 minit saya akan snap 50keping gambar
Muka diri sendiri. So incik lalan sgttt bosan. Haha.

Tu baru 5 minit, uols bayangkn kalau pjalannn melaka ke KL
Dan saya tak henti selfie. Berape ratus keping ?
Pastu saya siap pesan "jangan delete ea !"
Yela, ambil gmbr guna hp dia, gambar cantik,
Hp saya blur. Sbb tu x heran sgt.
Jumpa incik lalan baru selfie habis2san.

Dsebabkan saya tahu incik lalan anti saya bselfie,
Bila dia hadiah kn monopod sambil kata
"Hadiah untuk awak, awak kan suka bergambar,
Mesti awak suka"

Saya cuma balas :
"Ye ye !! Terime kasihhh !! Nak upload kat instagrammmmmm !! "

Yes, monopod tak da lh mahal mana,
Tapi yg mahal bagi saya, value dsebalik pemberian tu,
Kat mulut dia slu bising saya suka bgmbar,
Tapi dalam diam, dia berikn alatan bgambar,

Lepasni mudah iols bselfie.
Ok. Next week nk pi pantai klebang !
Selfie kat sana. Haha

Aha, gambar bakul tu,
Bekalan lunch for him.
Semalam kami picnic
-paku pakis masak lemak cili api
-ikan goreng
-sambal belacan dan petai
-bubur keladi
-popia nestum

Ladyfaizal,
Fatinfashiekin

Friday, August 8, 2014

SURVEY GUBAHAN HANTARAN #RIBBONSTIES


Survey-Survey dan terus Survey,
Ideaa please come to me,

Currently sekarang mencari idea untuk DIY hantaran,
Untung zamn sekarang,
Gubahan makin simple,
Tapi tu lah yg mcekik darah.
Haha.

Ladyfaizal,
Fatinfashiekin

SURVEY KAD KAHWIN

Kad kahwin idaman hati,
Menepati citarasa, simple + menarik.
#rusticinvitation

Macam senang je nk buat,
Bab lace dn doily paper tu je mcm lecehh.

Dah tunjuk kat mama dan incik lalan,
Mereka ok je.
Tapi kalau kena bajet, I'm on.
Kalau tk kena bajet, I'm off.
Haha,

Eh, bajet kad kawin kena fikirkan juga tau.
Sebab itu dah termasuk dalam pelaburan besar,
Belum tentu 1k kad yg kita edar tu,
100% yang datang,
So kena bijak berbelanja.
Setuju x ? :)

Ladyfaizal,
Fatinfashiekin

Tuesday, August 5, 2014

KENAPA AKU ADA BLOG


orang cakap--
cinta, sayang, kasih, seumpamanya itu biar didiamkan dan tak dibagitau.
biar sendiri mengerti.
biar terus faham sendiri.

bukan aku.

sebab esok mungkin tak tertulis untuk aku--
maka dia perlu tahu.

harapnya--
bila aku sudah tak ada--
akan ada yang mencerita tentang aku pada dia.

cintanya,
kasihnya,
sayangnya.

agar dia tak tertanya2--

:)




Cp : fynnjamal

Monday, August 4, 2014

PENJIMATAN YG LOGIKKK

Untuk wedding,
Saya terfikirkan idea brilliantttttt !

Hai, kenapalah tak tergikirkan awal,
Untuk goodie bag : cookies suruh incik lalan buat
Untuk photog : klu maros bz, suh rizal amik gmbr, editing by incik lalan.
Kad kahwin : bb grafik incik lalan hebat, suh dia design, print htr kedai.

Haih ! Jimatttt !!!!!
iols sukaaaaaaa !!!

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, August 3, 2014

DADDY'S COOKIES


Buat cookies adalah hobi dia,
eh kalau nk cerita part hobi, semua benda dia explore.
Dn sbgai psgan, saya kata "why not kita cuba?"
So setiap hobi yg ada, bt side sampingan.
Saja acah2 market. Dn dlm gurauan tu, nampaknya ramai suka dgn cookies incik lalan ni. Sampai x meng tgn dn masa.

So "daddy's cookies" made by mr lalan nama diberi.Hobi yang mendatangkan duit dlm kseronokkn.

Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...